Showing posts with label Waterfall. Show all posts
Showing posts with label Waterfall. Show all posts

Monday, December 06, 2021

DUSUN SENGET: AIR TERJUN DI PERBATASAN SEMPADAN

Tarikh  :  26 Nov 2021
Lokasi  :  Dusun Senget, Kuala Perlis, Perlis, Malaysia.
Coordinate :  N6.44504° E100.14496°

Pagi ini kami bersama saudara Adi Harriman bersama isterinya, Deviyana bertolak dari Alor Setar pada jam 7:30 pagi. Plan asal untuk bersarapan di D’ Petak Paksu, namun kecewa kerana tutup pada hari Jumaat maka kami singgah di Kuala Perlis untuk melapik perut.

Jambatan Pelangi Atau Jambatan Tuanku Syed Putra aka Titi Tinggi

Usai sarapan kami menuju ke Jambatan Tuanku Syed Putra atau dikenali sebagai Titi Tinggi oleh penduduk tempatan. Jambatan ini dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Harun Putra ibni al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 30 Januari 1961. Jambatan ini menghubungkan Kampung Seberang Tok Pi di sebelah Pekan Kuala Perlis ke penempatan asal Kuala Perlis di Kampung Hujung Tanjung, Seberang Ramai. Jambatan ini telah diganti sebanyak 3 kali atas faktor keselamatan.

 

Jambatan yang dicat oleh Persatuan Mendaki Perlis 

Jambatan ini kini dikenali sebagai Jambatan Pelangi kerana dicat dengan warna-warna pelangi hasil sentuhan Persatuan Mendaki Perlis. Ia bermula pada 17 Januari 2021 dan siap dalam masa 12 hari.

Jambatan ini kini menjadi ikon di Kuala Perlis di samping kampung Seberang Ramai di seberang sana yang dikenali sebagai Kampung Warna Warni.  

Pohon mati di pinggir panta

Kemudian kami mengunjungi Kampung Warna Warni bagi melihat keindahan rumah-rumah disini yang sudah kelihatan cantik dan bersih. Kampung Warna Warni adalah perkampungan nelayan tradisional yang merangkumi beberapa kampung seperti Kampung Tengah, Kampung Hujung Tanjung, Kampung Tandiap, Kampung Baru Seberang, Kampung Seberang Alor, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Pulau Ketam.

Tembok sempadan Antarabangsa

Kemudian kami menelusuri laluan tepi pantai menuju ke arah Pos Batu Putih dan singgah ke satu kawasan di pagar sempadan bagi melihat tembok sempadan. Tembok konkrit setinggi ± 2.4 meter dibina bagi memisahkan Kuala Perlis-Satun.

Sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Bukit Batu Putih, hingga Bukit Bunga, Kelantan dipisahkan oleh daratan sejauh 551 kilometer manakala sempadan mengikut thalweg (bahagian terdalam) aliran utama Sungai Golok, hingga Pengkalan Kubor, Kelantan sejauh 105 kilometer.

Kayuhan kami ke sini selepas PKP1 -  KLIK SINI

Grand Canyon Perlis @ Kampung Wai - Pada waktu tertentu air sungai ini jernih dan menghijau.
 

Selepas itu kami ke Kampung Wai, ke jambatan viral berhampiran Terowong Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh. Terowong sepanjang 756 meter yang bermula dari kampung Tebing Tinggi dan menembusi Bukit Banjaran Nakawan ke Kampung Wai, Kuala Perlis. Dikatakan sebagai terowong laluan air terpanjang di Malaysia. Ia selebar 10 meter dan berketinggian 7 meter. Projek Lencongan Banjir ini bermula pada Disember 2012 dan siap pada tahun 2016.

Kami melanjutkan perjalanan dengan menelusuri laluan mini tar menghala ke arah kawasan dusun. Perjalanan mengambil masa ± 10 minit hingga kami sampai ke kawasan lapang dan dikenali sebagai ‘Dusun Senget’. Disini terdapat air terjun kecil yang mengalir melalui batu-batu kapur. Punca air terjun ini adalah dari matair yang keluar melalui celahan batu dari kawasan bukit berhampiran.

Air terjun ini terletak di atas tanah persendirian. Kebetulan tuan tanah sedang memperbaiki dangaunya lalu aku meminta izin untuk memasuki kawasan dusunnya.

Mencari batu sempadan

Selepasa bergambar, kami meneruskan perjalanan merentas hutan kecil, melalui kawasan dusun untuk mencari batu sempadan Malaysia/Thailand. Malangnya kami tersasar di simpang yang membawa kami ke kawasan dusun yang tamat dipinggir hutan. Memandangkan masa terhad (dah nak masuk jumaat) kami terpaksa menangguhkan pencarian batu sempadan. 

V Tree
Bunga Kantan Hutan. Terima kasih
Santai di Kolam Renang @ Orang-orang Village

Usai solat Jumaat kami ke Orang-Orang Village (N6.4006, E100.2269) di tepi Jalan Jejawi - Tambun Tulang, berdekatan kampung Alor Redis.

Ia adalah penginapan ala Kabin yang pertama di Perlis. Terdapat 3 buah kabin dan yang bestnya ada kolam renang. Ia dikelilingi oleh sawah padi. Kami ke sini bagi meninjau kesesuaian aktiviti di masa hadapan.

    
Bendang View. Kabin atau bilik atau mengadap sawah
    
 

Friday, April 09, 2021

PULAU TUBA: BUKIT BATU LICIN & AIR TERJUN SELAT BAGAN NYIOR

LANGKAWI 04H 03M
Tarikh  :  24 Mac 2021  - Day 03      
Lokasi  :  Pulau Tuba, Langkawi.
Coordinate :  N6.24737° E99.83763°

… sambungan

Bukit Batu Licin adalah antara lokasi hiking di pulau Tuba. Ia terletak di sebuah bukit di belakang Sek. Men. Keb. Pulau Tuba. Trailheadnya boleh diakses melalui Sekolah Men. Keb. Pulau Tuba (perlu dapat kebenaran) atau melalui kebun getah dipinggir sekolah.

Pintu masuk ke kebun getah

Kami memilih untuk memasuki ke denai laluan melalui kebun getah. Selepas sarapan kami menelusuri sebatang jalan berhampiran sekolah  dan berhenti meletak kenderaan berhampiran sebuah rumah penduduk (N6.25006° E99.83311°). Sambil meminta izin meletak kenderaan, bertanya tentang  laluan ke bukit ini. Laluan ini melalui kebun getah dan kena redah hutan renek sebelum berjumpa pintu masuk ke denai.

pintu masuk ke denai

aerial view batu dogiang

   

Berdua kami menyelinap hutan mengikuti denai. Denai laluan yang jelas dan ada penanda yang memudahkan kami mengikutinya. Perjalanan mengambil masa hampir 35 minit untuk sampai ke batu besar yg menjadi viewpoint menarik. Ia menghadap pulau Dayang Bunting dan pemandangan di atasnya, Wow ..ohsem oooii, berbaloi ragaih naik.

AIR TERJUN TERPENCIL
Coordinate: N6.25667° E99.81591°

Selepas turun dari Bukit Batu Licin kami menuju ke selat Bagan Nyiur dan mengikuti kawasan ladang Felcra (sedang dalam proses ditebang) ke satu air terjun yang terletak dipinggir bukit. Air terjun ini popular dikalangan penduduk tempatan dan menjadi tempat beristirehat di hari minggu. Namun airnya sangat berkurangan kerana sekarang musim kering (kemarau).

    

Sunday, March 07, 2021

JERAM TOK DIN: JERAM TERSEMBUNYI DI PADANG TERAP

Tarikh  :  06 Mac 20121 
Misi     :  Menjejaki Jeram Tok Din
Lokasi  :  Kampung Pinang, Pedu, Padang Terap, Kedah
Coordinate : 
N6.22372° E100.73556°


Jeram Tok Din terletak di Kampung Pinang, Jalan Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Ia terletak ± 17km sahaja dari Pekan Kuala Nerang. Secara tepatnya ia terletak dipinggiran lebuhraya Durian Burung – Baling, berhampiran simpang empat ke tasik pedu. Ia terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai kawasan perkelahan selepas Raja Muda Kedah melawat dan berkelah di kawasan ini pada hujung tahun 1992.

Aku mendapat maklumat mengenai jeram ini dari penduduk tempatan dan pada pagi ini, kami menaiki motor untuk menjejaki jeram ini. Kami bernasib baik kerana seorang penduduk tempatan yang menyapa kami menawarkan diri untuk membawa kami ke lokasi ini yang agak tersorok.

Ia terletak ± 30 meter sahaja dari simpang empat dan melalui satu kawasan lapang (boleh parkir kereta disini) dan kami masuk melalui lorong kecil hingga kawasan dusun. Tempat ini memang cantik, air sungai jernih yang mengalir terus dari empangan pedu. Pohon-pohon ditebing yang meneduhkan kawasan dan sesuai dijadikan tapak perkelahan. Air menghijau yang mengalir dan tidak terlalu dalam amat sesuai untuk anak-anak bermain di sungai.

Dihujung sana ± 30 meter kelihatan jeram yang mendamaikan. Perlu meredah sedikit semak untuk sampai ke sini. Kami bersantai disini pada awal pagi dan tengahari sedikit barulah kelihatan kaki pancing melewati kawasan ini. (lubuk ikan pa ….)

Namun sedikit kecewa, masih ada pengunjung yang tidak mempunyai kesedaran sivik dengan membuang/meninggal sampah merata yang pasti akan merosakan keindahan dan mencemar kawasan.


Pokok yang tumbang menambah keunikan di jeram ini
Sungai yang tidak dalam dan sesuai untuk kanak-kanak mandi manda
Persekitaran yang redup dan lokasi yang sesuai untuk perkhemahan


Thursday, April 11, 2019

Kembara Hanoi: Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia

... BERSAMBUNG

Tarikh       : 09 Mac 2019
Misi          :  Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Thác Bản Giốc, Trùng Khánh, Cao Bang, Vietnam.
    
Coordinate:
   N22.85538° E106.72259°
Google Maps:https://goo.gl/maps/btPPwR33thH2

Thác Bản Giốc

Singgahan pertama kami ialah ke sebuah air terjun yang dikatakan antara yang tercantik di Asia iaitu Ban Gioc Waterfall (thác Bản Giốc). Dikenali juga sebagai Detian Falls, adalah air terjun terbesar di Vietnam tetapi bukan yang tertinggi. Air terjun 3 tingkat selebar 300 meter dan setinggi 30 meter. Air terjun ini berkongsi dengan negara China iaitu antara Trung Khanh District (Cao Bang Province, Vietnam) dan bukit batu kapur Daxin County (Guangxi, China). Air terjun ini disaliri (berpunca) dari saliran sungai Quay Son (China: Guichun River), yang juga menjadi penanda sempadan antara ke dua negara. Pemandangan air terjun ini memang menakjubkan, tercatat antara air terjun tercantik di dunia dan dinobatkan sebagai 4th Largest Waterfall Along A National Border, selepas Victoria Falls (Zambia/Zimbabwe), Iguazu Falls (Argentina/Brazil) dan Niagara Falls (Kanada/US). 

Dari homestay, kami menaiki motosikal ke gerai yang kami singgah semasa tiba dari Cao Bang. Menuruni slop dan meletak motosikal di tempatnya (parking VND20,000). Kemudian membeli tiket masuk di kaunter (VND40,000). Kami sengaja tidak mengikuti laluan pejalan kaki tetapi merentas sawah padi berteres untuk ke air terjun ini. Kami mengambil gambar dahulu di sisi kiri air terjun atau thác phụ (subordinate waterfall). Tidak ramai pengunjung berada disini. Air terjun ini sedikit terpisah dari sungai (air terjun besar) namun sini pun cantik bangat ….

Selepas itu baru kami meniti jambatan kayu ke sebuah pulau kecil untuk menyaksikan kehebatan air terjun besar ini. Aku bercadang untuk mendaki ke atas air terjun ini namun dipasang pagar dan larangan untuk memanjat. Aku cuba hampiri sedekat mungkin dan berada berdekatan lokasi penduduk memancing.

Bagi mendapat pandangan lebih hampir, kami menaiki rakit buluh (caj VND50,000 sorang) dimana pemandunya akan membawa sdekat mungkin hingga merasai tempias airnya dan membawa ke seberang/sempadan China namun kami tidak turun. Untuk makluman terdapat juga operator bot buluh dari China dan jika bot China menghampiri kawasan Vietnam, akan ada penduduk menghampiri mereka dengan bot sambil menjual barangan kepada pelancong China (mungkin barang seludup kot)

Layan Gambar Bản Giốc Waterfall

Lalui titi untuk masuk ke kawasan air terjun

Sisi kiri air terjun adalah milik  Vietnam sepenuhnya

Bersama wanita yang berpakaian tradisional Vietnam

Titi kayu untuk ke pulau berhampiran air terjun

Batu sempadan milik Vietnam

di belakangku adalah air terjun yang dikongsi besama antara Vietnam dan China. Kami menaiki bot untuk merasai dan menikmati air terjun dengan lebih dekat.

Jeti disebelah China. Ada perkhidmatan bot buluh juga disebalah sini

BERSAMBUNG …


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

Sunday, December 30, 2018

Patani: Pesona Air Terjun Sai Khao

Tarikh       : 23 November 2018
Misi          :  Day 04 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Sai Khao National Park, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.65685° E101.09575°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/4pqckECMdRG2

… Bersambung

Jam 6:00 pagi kami check out dan ke bandar Patani untuk ronda dan bersarapan. Usai sarapan kami menuju ke arah daya dari bandar Patani, menuju ke sebuah air terjun yang dinobatkan antara yang tercantik di Patani. Air terjun ini diberi nama Namtok Sai Khao dan terletak di dalam Sai Khao National Park. Ia sejauh ± 40km dari bandar Patani.

Sai Khao National park berkeluasan 27,000 ekar atau 110 km2 merangkumi 3 wilayah (Patani/ Yala/ Songkhla). Hutan hujan di kawasan ini menjadi sumber bekalan air dan kebanyakan aliran sungai di sini akan mengalir ke sungai Thepa. Kawasan ini diistiharkan sebagai Taman Negara pada 16 Februari 1993.

Awal pagi kami sampai, tiada lagi orang bahkan mudah kami lolos hingga ke pejabat National Park (rasanya fee THB20). Kemudahan infrastruktur yang lengkap tersedia seperti parkir, surau, gerai makan, kemudahan sewaan khemah dan lain-lain lagi.

Kami parkir motosikal berdekatan gerai makanan dan dari pejabat perhutanan  mengikuti laluan yang tersedia. Sekali sekala terpaksa meredah sungai dan mendaki pinggir tebing sejauh ± 900 meter untuk sampai ke air terjun ini. Terdapat 7 level air terjun di sini. Sepanjang perjalanan, kami menemui beberapa air terjun kecil dan kolam yang sesuai untuk mandi. Bertuahnya kami di pagi ini mendapat sinar matahari (ray of light) yang cantik memancar ke air terjun.

antara air terjun menarik


Pautan Kembara Berkaitan

1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular