Showing posts with label Buku & Sastera. Show all posts
Showing posts with label Buku & Sastera. Show all posts

Wednesday, October 01, 2014

Cherita2 Pendek DBP: Sastera Pasca Merdeka

Cherita2 Pendek Dewan Bahasa & Pustaka(DBP) mengandungi 13 buah cerita yang dipilih dari Peraduan Mengarang Cherita Pendek anjuran DBP. Tiga daripadanya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga  dan selebihnya mendapat hadiah saguhati. Kebetulan menjumpai buku ini ketika aku pulang ke rumah ibuku menyelongkar almari buku lama untuk mencari buku Berkelahi Dengan Syaitan.

Sebuah buku terbitan DBP cetakan pertama tahun 1958. Buku ini adalah siri kedua daripada Siri Sastera DBP. Buku pertama dalam siri ini ialah “Anak Raja Dengan Anak Papa” yang diterjemahkan oleh Pendita Z’aba dari karya Mark Twain bertajuk “The Prince And The Pauper” dan Buku ketiga ialah Musafir sebuah novel karangan Hasan Muhammad Ali yang telah memenangi hadiah kedua Peraduan Novel DBP 1958.

Selaras dengan penubuhan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam tahun 1956 yang matlamat dan fungsinya sebagai institusi pembina serta pengembangan utama bahasa Kebangsaan dan kesusasteraan negara. Pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan dan memertabat bahasa Melayu. Peraduan Mengarang Cherita Pendek yang tamat diadili pada 20 April 1957 diadakan untuk matlamat ini. Sebanyak 185 penyertaan diterima menunjukan minat dan sambutan yang memuaskan dari penulis pada masa tersebut.

13 buah cerita yang terpilih dari 185 buah cerita dimuatkan dalam buku ini iaitu:-

1. Pelayan Tua

Hassan B Mohd. Ali Tempat Pertama
2. Anak Angkat Penghulu Majid Khalid Bin Abbas Tempat Kedua
3. Kami yang Terlibat Usman Awang. Tempat Ketiga
4. Hendak Membunuh Ketua Negeri Abdul Aziz Bin Alias
5. Sa-choret kisah Dharurat Buang Alias Ibrahim
6. Terbakar Hidup2 Md. Yusuf Bin Jantan
7. Abang-ku Sa-orang Buruh Darus Ahmad
8. Delapan Bulan Di-usek Hantu Baling2 Abdullah Bin Ibrahim
9. 30 Sen Pun Chukup-lah Rawan Hiba
10. Keluarga-ku Dan Musharakat-ku Abdullah Bin Ayub
11. Bukan Alam Pantasi Ismail Bin Ibrahim
12. Di-antara Dua Jenis Chinta Ismail B Muhammad
13. Isteri Budiman - Abdullah Bin H. Rahman

Dalam 13 cerpen ini aku sukakan cerita Anak Angkat Penghulu Majid dan Delapan Bulan Di Usek Hantu Baling2.

Sinopsis

  • Pelayan Tua berkisar mengenai Pak Latan seorang pelayan tua di rumah sakit yang meminati Che’ Asmah  seorang jururawat manis tetapi akhirnya kecewa kerana  jururawat ini berkahwin dengan Tuan Dolah seorang Penolong Doktor.
  • Anak Angkat Penghulu Majid adalah mengenai seorang gadis cina yang cantik yang menjadi anak angkat penghulu Majid, namanya Ah Lam tetapi dipanggil oleh orang ramai dan kekal namanya sebagai Che’ Hawa. Semasa kecil beliau diserahkan oleh ibunya kepada Penghulu Majid. Beliau besama suaminya berkebun sayur di tanah kepunyaan Penghulu Majid dihujung kampung. Di hujung cerita terbongkarlah kisah sebenar siapa Che’ Hawa tersebut setelah penghulu Majid mendedahkannya apabila membawa diri ke Mekah.
  • Kami Yang Terlibat kisah mengenai kehidupan anggota polis dizaman darurat yang terlibat dalam situasi tembak menembak sesama rakan (pasukan Jungle Squard) yang menyebabkan beberapa rakan mereka mati. Kenangan keriuhan sebelum bertolak ke hutan disusuli dengan kematian sahabat sambil mengiringi jasad. Berchachah2 dengan maut …. untuk sesuap nasi.
  • Manakala Delapan Bulan Di-Usek Hantu Baling2 adalah kisah misteri dan mistik seorang guru yang diganggu kehidupannya dengan gangguan mistik pada bulan Februari 1949. Pelbagai kaedah perbomohan dicuba namun semuanya ‘surrender’ hingga bertemu dengan seorang Arab iaitu Tuan Syed Abdullah dengan asbab iktiarnya berjaya menghentikan gangguan yang berterusan ini.

Wednesday, June 23, 2010

Anak Mat Lela Gila: Novel Pak Sako

 

Sebuah novel karya Ishak Haji Muhammad(Pak Sako) -Novel ini dikeluarkan dalam tahun 1941(dalam cetakan jawi) dan mendapat sambutan hangat waktu tersebut dan di terbitkan semula oleh Federal Publication LTD bagi pihak Pustaka Antara  dalam tahun 1960(dalam ejaan Rumi)

Ianya mengisahkan si Bulat seorang bayi yang tidak pernah menangis dipelihara oleh Mat Lela yg dikatakan gila oleh orang kampung. Sesuai dgn namanya bulat, maka seringlah ia bergolek sehinggalah beliau mengembara ke seluruh Tanah Melayu dan menjadi penyanyi pujaan ramai (memiliki buluh prindu) dan ending yg menarik apabila di akhir ceritanya bertemu semula dgn ibu bapanya yang akan mengerjakan haji.

Sebuah novel apabila diselami mendalam mempunyai maksud yang  tersirat dgn  kritik sosial. Pembaca akan merasa sedih, gembira, lucu, jijik, geram dan kesal. Pandangan Pak Sako ke hadapan sesuai dgn beberapa isu semasa kini.

Novel ini sukar diperolehi kini, terdapat di beberapa perpustakaan luar negara. Masih lagi dalam simpanan bapaku yg dibelinya dalam tahun 1961


FAKTA: Ishak Haji Muhammad ialah pengarang Melayu pertama yang mendapat bayaran dengan jumlah $200.00 bagi karyanya Anak Mat Lela Gila.Karya yang diiklankan oleh Annies Printing Works, Johor Bharu ini sebenarnya bukanlah dalam bentuk royalti atau honorarium, tapi ‘harga’ untuk karya ini. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ‘harga’ ini diterima Ishak atau tidak.

Sebelum lahirnya Anak Mat Lela Gila ini, penulis-penulis novel tidak pernah dibayar harga atau royalti dalam bentuk wang, melainkan ‘hadiah ikhlas’ dalam bentuk naskhah novelnya sendiri sebanyak 50 atau 100 naskhah. Seterusnya, buku ini akan dijual sendiri oleh pengarangnya bagi mendapatkan wang royalti. Rujukan: http://www.esastera.com/rekod/

Wednesday, May 26, 2010

MAJALLAH DIAN: Dijes(??) Melayu

Majalah Dian adalah majalah digest (mungkin yg pertama) di Tanah Melayu. Ia diterbitkan oleh Pustaka Dian, Kota Baru, Kelantan yg diasaskan oleh Yusoff Zaki Yaacob(Dato' Haji Yusoff Zaky Bin Haji Yaacob . Berdasarkan gambar di atas, majalah itu adalah keluaran bulan Februari 1963(Bil 1, Tahun 11), maka dapatlah disimpulkan bahawa keluaran pertamanya ialah pada bulan Februari 1962.

Siapakah Yusoff Zaki? ada bolehlah membacanya di sini KLIK,

Majalah Dian juga telah menjadikan jawi sbg satu standard dan memperkenalkan PEDOMAN EJAAN DIAN. Sistem ejaan jawi ini diperkenalkan kerana sejak dalam Akta Bahasa 1963 yang menjadikan dan menetapkan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bagi bahasa Melayu, ramai orang Melayu tidak dapat membaca tulisan Jawi. - Fakta dari DBP



Majalah ini diperolehi dari almari bapaku yg masih ada lagi beberapa naskahnya, termasuklah beberapa buah buku dan novel lama.


Gambar di atas adalah 2 versi majalah Dian(Dian Digest). Sebelah kiri adalah milik bapaku, versi asal (jawi) April 1963 (Bil 2 Tahun 2) yg berharga RM1.00 Keluaran Pustaka Naim, Kelantan dan yang kanan adalah milikku keluaran Ogos 1982 (Bil 142) versi rumi, yg berharga RM2.00 keluaran Dian Darul Naim Sdn. Bhd.

Kini sudah banyak Majalah Digest yang dikeluarkan di Malaysia dan apakah majalah DIAN masih dipasaran???