Showing posts with label Sadao. Show all posts
Showing posts with label Sadao. Show all posts

Monday, February 24, 2020

Batu Sempadan Kedah/Siam (Singgora)

  
Tarikh      :  04/02/2020    
Ban Prik, Sadao District, Songkhla 90120, Thailand
Coordinate:  N6.67319° E100.43792°

Dari catatan ("on the Kedah-Singgora bounding" atau "Kedah-Siam frontier") aku mendapati Ban Prik adalah menjadi tempat perhentian laluan Jalan Alor Setar/Singgora. Ia juga sering disebut sebagai persempadanan terakhir Kedah/Singgora di pedalaman.

Sehubungan dengan itu, misi aku hari ini adalah untuk mencari sebuah batu sempadan tua (ทวดหลัก) tersebut yang terletak disebuah kampung tidak jauh dari laluan utama Bukit Kayu Hitam ke Hadyai (Phet Kasem road).

Batu ini adalah batu granit berbentuk octagon setinggi 99 cm dan kepala batu diukir bentuk lotus. Terletak dalam bangunan dan seperti di ‘hargai’ oleh penduduk tempatan. 

Ia terletak di Ban Hua Road, Village No. 8, Prik Sub-district, Sadao District ± 200 meter dari Phet Kasem road

Al kisah, King Rama IV telah mengarahkan dibina sebatang jalan bagi menghubungkan dengan negara jiran (Kedah) sebagai usaha mempertingkatkan hubungan dagangan dengan jiran. Dalam menentukan sempadan pembinaan jalan antara kedua pihak, kedua pihak akan membiarkan gajah dari kedua negara berjalan pada malam hari (dari Singhora & Alor Setar) dan dimana gajah-gajah ini bertemu sebelum ayam berkokok pada pagi hari akan menjadi lokasi akhir jalan. Dan lokasi pertemuan itu ialah di Ban Hua Thanon dan batu tanda ini dipacak untuk memperingati sempadan jalan antara kedua pihak.( Jalan yang telah dibina oleh Sultan Kedah pada tahun 1864 dari Alor Setar sampai ke tempat ini dan ke utara disambung pula oleh pemerintah Singgora.

Papan tanda batu di pinggir jalan  .

  “BAGAI BATU NISAN” – batu ini dianggap suci oleh masyarakat tempatan. Ada kisah  menyayat hati disebalik batu ini. Kanan adalah sedikit catatan sejarah tentang batu ini.
 

Terletak dalam bangunan yang berbumbung. Jalan konkrit dibina hingga ke tempat ini. Ramai juga masyarakat tempatan datang untuk menyembah dan memberi penghormatan

Sunday, February 16, 2020

Mekar Bunga Matahari Di Sadao

Tarikh      :  04/02/2020    
Sadao, Sadao District, Songkhla 90120, Thailand   
Coordinate:  N6.645501° E100.419649°
https://goo.gl/maps/3o1XDhC2naoJeZQ2A

Bunga matahari memerlukan sinar matahari yang banyak untuk berkembang dan tumbuh dengan baik. Oleh itu ia serasi kepada iklim tropika untuk hidup subur, MAKA tidak hairanlah  bunga matahari kini sudah mula ditanam untuk tarikan pelancongan di bahagian Selatan Thailand.   Khao Thanan, Satun sudahpun tular (KLIK – kunjunganku ke situ), namun di Sadao pun sudah ada ladang/kebun matahari yang kini sedang TRENDING.

Ladang ini terletak ditepi laluan utama 1008 dan berhadapan dengan stadium Sadao (Thetsaban Tambon Sadao Stadium). ± 1.5 km ke utara dari Rincha Rotee (KLIK) atau simpang empat Islamic Bamrung-Padang Besar.

Dengan keluasan ± 1 rai atau 0.4 ekar dengan bunga yang sedang mekar ketika kami datang. Bunga-bunga yang sebesar muka manusia (25 - 30 cm diameter ) kelihatan kembang mekar terutama diawal pagi. Selepas kembang penuh, bunga matahari bertahan kembang selama ± 2 minggu. Pastinya tempat ini akan menjadi satu tarikan pelancong.

Kawasan ini dimajukan sebagai salah satu tarikan pelancong ke Sadao dan dirasmikan oleh Sadao mayor , Mr. Sumet Sasithorn pada hujung Januari 2020 lalu. Perancangan untuk meluaskan lagi tanaman bunga matahari ini sehingga 6 rai (2 ekar).

Disamping itu bersebelahan ladang ini terdapat sebuah pelantar kayu sejauh ±100 meter yang dibina merentas sawah padi dan kebun getah. Buat masa sekarang TIADA sebarang bayaran dikenakan untuk ke sini.

Monday, November 12, 2018

Padang Besar: Puncak 2 Sempadan

Tarikh       : 09 November 2018
Misi          :  Mencari, Mendaki Bukit, Tasik & Air Terjun
Lokasi       : Padang Besar, Ampoe Sadao, Songkhla, Thailand
Jarak        :
Coordinate: N6.67870° E100.30301°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/8q2UsVCQQ4D2

Bukit Yang Sama: Hijau adalah trail yang aku kayuh satu ketika dahulu dan unggu adalah laluan dari Padang Besar ke Puncak

Seorang rakan maya memaklumkan kepada ku mengenai satu rekreasi baru di Padang Besar Thailand yang kini mula menjadi perhatian penduduk tempatan. Berbekal maklumat, kami bertolak seawal pagi dari rumah dan masuk melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Mudah urusan imigresennya hari ini  dan berhenti solat Subuh di sebuah masjid di Sadao. Usai solat kami menuju ke arah Padang Besar dan bersarapan disebuah kedai di sana.

Selepas sarapan kami menelusuri Rop Mueng Road hingga ke penghujung simpang dan belok ke kanan lalu menelusuri pula Ro Pho Cho Songkhla Road sejauh ± 270 meter kami belok ke kiri mengikuti Chine Koon Road pula ± 1.1 km dan berjumpa dengan pintu masuk (gate) Jakraphat Resort (KLIK) (N6.68360° E100.30887°)

Di sana Khao Loe yang diselaputi kabus

Dari sini sudah dapat mengagak kedudukan bukit, lalu kami mengikuti jalan di dalam resort ini dan  terus mendaki dengan motosikal hingga ke Titik Pandang 1 (N6.68333° E100.30561°). Disini ada batu bertenggek yang menjadi pot berswafoto dan pondok. Kami tidak melepas peluang untuk berswafoto dan dari sini jelas kelihatan pekan Padang Besar.

Setelah berbual bersama penduduk tempatan, kami dimaklumkan bahawa ada View Point berikutnya di atas bukit. Kami menghayun langkah ± 1.3km ke puncak untuk ke Titik Pandang 02. Disini dapat melihat lebih jelas pekan Padang Besar, Sadao, Khao Loe dan sebahagian Perlis . Keindahannya lebih terserlah pada waktu pagi ketika kabus menyelubungi bukit berhampiran dan kawasan sekitar.

Disini  terdapat tembok sempadan Malaysia/Thailand dan yang menariknya kami dapat menyentuh batu sempadan SIAM . Setelah mengamati Garminku, barulah aku sedari bahawa pagar sempadan ini adalah BUKIT KHUAN CHU (KLIK) yang pernah aku mengayuh suatu ketika dahulu disebelah sempadan Malaysia.

Di tempat ini bakal dinaikan cafe untuk pengunjung menikmati kopi

Ada jeep di pertengahan perjalanan

Aerial view Bukit Khuan Chu dari Padang Besar

Tembok sempadan .. Untuk makluman Bukit Khuan Chu disebelah Malaysia adalah kawasan larangan dan perlu kebenaran jika ingin berkayuh atau memasuki

Berehat di kerusi sambil menikmati pemandangan

Di sana Perlis … tudia Bukit Chabang


Pautan Kembara Berkaitan
1. Padang Besar: Puncak 2 Sempadan   
2. Ton Nga Chang: Air Terjun Yang Hebat Lagi Memikat

Monday, October 01, 2018

Air Terjun Tersembunyi di Laluan Sunyi

20180929_123938

Tarikh  : 29 September 2018
Misi     : Mencari Air Terjun Tersembunyi
Lokasi  : Sadao, Thailand
Jarak   :


Aku mendapat maklumat mengenai air terjun ini melalui seorang rakan kayuhan. Hasrat yang lama terpendam, secara tiba-tiba teringat balik apabila pencarian trail hiking di Padang Besar menemui jalan buntu (sunyi dan tiada nampak bekas laluan). Aku sudah sampai ke ‘Yon’ (lokasi mula untuk ke air terjun ini yang jauhnya cuma 7km ja) bersama famili dan setelah mengambil maklumat dari penduduk tempatan hari ini aku dan isteri bermotosikal datang kembali untuk mencari air terjun ini.


Dikenali sebagai Namtok Ton Mai Pak dan ada yang kata Namtok Khao Mai Pak (Air terjun Batang Berjuntai) – Terletak dalam Khao Nam Khang National Park, tersembunyi hampir di sempadan Malaysia/Thai, tersorok dari penglihatan awam, terletak di celah kebun getah dan dusun.

Perlu redah anak sungai ini

Petang kelmarin hujan turun dengan  lebat dan sudah pasti air sungai akan meningkat parasnya. Laluan pantas ke air terjun perlu meredah beberapa batang sungai. Aku berjaya melintas sungai yang pertama, batu-batu  sungai berjaya di tackle, nasib paras air tidak melepasi ekzos motosikal. Meredah laluan kebun getah yang becak dan tiba pada sungai kedua, aku meminta isteriku meninjau dan beliau melapor paras air hingga pangkal paha, tidak mahu ambil risiko kami berpatah balik. NAMUN aku tidak  berputus asa. Aku soroti peta dari Garminku, aku amati toponya, laluan pilihan aku fokuskan. Aku dapati ada jalan pilihan tetapi jauh… tidak mahu melepas peluang kami terjahi laluan ini, laluan offroad yang berbatu dan melalui sebahagian lereng bukit. Nasib baik sesekali berjumpa dengan rumah penduduk (kebanyakan muslim). Aku berpandu dengan naluri disamping dibantu dengan teknologi, akhirnya berjumpa juga kami dengan air terjun ini.

Air terjun setinggi 5 meter yang memang betoi-betoi air terjun. Mengalir dari anak sungai kecil dari bukit di Sempadan Malaysia yang jatuh ke dalam kolam kecil yang tidak dalam. Sungai ini yang airnya mengalir masuk ke Sadao Dam yang terletak ± 13km. Dari sini, aku meninjau kawasan ini dan aku dapati memang best ni kalau kayuh mai sini …

BErada di tebing ditepian sungai yang airnya  jatuh ke dalam kolam

Pandangan dari atas (kami di tebing)

Kolam ini tidak terlalu dalam tetapi risau gak (pasai sunyi di sini)