Misi : Mencari, Mendaki Bukit, Tasik & Air Terjun
Lokasi : Padang Besar, Ampoe Sadao, Songkhla, Thailand
Jarak :
Coordinate: N6.67870° E100.30301°
Maps Link : https://goo.gl/maps/8q2UsVCQQ4D2
Bukit Yang Sama: Hijau adalah trail yang aku kayuh satu ketika dahulu dan unggu adalah laluan dari Padang Besar ke Puncak
Seorang rakan maya memaklumkan kepada ku mengenai satu rekreasi baru di Padang Besar Thailand yang kini mula menjadi perhatian penduduk tempatan. Berbekal maklumat, kami bertolak seawal pagi dari rumah dan masuk melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Mudah urusan imigresennya hari ini dan berhenti solat Subuh di sebuah masjid di Sadao. Usai solat kami menuju ke arah Padang Besar dan bersarapan disebuah kedai di sana.
Selepas sarapan kami menelusuri Rop Mueng Road hingga ke penghujung simpang dan belok ke kanan lalu menelusuri pula Ro Pho Cho Songkhla Road sejauh ± 270 meter kami belok ke kiri mengikuti Chine Koon Road pula ± 1.1 km dan berjumpa dengan pintu masuk (gate) Jakraphat Resort (KLIK) (N6.68360° E100.30887°)
Di sana Khao Loe yang diselaputi kabus
Dari sini sudah dapat mengagak kedudukan bukit, lalu kami mengikuti jalan di dalam resort ini dan terus mendaki dengan motosikal hingga ke Titik Pandang 1 (N6.68333° E100.30561°). Disini ada batu bertenggek yang menjadi pot berswafoto dan pondok. Kami tidak melepas peluang untuk berswafoto dan dari sini jelas kelihatan pekan Padang Besar.
Setelah berbual bersama penduduk tempatan, kami dimaklumkan bahawa ada View Point berikutnya di atas bukit. Kami menghayun langkah ± 1.3km ke puncak untuk ke Titik Pandang 02. Disini dapat melihat lebih jelas pekan Padang Besar, Sadao, Khao Loe dan sebahagian Perlis . Keindahannya lebih terserlah pada waktu pagi ketika kabus menyelubungi bukit berhampiran dan kawasan sekitar.
Disini terdapat tembok sempadan Malaysia/Thailand dan yang menariknya kami dapat menyentuh batu sempadan SIAM . Setelah mengamati Garminku, barulah aku sedari bahawa pagar sempadan ini adalah BUKIT KHUAN CHU (KLIK) yang pernah aku mengayuh suatu ketika dahulu disebelah sempadan Malaysia.
Di tempat ini bakal dinaikan cafe untuk pengunjung menikmati kopi
Ada jeep di pertengahan perjalanan
Aerial view Bukit Khuan Chu dari Padang Besar
Tembok sempadan .. Untuk makluman Bukit Khuan Chu disebelah Malaysia adalah kawasan larangan dan perlu kebenaran jika ingin berkayuh atau memasuki
Berehat di kerusi sambil menikmati pemandangan
Di sana Perlis … tudia Bukit Chabang
Pautan Kembara Berkaitan
1. Padang Besar: Puncak 2 Sempadan
2. Ton Nga Chang: Air Terjun Yang Hebat Lagi Memikat
No comments:
Post a Comment