Showing posts with label Darulaman Trails. Show all posts
Showing posts with label Darulaman Trails. Show all posts

Sunday, December 24, 2017

BDB Enduro Challenge 2017: Hati Kering Di Trek Basah

PC230006

Tarikh : Sabtu – 23  Disember 2017
Lokasi : Darulaman Trails, Jitra, Kedah DA
Koordinate: N6.24734° E100.44551°

DSC07879

Susulan kejayaan penganjuran Mini Merdeka Enduro Challenge pada 31 Ogos 2017 lalu, pihak Bina Darulaman Berhad (BDB) telah meminta saudara Nasron untuk mencadangkan satu acara sukan MTB di Darulaman Trails pada penghujung tahun 2017.

PC230245

Melewati Sec. Rock Garden @ SS1

Mengambil peluang dari sambutan disiplin Enduro, berinspirasikan penganjuran Kejohanan Kiara Enduro, berbekal pengalaman dan kejayaan penganjuran Merdeka BDB Enduro Challenge yang telah mempamirkan kemampuan. MAKA ke arah penganjuran ini, satu jawatankuasa telah dibentuk pada 24 Oktober 2017 bagi merangka format kejohanan, mempromosi acara, menyiapkan trek yang bersesuaian, menyediakan bajet, mempersiapkan tempat dan mencadangkan tarikh yang sesuai.

PC230260

Berhampiran Ending SS1

Setelah perbincangan dengan pihak BDB, tarikh 23 Disember dipilih untuk acara yang diberi nama ‘BDB Enduro Challenge 2017’. Kearah perlaksanaan yang teratur, kami menyediakan satu ‘jadual perlaksanaan kerja’ sebagai garis panduan dalam melaksanakan tugas. AJK diberi tanggungjawab masing-masing disamping konsep musyawarah diterapkan.

DSC07897

Pendakian  LS 2

Kali ini penganjuran melibatkan 4 stage dengan jarak keseluruhan sejauh ± 8km dan ketinggian maksima 110 meter. Beberapa laluan baru dibina dan diubahsuai bagi menambahkan lagi cabaran dan tekanan. Ya... sekali lagi kami menggunakan sistem chip elektronik timer. Khidmat sahabat dari SPORTindent (Nazir) digunakan lagi. Kami nyahkan kerumitan, terapkan kepintaran agar pergerakan peserta di trek dapat dikesan dan keputusan yang tepat lagi cepat terhasil. 

bdb Enduro

Dengan fee RM70.00 kami memberi peluang kepada lebih ramai peserta dari pelbagai lapisan dan gender untuk bertanding dengan lebih sesuai dan adil, maka 7 kategori diperkenalkan. Hadiah yang menarik ditawarkan, peluang yang lebih dipersembahkan. 5 terpantas ditangga teratas (dalam kategori) bakal menaiki pentas.

Cat & prize

Usaha kami nampak berbaloi, seminggu sebelum kejohanan sudah ramai rider datang mencuba, semua yang mencuba terasa teruja tidak sabar untuk beradu domba.

 PC220216

Latihan di ketika kering @ SS3

23 Disember 2017 kejohanan bermula. Trek yang kering kelmarin mula basah dengan curahan hujan sejak malam semalam ( Jabatan Kajicuaca meramalkan tempias Ribut Tropika Kai-Tak akan menyebabkan negeri-negeri di utara Malaysia Barat  mendapat hujan pada Jumaat malam hingga Ahad 22 – 24/12/2017 ) Maka pastilah cabaran semakin terasa tetapi ini membuat rider lebih berhati-hati.

‘Heaven & Hell’ … begitulah antara gambaran rider terhadap trek yang ada. SS1(Trail Balik Kampung) membuat ramai peserta macam nak berpatah balik ke rumah (Time ujan ni dok rumah rehat sambil pekena secangkir kopi dicicah roti - kan shockkkk..!). Kelicinan di laluan yang baru dibuka memang tak dinafi. Hanya yang bersemangat  kental, akan berusaha menghabiskan cabaran yang dipersembah. Titi Balik Kampung yang curam memang sesuai untuk yang berhati kering, lintang pukang dek penangannya, kemahiran dipupuk tumpuan diberi, basikal dilatu sambil meluncur laju. Ada yang berguling di Rock Garden, tak kurang juga meredah bersahaja.  NAMUN berbeza pula di SS2 (Trail Pak Guard) HULALA... masa untuk menikmati laluan yang dihidang dengan lahap TETAPI pada SS3 (Trail Longkang) hmmm … ramai yang kecundang, rebah di medan, ada yang meluncur  basikal, hanya yang tabah dan punya keyakinan  tinggi dapat mengatasi drop yang menyengat dan last SS4 (Trail Freeride) melaju disini tanpa menoleh ke belakang, namun tenaga diperah dipermulaan membuat ada yang sudah mengah. ALHAMDULILLAH kejohanan berjalan dengan lancar tanpa kecederaan serius bahkan semua peserta berjaya mencukupkan kuota. 

DSC08001

Banyak suka duka dalam pelbagai perkara. Apapun pasti ada kekurangannya, namun kami cuba untuk meminimakannya sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Mungkin kami bukan yang terbaik namun kami sedaya upaya memberi yang terbaik. Bagi pihak Jawatankuasa penganjur, aku menyusun jari memohon ampun sekiranya ada kekurangan dan kelemahan. Segala keseronokan dikongsi bersama. Insyaallah tahun hadapan ketemu lagi ..

Terima kasih kepada semua peserta dan penyokong (keluarga dan sahabat handai) tanpa anda semua sepilah trek ini. Semestinya penghargaan tidak ternilai kepada kepada pihak penaja terutama pihak BDB yang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada penganjuran. Pada ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus mempersembahkan acara agar berjaya. Tidak dilupa kepada Trailbuilders, dengan kudrat mereka, trek yang bergaya berjaya disedia, barisan Marshall yang mengawasi laluan dengan sabar dan tidak lupa kepada semua sahabat, penyokong, pendokong dan penonton yang memberi sokongan samada moral dan juga material .. TERIMA KASIH semua.

Dengan penyertaan seramai 97 peserta (semua 109), dengan masa lebih 3 ½ jam acara berjalan maka keputusan muktamad adalah seperti berikut: -

result01

result02

Untuk maklumat lanjut sila download keputusan di link bawah

1. Keputusan keseluruhan - PDF Format (KLIK) 

2. Keputusan ikut kategori - PDF format (KLIK)

DSC_8137

Pendaftaran & Pengambilan Transponder + Sarapan (Nasi Lemak Viral sama susu kambing)

DSC07929

SS3 yang mencabar

PC230339

Mudah menackle di drop longkang @ SS3

PC230347

PC230403

Titi @ SS4

PC230408

Titi Tampak Sisi @ SS4

PC230420

SS4

PC230425

ASBT @ SS4

PC230440

Bandit Tunnel @ SS4

PC230383

PC230501

Hebatnya cengkaman Topui ?????

PC230526

Lompatan Penamat

DSC_8621

Hanya 3 pemenang dalam kategori Women

PC230125

ELITE

PC230123

OPEN

PC230120

MASTER A

DSC_8661

MASTER B

DSC_8648

MASTER C

PC230534

MASTER D

DSC_8710

Cabutan bertuah dihoskan oleh Cikgu Mukhlis aka CM

DSC_8705

Barisan AJK pertandingan dan wakil BDB

Wednesday, June 21, 2017

Darulaman Trails: Peta Tunjuk Arah

Coordinate: N6.24825° E100.44472°
Lokasi  : GATE 2, Darulaman Trails, Darulaman Hills (Bukit Nara), Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia

Peta Lokasi Darulamantrails3

Rujuk map atas - IKUT Arah warna Hijau

Ramai yang bertanyakan tentang lokasi Darulaman Trails. (Darulaman Trails yang dulu dikenali sebagai Darulaman Bike Park juga BDB Bike Park), Berikut aku berikan sedikit panduan dan ringkasan arah  untuk ke sana.

Pertama sila masukkan Koordinate ini (N6.24825° E100.44472°) ke dalam apps Maps anda. (atau apa-apa maps yang anda guna seperti MAPS.ME, Here maps dll).   Jika tiada apps map, sila rujuk peta di atas sebagai panduan.

Peta tunjuk arah ini adalah dari arah Selatan yang menghala ke Bukit Kayu Hitam. Ambil susur keluar (Exit 181 ) Bandar Darul Aman/Wang Tepus. Dari susur, akan jumpa persimpangan lampu isyarat, ambil kanan dan ikut arah menuju ke Darulaman Golf & Country Club(DGCC), dipersimpangan lampu isyarat (berdekatan Condo 900) belok kiri dan teruskan perjalanan lagi sejauh ± 2km sehingga berjumpa bulatan. Sebelum itu anda akan melewati Darulaman Golf And Country Club (DGCC) dan The Splash di Tasik Darulaman. Di bulatan ambil jalan keluar ke 2 menuju ke Taman Tunku Sarina. ± 500 meter dari bulatan anda akan jumpa persimpangan (seperti simpang 4) dan belok ke kanan ke Suasana Permai sambil melewati pondok pengawal yang merupakan GATE 1 (untuk Trail Running) dan teruskan perjalananan ke GATE 2 sejauh ±580 meter.

PANDUAN BERGAMBAR

(29617) 20170626_120409

Ambil EXIT 181

(29624) 20170626_120638

± 500 meter dari susur Exit 181 akan jumpa persimpangan lampu isyarat , ambil kanan

(29628) 20170626_120706

Teruskan dilampu isyarat berikutnya (± 200 meter dari persimpangan lampu isyarat pertama)

(29630) 20170626_120722

± 150 meter berikutnya ambil ke kiri

(29633) 20170626_120750

±400 meter akan jumpa lampu isyarat (Kondo 900) belok ke kiri

(29638) 20170626_121005

Dibulatan ambil susur keluar ke 2

(29642) 20170626_121110

Akan jumpa Persimpangan ini dan belok ke kanan

(29650) 20170626_143953

Disini adalah GATE 1 (permulaan utk Trail Running/Hiking) dan teruskan 500 meter lagi untuk ke GATE 2

Monday, June 19, 2017

Darulaman Trails: TTIS Trail–Denai Larian

Tarikh  : 19 Jun 2017
Jarak   :  2.00 km
Coordinate: (N6.25310° E100.44557°)
Lokasi  : Darulaman Trails, Darulaman Hills , Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia

Denai Taman Tunku Intan Safinaz (TTIS Trail) terletak disebelah timur Darulaman Hills (bersebelahan dengan perumahan Idaman dan perkampungan). Sebahagian dari laluan ini pernah menjadi trek Girl & Women Jamboree 2012. Ia sejauh 2km dan digabungkan dengan beberapa denai lainnya bagi mewujudkan lingkaran bersambung (loop) sejauh 5.7km sesuai untuk aktiviti hiking dan Trail Running (Larian Denai)

Denai Larian

Pembangunan trail ini dilakukan setelah mendapat lampu hijau dari CEO BDB supaya dipanjangkan lagi trail sedia ada, maka pada 31/05/2017 saudara Md. Nasron dan Apit(Hafiz) memulakan tinjauan trek. Terkejutnya mereka, kawasan sekitar sudah dipenuhi dengan pokok kacang gila (sejenis kekacang penutup bumi) dan tumbuhan lain. Maka tinjauan dilakukan dengan amat berhati-hati sekali, setiap langkah diatur dengan tertib sambil mulut kumat kumit membaca doa apa yang patut. Semak yang tebal diredah sambil menebas, denai dibuka jalan ditanda. Setiap sudut bukit diteliti untuk melihat potensi. Seterusnya  Trailbuilders masuk membuat kerja, semak mula ditebas, laluan dicuci. Walaupun puasa ia bukanlah alasan melengahkan kerja, berbekalkan  kudrat dan semangat, komitmen kerja diteruskan demi memikul tugasan.

TTIS Trail

Graf Elevation TTIS Trail (2km)

18814174_1691920260837829_6121298317589546757_n

Denai larian bermula dari GATE 1 (iaitu pintu masuk mula di bahagian utara bukit, berdekatan pondok pengawal Suasana Permai) dengan menempuhi Pak Guard Trail sejauh ±270 meter belok ke kiri lalu masuk ke kepala denainya (trail head). Denai ini menyajikan laluan yang ada menaik dan sedikit menurun, dimesrakan dengan alam, pepohon tinggi teduh menaungi, sesekali kera dan unggas menyapa dilaluan sambil melompat-lompat antara dahan. Direncahkan lagi dengan halangan semulajadi untuk menyedapkan rasa berlari. Batang-batang pokok tumbang sengaja dibiar menghadang, bonggol dan banir sengaja dibiarkan. Selepas turun dan naik, denai ini masuk semula ke Pak Guard Trail dan seterusnya ke DATARAN hingga ke puncak di ketinggian 110 meter lalu memasuki Ciu Ciu Trail , memasuki Billboard Trail sambil melintas ‘titik pandang’ (view point – Darulaman Hills) yang menjadi mercu tanda dan pot berswafoto (dek View Point sedang dalam pembinaan) diakhiri di Bola Golf Trail dan keluar ke  tarmac (Persiaran Indah) dan ada lagi 700 meter untuk ke tempat permulaan (GATE 1)

Denai Larian

Graf Elevation Trail Running  (5.7 km)

18740801_1691920217504500_5694852773815557875_n

Hati-Hati: Semak menebal

18835640_1696362933726895_6156872470213978024_n

Kerja-kerja permulaan: menebas laluan

20170610_100022

20170610_100426

‘Madu 3’ di Section Aral Melintang

20170610_100805

‘Batang Bertindih’ nama diberi

20170610_100815

Batang-batang kayu tumbang yang dikekalkan sebagai cabaran

20170610_100846

kaki tak sampai

20170610_101101

Alam & Haiwan: Seperti spesis tupai terbang ?

20170610_101824_001

Udah cerah: Dulu ini adalah trek gugirls

20170610_121828

The Wall : antara section menarik yang ada di Darulaman Trails

20170523_111735

Bola Golf Trail

P6172136

EXIT : Laluan Keluar ke kampung berdekatan (N6.24961° E100.44695°)

P6172138

Laluan di kampung .. di sana ada mini tar yang membolehkan ambulan/bantuan kecemasan hampir ke denai