Showing posts with label Kayuh Malam. Show all posts
Showing posts with label Kayuh Malam. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

Bukit Kelubi: Mengecapi Moreh Dipuncak

Tarikh : 11 Julai 2012 (Jumaat) = 13 Ramadhan 1435H
Mula : 11.30 Malam
Lokasi: Trek Bukit Kelubi, Jitra, Kedah 
Jarak Kayuhan : ± 6 Km (Naik & Turun) 
Kehadiran: 15 Orang 
Coordinate: N6 16.154 E100 27.745 (@ puncak)

Kayuhan Malam Bukit Kelubi bermula sejak tahun 2010 dan bagi meneruskan tradisi ini maka saudara Nasrol telah mewar-warkan dalam FBnya dan berjaya menarik perhatian 15 penunggang untuk memecah peluh jantan dengan mendaki dan merasai peningkatan adrenalin semasa penurunannya.

Seusai solat tarawikh kami berkumpul di Anjung Kelubi sambil menanti kehadiran rakan.. Permulaan acara dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Al Ustaz Raja, memohon keberkatan dan keselamatan dan pada jam 11.30 malam gerombolan ini berbondong-bondong mendaki Bukit Kelubi. Berbekal lampu dan sinaran bulan menerangi laluan memacu naik dan lancar pengendalian. Kayuhan ini juga disertai oleh 2 orang mashall bermotor dan sebuah Suzuki 4 x 4 yang bertindak sebagai sweeper (penerang jalan) dan membawa kelengkapan moreh.

Setelah hampir 1 jam berhempas pulas melawan graviti, pada jam 12.10 am semua selamat tiba ke puncak. Melepas lelah menikmati panorama sambil menanti kopi dibancuh. Moreh yang ringkas iaitu  kopi sambil cicah roti kering dan koteow goreng sememang lazat dinikmati. Apatah lagi angin pagi yang sejuk dan nyaman menyapa pipi .

Lebih sejam kami dipuncak dan sebelum penurunan bermula sedikit taklimat ringkas diberi oleh saudara Nasron. Jam 1.20 pagi kami pun mula turun. Penurunan yang berhati-hati dengan laluan yang curam ditambah batuan yang longgar. Semua deria perlu peka terutama mata kerana tiada diduga apa dihadapan, lubang dan bonggol tidak jelas kelihatan yang boleh membawa kepada kejatuhan.

Alhamdulillah, semua penunggang selamat sampai ke bawah. Sesungguhnya kayuhan malam sememangnya unik kerana ianya mencabar dan mempunyai risiko disamping perasaan yang bercampur baur antara seronok, gementar dan mendebarkan dan ianya akan diteruskan lagi pada masa hadapan. INSYAALLAH …

berhimpun

Bacaan doa oleh Ustaz Raja Azrifuddin

Marshall mengawasi penunggang

Nah Haih … bercerau peluh

Santa Cruz Blur LT - Sudah mengenali diri

Acara moreh

Penurunan …

Sunday, February 17, 2013

Alor Setar Saturday Nite Ride 2013: Santai & Meriah

Tarikh :  15 Februari 2013
Jam    :  8.00 malam  
Acara  :  Alor Setar Saturday Nite Ride 2013

Bersempena dengan ulang tahun Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Kali Ke-9, acara JOM PI KARNIVAL @ BANDARAYA ALOR SETAR diadakan selama 10 hari iaitu dari 10 hingga 19 Feb 2013. Pelbagai acara turut disusun sepanjang sambutan itu antaranya ekspo jualan, cabutan bertuah, persembahan pentas, pertandingan memasak dan forum wacana ilmu.

Salah satu program kayuhan basikal yang dikenali sebagai 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2013' turut diadakan bagi memeriahkan sambutan. Kayuhan sejauh 21km yang bermula dari Menara Alor Setar dan menuju ke Kepala Batas dan berpatah balik ke menara. ‘Flag-off’ oleh Datuk bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad pada jam 8.00 malam.

Aku turut menyertai aktiviti ini (walau tak berdaftar..heh heh) dan mengayuh dari rumah seusai solat maghrib dan menyertai kelompok ini di pertengahan jalan. Kayuhan santai ‘membuntuti’ pickup yang turut disertai /membawa Datuk Bandar. Ramai juga sahabat-sahabat menyertai acara ini yang datang dari seluruh pelosok negeri Kedah.

Aku bawa RB malam tu kerana ‘Morewood’ku masih diservis

Kepelbagaian ragam & basikal … Peserta di hadapan Istana Anak Bukit

Amiruddin & isteri dari SP  dengan tandem bike dan Rider MSN

Sunday, September 23, 2012

Saturday Night Ride: Kayuhan Santai Yang Meriah & Menarik

IMG_1659

’ALOR SETAR SATURDAY NITE RIDE 2012’

Tarikh : 21 September 2012  
Masa : 8.00 Malam 
Jarak : 15 km
Mula Lokasi: Menara Alor Setar
500 Peserta

Kayuhan yang berkonsepkan Family Funride. Tourism Malaysia Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar menganjurkan program ini. Ia dibawakan oleh Danish Event Management.

Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan aktiviti pelancongan berbasikal di Bandaraya Alor Setar dan menjadikan acara berbasikal sebagai pakej pelancongan serta memupuk semangat bersukan di kalangan warga Malaysia khususnya para remaja. Ianya disertai oleh kelab-kelab berbasikal sekitar Alor Setar dan lain-lain kawasan, agensi-agensi kerajaan, pelajar-pelajar dari institusi pendidikan di Kedah serta seisi keluarga.

Jam 8.00 malam kayuhan bermula yang di ‘flag off’ oleh Datuk Chong Itt Chew (Ganti Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid). Bermula di Jalan Istana Kuning, melalui hadapan Masjid Zahir menuju ke Persiaran Sultan Abdul Hamid melalui Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan kembali berkumpul  ‘refreshing’ dengan minuman ringan di hadapan Pekan Rabu. Kembali mengayuh mendaki jejambat jalan Langgar memasuki Jalan Sultanah dan kembali ke menara Alor Setar.

Berbagai gaya dan ragam pengayuh kelihatan dan sesuai dengan temanya family ride, ramai sahabat yang turut membawa keluarga dan anak-anak umtuk kayuh bersama. Aku juga membawa keluargaku ke menara sahaja. Pertunjukkan pentas dan lain-lain turut dihidangkan.

Sesungguhnya sesekali seronok mengayuh dalam program sebegini, santai dan menghiburkan. Lagipun bukan senang nak kayuh dalam bandaraya Alor Setar tanpa ganguan lalulintas.

Dengan bayaran RM10.00 berbaloilah dapat baju, air mineral, no. plet, buah epal, makan malam dan peluang untuk cabutan bertuah.

Saturday Nite Ride

Laluan kayuhan

IMG_1649 IMG_1645

Aku dan keluarga Bonyamin berlatarkan menara Alor Setar

IMG_1651

Art di hadapan Masjid Zahir, mana Art TTBC?

IMG_1652

Ustaz Raja – berlatarkan Masjid Al Ghuffran

IMG_1654

Ustaz Raja & Cikgu Fisol – Depan Kereta Kuda

IMG_1657

Rosma, Hanif, Ustaz Raja dan Hashim

IMG_1658

Putra Shariman, Jazkun & Cikgu Fisol

IMG_1661  IMG_1662

IMG_1666  IMG_1669

Pelbagai gaya & ragam

IMG_1671

Adi Hariman & keluarganya

IMG_1675

Man & anaknya

IMG_1672

Tok Megat & Mizi Kulim (Danish Event)

Monday, August 06, 2012

Bukit Kelubi: Menikmati Panorama Di Bulan Purnama

IMG_0606

Tarikh : 3 Ogos 2012 (Jumaat) = 14 Ramadhan 
Mula :11.00 Malam
Lokasi: Trek Bukit Kelubi, Jitra, Kedah 
Jarak Kayuhan : ± 6 Km  (Naik & Turun)
Kehadiran: 25 Orang 
Coordinate: N6 16.154 E100 27.745 (@ puncak)

Sudah lama kami tidak berkayuh malam, rasanya hampir setahun. Idea untuk  program kayuhan malam ini dicetus oleh saudara Nasrul lalu beliau mencadangkan kayuhan berunsur ‘Riadah dan Ibadah’ sempena bulan Ramadhan yang mulia ini yang dikenali Bukit Kelubi Night Ride’.

Seusai menunaikan solat Taraweh di surau berhampiran, kami berhimpun di Gerai Roti Canai di jalan masuk ke Taman Tunku Sarena. Seramai 25 orang terlibat dalam aktiviti kayuhan ini yang terdiri dari rider Jitra, Alor Setar, Changloon dan Perlis. Kayuhan ini juga disertai oleh 3 orang mashall bermotor dan sebuah Suzuki 4 x 4 yang bertindak sebagai sweeper (penerang jalan) dan membawa kelengkapan makanan(moreh).

Hampir satu jam medaki ke puncak Bukit ini yang jaraknya hampir 3km.. Tiba dipuncak hampir jam 12.00 tgh malam. Hujan semalam mengurangkan debu tetapi menjadikan beberapa laluan sedikit ‘longgar’. Dipuncak kami menjamu mata melihat keindahan panorama Jitra diwaktu malam dan juga menjamu selera dengan ‘moreh’ bihun goreng/kacang/kuih/kurma dan nescafe’ shake panas sambil merehatkan badan dan berbual. (Wow ..!!).

Jam 1.00 pagi, kami meluncur turun dan alhamdulillah semuanya selamat. Tidak ada kemalangan yang berlaku walaupun laluan dipenuhi dengan beberapa rintangan bahkan menjadi cabaran kepada kami. Kayuhan selesai pada jam 1.30am.

Lagi gambar di FACEBOOK

IMG_0559

Art & Art = Sweeper/Marshall

IMG_0566

Taklimat Kayuhan Malam

IMG_0572

Tudia bawak DH bike .. jenuh tolak naik

IMG_0578

Abang Ai & Hafizi dok menikmati panorama Jitra sambil dok cari rumah depa

IMG_0582

Master Chef

IMG_0592 IMG_0596

Menikmati ‘Moreh’ Kopi goyang/Bihun Goreng

IMG_0610 IMG_0618

DH .. balik

IMG_0616

Alhamdulillah selamat semuanya

Thursday, January 06, 2011

Bukit Lenguh: Malam Yang Malang

Tarikh: 4 Januari 2011

Hari: Selasa Malam Rabu

Mula: 9.00pm dari Redflag Bike Shoppe

Jarak: 30.38km

Kelajuan: 30 – 40 km/j

Rider: 9 orang : Jeff aka Keladi Utan, Rocker Ai, Nasrun @ Laontruth, Cikgu Wan, Art IKBN, Tandope, Zambri, Art TTBC dan Pudin

kayuhan ini merupakan kayuhan rutin team Redflag utk stamina dan meningkatkan kecergasan.

Mungkin episod malang seawal lagi sudah memberi petandanya. Kereta penulis tiba-tiba tidak dapat dihidupkan lalu hubungi Art TTBC dan menumpangnya ke lokasi. Kayuhan hari ini persembahan penulis amat bruk sekali, ketinggalan di belakang sekali atas alasan masih sakit lutut dan kepenatan(memang penat sungguh malam tadi). Turun sahaja dari bukit lenguh, basikal penulis pula pancit akibat memasuki lubang. Kebetulan pulak malam ni tak bawa tayar ‘spare’. Memandangkang hanya penulis sahaja memakai tayar slick, maka geng lain tidak dapat membantu. Beberapa buah kereta yang lalu lalang tidak berani berhenti bahkan ada motor yang berpatah balik kerana mengesyaki pohak polis(kami la) membuat sekatan jalanraya di kawasan hutan itu. Walaubagaimanapun semangat kerjasama dari kalangan team amatlah dipuji bahkan saudara Zambri si Marathon Man mempelawa penulis menaiki basijalnya dan beliau berlari sambil membawa basikal penulis. Backup team dari saudara Alias dan Ustaz menyusul selepas itu dgn kereta. Terima kasih semua sahabat-sahabatku atas bantuan.

Bagi yang berminat untuk kayuhan malam REDFLAG di alu-alukan dan  PIHAK KAMI TIDAK MEMBIARKAN ADA KETINGGALAN ATAU KESEORANGAN terutama APABILA BERLAKU SESUATU MASALAH. Anda boleh hubungi:-

Jeff – 012-5111 979

Nasrun : 019-4440 839

IMG_0616

Nasib baik ada orang tolong bawak lari gerek tidak dok tunggu dalam hutan tu la kami sebelum backup tiba – Laa beberapa ORBS sedang berlegar keliling

IMG_0617  Maraton Man – laju gak si Zambri ni lari ±15km/j