Tarikh: 4 Januari 2011
Hari: Selasa Malam Rabu
Mula: 9.00pm dari Redflag Bike Shoppe
Jarak: 30.38km
Kelajuan: 30 – 40 km/j
Rider: 9 orang : Jeff aka Keladi Utan, Rocker Ai, Nasrun @ Laontruth, Cikgu Wan, Art IKBN, Tandope, Zambri, Art TTBC dan Pudin
kayuhan ini merupakan kayuhan rutin team Redflag utk stamina dan meningkatkan kecergasan.
Mungkin episod malang seawal lagi sudah memberi petandanya. Kereta penulis tiba-tiba tidak dapat dihidupkan lalu hubungi Art TTBC dan menumpangnya ke lokasi. Kayuhan hari ini persembahan penulis amat bruk sekali, ketinggalan di belakang sekali atas alasan masih sakit lutut dan kepenatan(memang penat sungguh malam tadi). Turun sahaja dari bukit lenguh, basikal penulis pula pancit akibat memasuki lubang. Kebetulan pulak malam ni tak bawa tayar ‘spare’. Memandangkang hanya penulis sahaja memakai tayar slick, maka geng lain tidak dapat membantu. Beberapa buah kereta yang lalu lalang tidak berani berhenti bahkan ada motor yang berpatah balik kerana mengesyaki pohak polis(kami la) membuat sekatan jalanraya di kawasan hutan itu. Walaubagaimanapun semangat kerjasama dari kalangan team amatlah dipuji bahkan saudara Zambri si Marathon Man mempelawa penulis menaiki basijalnya dan beliau berlari sambil membawa basikal penulis. Backup team dari saudara Alias dan Ustaz menyusul selepas itu dgn kereta. Terima kasih semua sahabat-sahabatku atas bantuan.
Bagi yang berminat untuk kayuhan malam REDFLAG di alu-alukan dan PIHAK KAMI TIDAK MEMBIARKAN ADA KETINGGALAN ATAU KESEORANGAN terutama APABILA BERLAKU SESUATU MASALAH. Anda boleh hubungi:-
Jeff – 012-5111 979
Nasrun : 019-4440 839
Nasib baik ada orang tolong bawak lari gerek tidak dok tunggu dalam hutan tu la kami sebelum backup tiba – Laa beberapa ORBS sedang berlegar keliling
No comments:
Post a Comment