Tarikh: 22/01/2011
Jam: 12.10pm
Rider: 3 orang sahaja – Abang Ronn, Pudin dan Art TTBC
Taman Negeri Perlis adalah seluas 50 km persegi dan yang merangkumi Hutan Simpanan Mata Ayer dan Hutan Simpanan Wang Mu. Ianya berkongsi hutan dan bukit di Banjaran Nakawan dengan Taman Negeri Thaleban. Kedua taman negeri ini berkerjasama kerana sama-sama berkongsi hutan dan haiwan. Apa yang tidak terdapat di Malaysia ialah orang asli dari suku sakai yang hanya mendiami di sebelah Thailand.
Permulaannya Taman ini hanyalah 1,000 ha Hutan Simpanan Mata Ayer yang digazetkan dalam tahun 1955 dan Taman Negeri Perlis secara rasminya digazetkan dalam tahun 2002 apabila Hutan Simpanan Wang Mu di masukkan bersekali.
Thaleban National Park hanya sejarak 3.9km dari pintu sempadan wang kelian. Ianya telah diistiharkan sebagai National Park yang ke 20 di Thailand dalam bulan Oktober 1980. Taman ini seluas 196km2 dan terletak di lembah yang terjadi akibat perubahan rupa bumi(terbenam) jutaan tahun lalu.
Taman batu kapor ini mempunyai beberapa tarikan seperti ayer terjun dan beberapa gua yang terkenal antaranya Toan Din Cave, Pah Deo Cave and Pooyoo Cave.
Apa yang menarik di sini ialah galakkan pelancungan tempatan dari kerajaan Thailand. Ini boleh dilihat dari fee masuk ke Taman ini dimana THB20 di kenakan kepada Rakyat Thai dan THB200.00 kepada pelancung asing.
Sementara menunggu urusan border, aku dok perati beberapa pikap kosong masuk ke Thai dgn sarat .. kenapa?
Minyak masak katanya RM26.00 utk 5 kilo dan RM4.00 utk sekilo
Hanya 3.9km kayuh menurun sahaja untuk ke sana
Pengunjung akan dikenakan fee untuk masuk – dihujung laluan ini
Hari ini ramai sungguh pelawat siam berkunjung ke sini .. budak –budak Sekolah dari Patani dan gerombolan pelajar dari Universiti Thaksin
Bertemu kawan lama Bang Ronn(Mr Mus) yang bekerja di Taman ini
Frust .. tak dapat makan Kensom hari ni ..dah habis ..ramai pengunjung hari ni
Nak Balik ..kena ragaih bukit dan canggah angin
No comments:
Post a Comment