Tarikh: 02 Januari 2011 – Hari Ahad
Masa: 8:40pg
Trek Loop 5.3km
Fee: RM10.00
Kebetulan dgn cuti 1Malaysia dari PM, penulis hadir sebagai satu sokongan kepada acara ini yg dianjurkan oleh saudara ADUHA MALAY REGIME & Co. Walaubagaimanapun penulis tidak bersedia untuk menyertai acara ini ekoran kecederaan lutut yang berulang kembali dari aktiviti kelmarin. Penulis bertindak sebagai pemerhati dan jurugambar sahaja.
Treknya hanyalah berjarak 5.3 km sahaja. 2km mendaki, 2 km menjunam dan 1.3 km kayuh atas tar. Bermula sahaja perlepasan, 50km pertama pendakian pun bermulalah. Pendakian inilah yang menguji kekuatan dan ketahanan para pelumba. Walau ramai yg kecundang namun beberapa orang sangat menyerlah bahkan tidak berhenti meletak kaki dalam pendakiannya.
Penurunannya sedikit curam. Laluan licin akibat hujan dan ada yang berbatu. Lurah-lurah akibat hakisan air menguji kemahiran peserta. Penulis yang tak berpakaian sempurna(tiada aspek keselamatan diambil) teringin hendak mencuba akibatnya beberapa kali tergolek memasuki lurah, keyakinan semakin luntur, penurunan curam seterusnya tuntun turun la (heh..heh). BAlik rumah lutut kembali membengkak dan sakit. Adoiiii padan muka aku ..
Jalan tar, semua rider tiada masalah disini. Laluan dikawal dgn sempurna oleh petugas. Syabas penulis ucapkan kpd penganjur dan teamnya. Insyaalah kalau lutut dah ok, bab kedua akan diikuti.
Lagi gambar di FACEBOOK
Geng Oren yang semakin bersinar di arena MTB ..berkat Thajiiiiiiiii(dgn asbab)
dalam banyak-banyak rider(semua ekor mereka keras lagi mantap) tetapi hanya 2 rider dari Jitra ini yang berspecies ekor lembut ..Auwwww
Geng depan nilah yang menguasai kejohanan ini
Rapper Aduha … sedang menyampaikan sepatah du du dua ka ka kata
Muhd. Ariff aka Spark dari Changloon Rider – menjuarai kejohanan ini dgn 6 lap
Hahhh .. kecerunannya mengakibatkan kehabisan angin
Ada jua yang gagah lagi perkasa
CP1 – tiada air dan makanan. HAnya makan angin disini
satu species, 2 aksi yang berbeza
CP2 .. berhampiran sempadan MALTHAI
Banyaknya pacat, licin plak tu
Keluar ke jalanraya
Pengurus/Jurulatih – sdr Azizul tidak sia-sia pelaburan mereka
Kejayaan paling bermakna – Top 40 – pencapaian terbaiknya
Ucapan dari Dato’ Sri Shahidan Kassim – satu peransang diberikan .. apalagi ambik la peluangnya demi utk kebaikkan bersama
Terimakasih kepada Tandope atas gambar penyampaian hadiah dari Dato’ Sri Shahidan Kassim. Penulis tidak berada pada masa tersebut.
Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.
ReplyDelete- Daniel
Thanks Daniel ..may i know your e-mail or blog
ReplyDelete