LEMBARAN DIBUKA ..KAYUHAN BERMULA
Sebermula - satu episod perjalanan MTB dan pengalaman penulis bagi tahun 2011
Tarikh: 010111 – Hari Sabtu, Jam 4.00ptg
Lokasi: Sintok, UUM
Jarak: 18km
Rider: 9 orang: Tandope, Azizul, Spark, Am UUM, Achik UUM, Zn Gerek Baru, Art TTBC, Art Public dan Pudin
Awal tahun lalu di mulakan dengan Bukit Lebai Hussin, awal Tahun 2011 di Bukit Tok Kassim pula. Setiap tahun, lembaran kayuhan dimulai dari kawasan paling utara tanah air, Changloon.
Apabila Tandope menjemput untuk kayuhan mencari trek( untuk projek terbarunya), penulis pasti tidak akan menolak kerana tahu bahawa trek di Changloon memangnya mencabar lagi menarik. Tidak terkilan berkayuh disana walaupun setiap kali kayuhan gerek mesti kena tanggung.
Trek ini memang menarik dgn pemandangan yang cantik. Suasana langit petang yang redup menyegarkan kayuhan pada hari ini. Permulaan kayuhan adalah jalan tar, memasuki sahaja offroad ke kawasan kebun getah sudah kena ‘kandaq ‘ gerek. Ini kerana laluan menjadi sangat buruk dan lecak akibat kerja-kerja menolak tanah utk projek tanaman semula. Bukitnya tidaklah tinggi sangat tetapi DH nya agak lanjut. Merentasi kawasan lapang yang dipenuhi lembu(bagaikan cerita koboi)yang adakalanya menanti kami utk beradu(ala matador). Nasib baik dgn pengetahuan dan pengalaman sdr Am (dia tak pakai baju merah) berjaya mententeramkan dan seterusnya menghalau lembu pergi.
Secara keseluruhan penulis amat berpuas hati dgn kayuhan hari ini walaupun jaraknya tidaklah jauh sangat.
Layanz … lagi gambar di FACEBOOK
Tandope dan Spark sentiasa mengepalai jemaah membawa ke jalan yg selamat lagi benar
Spark kalau boleh tak mau meletak kakinya .. mana GIANT baru(all carbon)?
Hah tudia .. jalan terputus akibat kerja penerokaan
Saling membantu - KERJASAMA
Antara TANGGUNG dan TOLAK – pilihlah mana yang mudah
Antara DHnya -
Kawasan tanaman chili merah(tak bawa plastik pulak dah – kalau tidak?)
Memasuki kembali jalan tar
Kawasan lombong kah ini? bagaikan ia
ranch!
Membelek Garmin mencari Utara
Peneroka menjerang air kopi dalam tin roti ..awat Art lapaq air kopi ka?
Bersempena namanya – kami keluar dari jalan inilah
No comments:
Post a Comment