Tarikh: 14 Januari 2011
Mula: Jam 8.30am
Rider: 9 orang Jeff, Nasron, Zaim, Cikgu Wan, Amri, Cikgu Fisol, Sepupu Cikgu Peson(lupa nama), Art TTBC dan Pudin
Bagi meningkatkan adrenalin, pagi ini team Jitra mendaki Bukit Kelubi (treknya akan menjadi sebahagian dari Darulaman Jamboree yg akan berlangsung pada 30 Januari 2011) sebagai latihan menguatkan otot-otot kaki dan meluncur turun laju sebelum Bukit Kedua yang menjadi trek terjunan didaki pula. Laluan disini adalah untuk menguji kemahiran imbangan dan kawalan. Beberapa tempat masih perlu diperbaiki laluannya kerana terlalu curam. Penurunan kali ini keluar melalui kampung dan seterusnya bersambung dengan jalan ke Taman Tunku Sarena, Jitra.
Untuk makluman Trek Terjunan Bukit Kelubi ini telah dpilih untuk Pusingan Ke 3 Malaysian DH Super Series pada 05 Jun 2011 nanti . Secara tidak langsung usaha-usaha giat geng-geng DH ini telah berbaloi, namun masih ada lagi yang perlu diperbaiki. Selaras dgn event ini pihak kami bercadangkan menjadikan Bukit ini sebagai Bike Park yang membolehkan berbagai “genre” basikal berkongsi. Usaha mencari dan mencuci laluan giat dijalankan.
Bukit Kelubi memang mencabar kejantanan anda
Turun … bestttt
Laluan ini perlu diperbaiki lagi dgn membuat teres
Perbincangan mengenai laluan yg perlu diperbaiki
No comments:
Post a Comment