Tarikh: 30 Januari 2011, Ahad
Lokasi: Taman Tasik Darulaman, Jitra, Kedah
Anjuran: DANISH ADVENTURE EVENT MANAGEMENT(DAEM)
Flag Pff: 7:45am
Ramai juga tersalah anggap bahawa Jamboree ini adalah kesinambungan Kedah Jamboree. Sebenarnya ia adalah satu acara yang dianjurkan oleh sebuah event management iaitu DAEM bagi memertabatkan lagi sukan MTB secara profesional. Terima kasih kami ucapkan kepada penganjur atas usahanya ini.
Penulis turut serta menyertai acara ini sbg satu sokongan kepada penganjuran ini, terutama apabila ianya diadakan di ‘halaman’ sendiri pulak. Penulis berlepas awal bersama kategori race kerana ingin ‘merasai’ dan mendapat gambaran dilokasi bahkan penulislah yang pertama sampai kegarisan penamat pada jam 8.50am. Terkejut dan tersentak lalu petugas berkejar untuk memberi hadiah, namun tersedar jua mereka akhirnya – penulis terpaksa pulang awal untuk menghadiri satu program di Wisma DA(keutamaan woo).
Semua gambar selepas itu diambil oleh anak penulis yang baru nak berjinak dgn DSLR dan terimakasih kepada sdr Asyraf kerana membantu shoot gambar di garisan penamat
Penyertaan
Penyertaannya ± 200 sahaja, namun sebenarnya sambutan agak hangat dari rider-rider utara yg kepingin benar. Ramai yang kecewa apabila acara ini diadakan pada hari Ahad. Kedah yang cuti amnya pada hari Jumaat dan Sabtu maka ia membataskan banyak rider untuk menyertainya pada hari ini. Penulis faham masalah penganjur, namun sekiranya diadakan pada hari Sabtu pasti ramai yang akan tampil menyertai-bahkan penulis melihat ramai rakan-rakan yang berkerja hari ini sempat datang untuk melihat acara ini.
Mungkin tidak ramai rider-rider berbangsa China turut serta kerana akan sambut Chinese New Year(CNY) dalam beberapa hari lagi. Mereka bimbang keselamatan, takut tak sempat ber’CNY’
Ramai juga rider yang tidak ‘sedar’ mengenai adanya Jamboree ini(yang tak baca blog la tu), bahkan tidak mengetahui bahawa penyertaan masih dibuka hingga saat akhir. Ini menunjukkan bahawa promosi agak berkurangan dan tidak panas.
Trek
Treknya adalah sebahagian dari Trek Kedah Jamboree yang berjarak ± 40km. Dua kategori dgn sedikit laluan yang berbeza. Kategori race mereka perlu mendaki Bukit Kelubi. Penat juga disini. Kategori Fun hanya mengayuh di belakang taman Tunku Sarena dan seterusnya ke kawasan rekreasi Bukit Wang. Ramai yang beranggapan penganjur spt tidak bersedia atau melakukan kerja saat akhir. Di Kawasan Bukit Wang, nasib baik pihak jabatan hutan memberi amaran apabila ada pokok tumbang.
Tidak ada peta laluan yg boleh dijadikan panduan kepada rider. Kalau adanya ‘Tinjauan trek’ dan jemputan kayuhan pasti nampak lebih molek..
Petugas
Penganjur juga tidak mengambil peluang mengenai ‘sumber’ yang ada. Dari apa yang penulis lihat, mashall atau crew kurang berpengalaman. Mereka juga kurang memberi perhatian pada beberapa aspek spt keselamatan, pandu arah dan sebagainya.
Arahan/panduan yg bercelaru(kiri-kanan), dan ada yang meninggalkan lokasi sedangkan masih ramai rider di ‘sana’.
Penunjuk arah juga berkurangan bahkan ada rider top 5, telah terlajak dan terpaksa berpatah balik. Jika tidak …….
Penganjur sepatutnya jangan malu-malu utk meminta bantuan dari rider ‘local’ yang pasti ada pengalaman dan tahu cara-cara kerja sebagai mashal dan crew. Bahkan cekap dgn laluan sekitar yang memang menjadi lokasi kayuhan mereka. Mereka secara sukarela akan beri bantuan demi kebaikan bersama . ‘Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ itulah gamaknya bermain dibenak mereka.
Kurangnya petugas dan kawalan lalulintas yg minima menyebabkan kemalangan berlaku di beberapa lokasi. Penulis ditempelak oleh salah seorang pemandu kereta apabila penulis terpaksa ambil alih kawalan lalulintas secara ‘Bidan Terjun’ Ini kerana petugas sedia ada berkejar membantu rider yang jatuh. Penulis juga ada terdengar rungutan dari polis bahawa rider tidak dieskot. Walaubagaimanapun selepas itu penulis melihat polis mula menunggu di lokasi tersebut.
Makan dan minum
Minuman di Feeding Point boleh dikatakan mencukupi, namun ramai rider mengeloh apabila tiada air disediakan di penamat.
Makanan tengaharinya sedap walaupun hanya 2 mata dan lebih dari mencukupi.
Secara keseluruhannya ramai juga yang enjoy acara ini, namun ramai juga yang ‘bercakap’. Penulis hanya menyampaikan apa yang dirasai dan didengar.
Lagi Gambar di faceBook
8.02am – dah nak sampai Bike Park
Jalan Masuk ke Suasana Indah
Ramai yang jatuh di sini –
Bukit Kelubi – menguji kudrat anda
Yes..sIR
FP – Belakang Taman Tunku Sarina
9.35: 46 am - Tempat Pertama
9:35:50 – Tempat Kedua
9:44am - Spark Tempat Ke 3
Maizatul ..juara wanita dan Zol ..orang kuat Telok Batik Jamboree
WAJAH WAJAH CERIA JAMBOREE
Santai
Seronok
Enjoy
Cool
Juara
Berjaya
Kenapa?
No comments:
Post a Comment