Tuesday, October 26, 2010

Gambar Seribu Makna

 

A Picture Speaks a Thousand Words. the original quote is, "One picture is worth more than ten thousand words." It is listed as an early Chinese proverb.

- Antara hobi penulis adalah kamera kerana masej yg disampaikan cukup bermakna(bersesuai dgn quote di atas).  Penulis adalah pengikut THE BIG PICTURE dari laman Boston.com. Lihat dan nilailah sendiri penceritaannya melalui gambar – pilihlah bulan di ruangan archivenya.  -  Perspektif anda?

Contoh gambarnya – ni sport jer

t39_24340833

Kah Kah Kah … Pi duluuuu …..

Wow

HUAAA  .. depa kagumm tuuuu

auw

Auchhhhh … sakit tuu

dish

Jangan sampai begini ..sapa kata depa sporting! biar gambar ceritakan

t39_24442655

The Four Jerseys

t32_24431381

Kasut Art TT Besi

t28_24421939

1 horsepower

Wednesday, October 20, 2010

Gajetku: Bukan Kebetulan

Hari ini kamera yang di order tiba – baru terperasan akan tarikhnya 20-10-2010
WOW – 20102010 -
PowerShot_S95_2_
Baikpunya tarikh niiii – tak sia sia beli kamera harini menjadikan koleksi ke 3 kamera kompak digitalku disamping DSLRku jua (Setiap 5 tahun sekali tukar baru).

Tuesday, October 19, 2010

Talat Nat Khlong Ngae - Hat Yai

Tarikh: Sabtu – 16/10/2010
Laluan: Bukit Kayu Hitam(BKH) – Khlong Ngae – Hadyai
Jarak: 120km
Mula: 8.00am : BKH
Rider: Abang Ronn, Zn & Pudin
Perancangan awal misi kami adalah sehingga Khlong Ngae sahaja, namun setelah melihat masa yg belum mencemburui  maka lajaklah hingga ke Hadyai kerana ada barang yg nak diborong.
8.00am – Rushdone menyapa kami di pemeriksaan imigresen
9.15am Bersarapan di Pot MTB Ban Prik(22km dari BKH),  Kedai Abang Jaafar – nasi krabu dah abis, ‘menyorok’ pulut ayam jer. Pot ini sunyi pada paginya kerana ramai yg keluar bekerja. Pada petangnya dan hari Ahad akan ramailah rider sekitar Ban Prit berkumpul di sini
Khlong Ngae(6° 46' 0" North, 100° 32' 0" East) adalah sebuah pekan kecil yg terletak di Selatan Thailand. Ianya terletak antara perjalanan dari BKH ke Hadyai. Jaraknya ± 36km dari BKH. Disinilah terdapat Talat Nat(pekan hari- SABTU) yg terkenal dgn pasar bundlenya yg berkualiti(???) dgn harga yg berpatutan(???). Pasar ini dibuka seawal jam 6.00pagi(Waktu siam la) dan berakhir sehingga jam 1.00tgh. Semua urusan hanya sah dilakukan dalam matawang ThB. Komunikasi!..jangan bimbang, walaupun anda ‘buta huruf’ dan ‘buta bahasa’, ramai peniaga terdiri dari melayu Patani dan Yala. Ini memudahkan sedikit urusan penawaran. Matlamat penulis bukan hanya pada bundlenya tetapi pada keunikan, kepelbagaian,  keharmonian, sikap dan semangat yg meruntun penulis utk singgah ke Nat ini
Bingit: Juru jual ni siap kecek Melayu – dok sila ooo sila, murah ooo murahh. Tudia ramai berkerumun membeli. Harga ThB2 – ThB5



Kepelbagaian makanan – Gajus manis dan manisan

Jersey ori – harga ThB 500(tak tawar lagi)
Bersua jua dgn geng Mat Motor dari Malaysia yg mencari barangan di sini. Pada yang berminat tenlulah akan rambang matanya di sini.


12.15pm meneruskan perjalanan ke Hadyai. Mengunjungi kedai Basikal Mr. Teoh, Mr Jurafat dan Mr. Somchai utk membeli beberapa barang keperluan. 2.10pm makan tengahari kat Kedai Chekkar. Kena sup ekor dan spesialitinya tenggiri goreng kicap ..peghhh leleh ooooo.

Chekkar sudah mengalami perubahan. Renovasi di bulan puasa lalu tampak lebih ceria, luas, bersih dan cantik.

Nasib baik hujan pada petangnya, suasana dingin dan redup menyedapkan perjalanan pulang.

7.10 tiba di Danok – bersua Gajah yg sering mudar mandir disitu. Danok memang meriah pada petangnya, bertambah bingit dan ‘hidup’ pada malamnya. Kalau berkereta elakkan balik di waktu sebegini – terpaksa bersesak dgn deretan kereta dan lori.
MAKLUMAT TAMBAHAN: Jadual Nat di Selatan Thailand: -
Khamis – Sadao
Jumaat – Hadyai
Sabtu – Khlong Ngae
Ahad – Songkla

Sunday, October 17, 2010

Mencuba Suasana Sauna

IMG_6527

Tarikh : Khamis Malam Jumaat – 14/10/2010    
Jam : 9.30 malam   
Lokasi : Inapan Atan: Homestay MADA Pulau Pisang, Tunjang, Kedah DA    
Rider :  Pudin, Ustaz Raja Azriffudin. Bang Ronn, Zn, Senu dan Art TT Besi      
Coordinate: N6 16.251 E100 22.650

IMG_2054

Satu program menyahtoksid telah diadakan di Homestay MADA pada malam Jumaat lalu. Seramai 5 orang ahli dan seorang jemputan hadir mengikuti aktiviti mandian wap herba. Program ini sebagai sebahagian dari aktiviti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan. 

Mandi sauna adalah satu terapi yang baik diamalkan kerana:-

1. Ia boleh melangsingan dan menguruskan badan

  • Membakar lemak (sehingga 600 kalori)
  • mencairkan selulit dari luar sama seperti berjogging sejauh 5km

2. Kesihatan

  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal-sengal tulang,
  • menghilangkan tekanan(stress) dan perehatan otot.
  • meningkatkan sistem kardiovaskular dan sistem imunisasi badan.
  • menghilangkan toksik dalam badan
  • meningkatkan tahap metabolism
  • melancarkan pengaliran darah
  • memecahkan lemak yang berlebihan
  • mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi serta anti-penuaan.

Rumah suana(Gambar Atas) ini mempunya 2 bilik yang boleh menempatkan 8 orang dan sebuah bilik untuk seorang.

Homestay MADA terletak di Kampung Pulau Pisang, Tunjang Kedah. Terletak 2.5 kilometer dari Pekan Tunjang, 7 kilometer dari Pekan Jitra dan dari bandar raya Alor Setar pula sejauh 28 kilometer.

Homestay ini asalnya kepunyaan En. Norhizan Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Pak Atan. Beliau telah menjalankan pernigaan ini sejak lebih 10 tahun yang lalu. Memandangkan Tunjang berada dipertengahan jalan tidak hairanlah ramai back-packers yang ingin ke Thailand mengunjunginya. Beliau telah mendapat bantuan dari pihak MADA bagi memajukan lagi industri ini.

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri suasana desa di Kampung Pulau Pisang sambil bermandi suana, bolehlah menghubungi Pak Atan di talian 012-5342 380.

IMG_6531

IMG_6533

Antara Chalet yg terdapat di sini

IMG_6529Ruang utk mengadakan majlis keramaian  

IMG_6528

Ular Sawa sepanjang hampir 4meter juga dipeliharanya

IMG_6537

Beberapa ekor burung merak

IMG_6542

IMG_6540

Beberapa koleksi barangan lama yg turut dipamerkan di sekitar Homestay tersebut

IMG_6539

Unik & Kreatif - Kepala lesong berukir harimau.

IMG_6541

Buluh ukir menjadi itik – diperolehi dari Indonesia

IMG_6534 

Terdapat juga kolam memancing yg jernih airnya. Beliau juga menternak ikan talapia di dalam kolam tersebut. Pengunjung boleh juga menjalankan beberapa rekreasi air spt berkenu dan sebagainya

Wednesday, October 13, 2010

SATUN: Kayuhan Jejak Warisan

Gerek Baru dgn kerjasama Ronn’s  Adventures akan menganjurkan satu program Jejak Warisan Ke Satun dan Pak Bara pada 5 – 7 November 2010 (Hari Jumaat – Ahad). Ia adalah   program kayuhan santai utk mengerat silaturahim sambil membuat kebajikan dan menelusuri sejarah.
Pihak penganjur akan cuba mengatur program ramah mesra bersama Team Satun Bike Corner dgn Gabenor Satun akan hadir bersama disamping menziarahi beberapa pondok sekitar Satun sambil menyampaikan derma dan bantuan yg berpatutan. Tidak ketinggalan membuat lawatan menelusuri sejarah dan tempat-tempat menarik.
Semua rider yg berminat :
Hubungi saya melalui email: Saifuddin@hotmail.my atau sms ke 019-4800 116 atau nyatakan persetujuan dgn mencatat nama, no. telefon di bahagian komen.
Tarikh: 5 – 7 November 2010 ( 3 hari 2 malam)
Laluan: Kaki Bukit – Satun – Pak Bara
Jarak: ± 90km (sehala)
Masa: 8.00am dari Kaki Bukit
Bajet: ± RM150.00
 

  Item

   Butiran

Jumlah

Penginapan

RM20 x 2 org x 2 malam

RM80.00

Makan & Minum

RM20.00 x 3 hari

RM60.00

Lain-lain

 

RM10.00

Currency +- :(RM100 = THB950)
---------------------------------------------------------------
Bacalah Catatan OLEH: DATO’ HAJI WAN SHAMSUDIN MOHD YUSOF seorang sejarawan yang tidak asing lagi di Negeri Kedah.
Hubungan Kedah dan Setul - Dahulunya pernah berpisah, kemudian kembali seketika ke pangkuan Kedah sebelum berpisah buat selama-lamanya.
satun ZAMAN Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II Sultan Kedah ke-22 (1804-1845), pada 12 November 1821, Kedah diserang mengejut dan ditawan oleh tentera Ligur termasuk Wilayah Kedah lainnya iaitu Setul dan Perlis. Ketiga-tiganya terpaksa mengakui ketuanan Siam dengan mengirim ufti sepohon bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali.

Enam puluh tahun kemudian, apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882- 1943) bertakhta, melalui perisytiharan Menteri Dalam Negeri Thailand, pada 7 April 1897, Kedah, Perlis dan Setul disatukan di bawah satu pentadbiran dan baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah diberi kuasa penuh mentadbir ketiga-tiga wilayah itu dinamakan Monthon Saiburi.

ku din Upacara rasmi penyerahan kuasa berlangsung di Balai Besar Negeri, Alor Star pada 17 Mei 1897. Dengan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman, pentadbiran Setul (1897), Sultan Abdul Hamid menghantar Ku Din Ku Meh, Ketua Penjara Alor Star menjadi Pesuruhjaya atau Gabenor di Setul. Ku Din telah melaksanakan pentadbiran moden mencontohi sistem pentadbiran yang dijalankan di Kedah termasuk memakai pakaian seragam untuk seluruh pegawai-pegawainya.

William Walter Skeat, Ketua rombongan ekspedisi Universiti Cambridge, London yang pernah melawat Kerajaan Melayu Setul pada akhir Disember 1899 mencatatkan bahawa Ku Din adalah pentadbir yang pintar dan dapat menguasai dua bahasa iaitu Melayu dan Thai. Menurutnya keluaran Negeri Setul yang utama ialah kambing, ayam, lembu, kelapa, balak dan sarang burung. Amalan Sistem Kerah diteruskan untuk kerja-kerja raya.

Tahun-tahun terakhir pentadbiran Ku Din Ku Meh memperlihatkan kecenderungannya memandang ke Bangkok lebih daripada Kedah dengan bertindak bersendirian dalam banyak hal. Dalam bulan April 1902 Ku Din melantik dirinya sebagai Raja Setul bergelar Tunku Baharuddin bin Ku Meh sementara pihak berkuasa Siam akhirnya mengiktiraf dan menyokong penuh segala tindakannya. Melalui Perjanjian Bangkok 1909, Wilayah Setul terus berpisah dari Kedah buat selama-lamanya.

Tuesday, October 12, 2010

PROGRAM PENYELARASAN SARAF


Tarikh   : 12/10/2010 – Isnin

Jam     : 9.30pm

Lokasi  : Pulau Pisang, Tunjang, Jitra Kedah

Hari ini satu program bagi melaraskan urat saraf ahli Gerek Baru telah diadakan di rumah ustaz Raja. Majlis ini diadakan secara ad hoc, jadi hanya seramai 4 orang ahli yg dapat menghadirkan diri  iaitu Pudin, Senu, Zn dan Ustaz Raja Azriffudin. Tabibnya didatangkan khas dari Patani, nasab sebelah ibu Ustaz Raja.(pangkat Tok Menakan ni)
Semoga dgn pelarasan dan penalaan ini dapat melancarkan perjalanan darah dan membetulkan urat yg tersimpul dan ‘urat jahanam’.

Di samping berurut, kesempatan berbincang mengenai aktiviti yg akan di atur: -
  • Mandi Sauna pada 14/10/2010 di Teratak Desa Atan
  • Kayuhan ke Klong Ngaek pada 16/10/2010; dan
Program berakhir hampir jam 1.00 am
Program sebegini akan diteruskan sebagai sebahagian dari aktiviti Gerek Baru ke arah kehidupan yg lebih sihat.
menghubungi beberapa rakan utk sama2 sertai
Selepas urut pekena sup ekor haoliauuuuoooooo di CT Tomyam

Monday, October 11, 2010

Permulaanya Zulkaedah: Menghilir ke Kuala Perlis


Tarikh    : Sabtu, 09/10/2010 = 1 Zulkaedah 1431
Mula      : 7.50am - Alias Bike Shoppe(Jitra)
Laluan   : Jitra - Tunjang - Bt. 17 -   Ayer Hitam - S. 4. Kerpan -  K. Sanglang - K. Sg. Baru - K. Perlis
Jarak    : 110km
Avr. Speed: 25km/h
Tempoh: 4.7 jam

Rider: 9 orang – Pudin, Zn, Ustaz Raja, Suhaidi(celcom), Sham dan ProtÊgÊ Gerek Baru yang masih menuntut di  Polimas(mengimbangi antara riadah dan belajar)  = Firas, Farhan & Along. Yang lainnya masih belum bersedia.

Sesungguhnya pengalaman kayuhan ini membawa makna yg besar terutama kpd ProtÊgÊ kami.  Latihan yg diatur adalah persediaan ke arah kejohanan dan aktiviti yg mendatang. Pengalaman yg dikutip tak kan  dapat di cari di dalam kelas. Pendedahan kpd latihan fizikal yg drastik secara tidak langsung mengajar dan memantapkan mental mereka. Tanpa kekuatan mental – perjuangan kan kecundang. Rujuk: http://gerekbaru.blogspot.com/2010/09/gerek-baru-elite-rider-development.html 

Ilmu yg ijazahkan secara tidak langsung merangkumi bio energi, meta Fi'zi:k, chemistry(keserasian), management, lurah’, syifa’, santap, ngelat dan lain-lain lagi bagi memenuhkan isian aura dan ‘chakra’ di dada sbg bekal dlm yg bakal menjelang.
Terimakasih pada Suhaidi atas ransangan mental dan selera(belanja makan). Terima kasih pada ustaz sebagai pencetus idea dan pembimbing kerohanian. Terima kasih pada Zn atas inisiatif barisan palapes. Terima kasih pada semua yg menyertai aktiviti ini DAN terima kasih juga pada yg membaca blog ini.
Usaha memertabatkan sukan MTB akan berterusan. Komitmen kami - sukan MTB sbg pentas silaturahim, riadah dan ibadah.
GEREK BARU - CYCLING ATTITUDE  

IMG_64157.45am dok bergambar lagi – nun di Tunjang,  Ustaz dan Suhaidi, jemu menunggu
IMG_6418
Gaya pro – (professional, protege dan proksi)
IMG_6419
Projek landasan keretapi berkembar( MMC – Gamuda) di batu 17 Tunjang 
IMG_6422
Pekena nasi gulai ayam kampung di Ayer Hitam, Kedah .. maka kamilah yg meramai warong yg memang dah ramai: (di kiri sekali tokeynya Jaafar(sepupuku) ketawa .. boh lagi ..boh lagi)
IMG_6425
Melewati kawasan bendang(bapakku) berdekatan Lubuk Pinang. Sanglang, Kedah
IMG_6426
MISTERI .. masih mushkil sampai la ni – macamana paku ni boleh terpacak kat sudut yg tak menyentuh tanah - tak boleh diterima akai ni
IMG_6452
Aiman di Kuala Sungai Baru – kegigihannya patut dicontohi
IMG_6435
Gaya macho dan sendo Ustaz D Raja
IMG_6455
Berlindungan di bawah bumbung dari sinaran mentari yg terik lagi perit
IMG_6463
Mentarang – RM6.00 sekilo; terdapat di perairan Sungai Baru, Perlis memanjang hingga Kuala Jerlun, Kedah dan boleh juga di dapati di Selangor.
DSCN1562 DSCN1559
Proses membuat BELACAN di Kuala Sungai Berembang, Perlis.
Suatu ketika dahulu ada ‘kawasan mainan’ di tepian laut ini. Kini ianya sudah terhakis – tinggal kenangan sahaja.
IMG_6469
Pelabuhan Kuala Perlis. Jeti utk ke Langkawi. Teringat pada XPDC berbasikalku diawal tahun 80an sebelum Langkawi menjadi free port..Nanti ku upload nostalgianya(bagaimana sukan berbasikal sudahpun bertapak dalam diriku sejak dahulu lagi)
IMG_6472
The famous laksa house in Perlis – resipi temurun sejak 1968
Takdak kuah belut tau! 
IMG_6476
Tudia aihh sampai Padang Besar. Kecik sungguh dunia ni.
IMG_6479
S.O.S .. pleazzzzz ..cukup sampai disini sajaaa. Aiman sudah kehilangan tenaga. Tiupan semangat sudah tak berjaya, mengayuh dgn lewa menanti ayahnya utk di bawa. Hanya yg tabah sahaja mengharungi keterikan mentari dan rintangan angin.