Sunday, October 03, 2010

GEREK BARU DI MAJLIS HARI RAYA LAGI

Tarikh: Sabtu – 2 Oktober 2010 = 23 Syawal 1431

Lokasi: Kampung Pulau Pisang, Tunjang, Kedah

Kelmarin Zaim, hari ini giliran Ustaz Raja pula. 2 hari berturut-turut ahli team Gerek Baru mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Adil Fitri. Dalam minggu terakhir bulan Syawal ini mungkin ada lagi yang akan mengadakannya?

Majlis ini bukan sahaja berjaya merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli dan keluarga, juga sebagai majlis suaikenal dgn beberapa ahli baru. Kesempatan juga diguna utk berbincang mengenai beberapa aktiviti yg dirancang.

IMG_1939

Dari kiri – Ust Raja, Zn, Firas(hadapan – berbaju merah), Hamzani, Art Titi Besi, Along(anak Alias), cikgu Lotfi, Pudin, Alias bersama anaknya dan Senu bersama anaknya – tidak kelihatan Farhan. Beberapa ahli lagi masih dalam perjalanan.

IMG_6406

Hidangan yang menyelerakan disediakan termasuk Ayam Organik Radix Fried Chicken(RFC) (ada sponsor kot dari Bossnya-juga ahli Gerek Baru)

IMG_6408Berbincang mengenai Thole Art Titi Besi – pakat2 pasang la atas kereta masing2, senang nak angkut pi merata tempat.

No comments:

Post a Comment