Tuesday, October 12, 2010

PROGRAM PENYELARASAN SARAF


Tarikh   : 12/10/2010 – Isnin

Jam     : 9.30pm

Lokasi  : Pulau Pisang, Tunjang, Jitra Kedah

Hari ini satu program bagi melaraskan urat saraf ahli Gerek Baru telah diadakan di rumah ustaz Raja. Majlis ini diadakan secara ad hoc, jadi hanya seramai 4 orang ahli yg dapat menghadirkan diri  iaitu Pudin, Senu, Zn dan Ustaz Raja Azriffudin. Tabibnya didatangkan khas dari Patani, nasab sebelah ibu Ustaz Raja.(pangkat Tok Menakan ni)
Semoga dgn pelarasan dan penalaan ini dapat melancarkan perjalanan darah dan membetulkan urat yg tersimpul dan ‘urat jahanam’.

Di samping berurut, kesempatan berbincang mengenai aktiviti yg akan di atur: -
  • Mandi Sauna pada 14/10/2010 di Teratak Desa Atan
  • Kayuhan ke Klong Ngaek pada 16/10/2010; dan
Program berakhir hampir jam 1.00 am
Program sebegini akan diteruskan sebagai sebahagian dari aktiviti Gerek Baru ke arah kehidupan yg lebih sihat.
menghubungi beberapa rakan utk sama2 sertai
Selepas urut pekena sup ekor haoliauuuuoooooo di CT Tomyam

No comments:

Post a Comment