Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts

Saturday, October 01, 2022

INTERNATIONAL COFFEE DAY: PASAR KOPI SEHARI/PESTA MUDA MUDI

Tarikh  :  01 Oktober 2021

Lokasi  :  Hadapa Balai Seni Negeri, Alor Setar, Kedah.


 1 Oktober dipilih oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa sebagai SAMBUTAN HARI KOPI SEDUNIA (International Coffee Day). Tarikh rasmi pertama ialah pada 1 Oktober 2015 dan dilancarkan di Milan.

Hari Kopi Antarabangsa  dianjurkan bagi meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat dunia masa kini. Ia juga adalah satu majlis untuk mempromosi dan meraikan kopi sebagai salah satu minuman dan diraikan diseluruh dunia.



Bersempena tarikh tersebut, pasar kopi sehari dianjurkan bersama dengan Muda Mudi Weekend Fest (MMWF)  diadakan dari 31 oktober hingga 1 oktober 2022 di perkarangan Balai Seni Negeri, Alor Setar.


Diadakan pelbagai  aktiviti,   ada  latte art demonstration, aeropress demonstration, coffee cupping session, coffee roastey, jualan berkaitan kopi, OSBMX Show Bike Competition dan persembahan dari artis tempatan. 

Pesta muda mudi  mendapat kritikan ekoran tersebar video memaparkan kalangan anak muda terkinja-kinja di hadapan pentas sewaktu kumpulan muzik mengadakan persembahan   Pihak Kerajaan Negeri beranggapan insiden itu telah mencemar nama baik kerajaan negeri dan  dianggap melanggar tatasusila masyarakat di Kedah, selain kedudukan konsert tersebut tidak jauh dari Masjid Zahir. Sehubungan dengan itu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak lagi membenarkan penganjuran pesta sebegini di Kedah.

Tuesday, March 15, 2016

Bukit 8888: Mencari Semangat Memecah Keringat

Tarikh : Sabtu – 05 Mac 2016
Lokasi : Bukit 8888, Jalan Panchor, Pokok Sena, Kedah Darul Aman
Koordinate: N6.18404° E100.51581°
Max Elev: 190 meter
Jarak : ± 3 km

Bukit 888

Kebelakangan ini aku semakin kurang berbasikal, minat mengayuh kian luntur, semangat semakin pudar. Namun .. aku perlu aktif, perlu keluar dari ‘baloq’. Selaras dengan beberapa program/aktiviti yang akan aku ikuti selepas ini, aku harus berbuat sesuatu, aktiviti perlu diteruskan, maka aku mengajak isteriku untuk berjinak dengan aktiviti mendaki bukit pula.

Selepas mendaki bukit Malau/Alor tempohari, isteriku kini semakin berminat dengan riadah sebegini, maka hari ini aku mengajaknya untuk hiking  salah satu bukit yang menjadi tumpuan ramai iaitu Bukit 8888.

Bukit 888 terletak berhampiran  Jalan Panchor, Pokok Sena. Sejauh ± 22 kilometer dari Alor Setar, Kedah. Ia mula menjadi perhatian selepas geng Hash (Persatuan 8888 Daerah Pokok Sena) merintis dan menjadikan bukit ini sebagai trek rentas mereka. Bukit ini menjadi tarikan pengunjung pada pagi dan petang terutama waktu cuti umum. Pelbagai peringkat usia dari serata daerah datang ke sini untuk mengadakan aktiviti pendakian. Bukit ini juga pernah menjadi lokasi untuk program FIT Malaysia Pokok Sena - "Cabaran Bukit 8888" sempena Hari Sukan Negara pada 10hb Oktober 2015.

Hari ini aku disertai bersama Adihariman dan isterinya. Setelah parkir kereta di kawasan lapang di 888 Hash House Harriers (HHH). (Hmm .. tak ramai pulak pengunjung hari ni). Kami memulakan dakian pada jam 8.00 pagi. Mukadimah pendakian dengan melalui kawasan kebun getah sebelum menempuhi kawasan hutan yang keseronokan dan cabarannya bermula. Laluan ini tak silap aku dikenali sebagai jalan Janda Bergetah. Laluan ini tidak terlalu curam, laluan yang mesra pengguna dan tali di laluan disediakan bagi memudahkan pendakian. Hampir 20 minit kami berjalan sebelum sampai ke kawasan rehat. Sebuah pondok didirikan disini untuk kemudahan pengunjung berehat.

Hampir 10 minit melepak di atas kerusi yang disediakan sambil menghela nafas melepas lelah, mengumpul tenaga untuk merintis laluan sejauh ± 380 meter lagi dengan kecerunan 8.1°, melalui laluan single trek untuk sampai ke pondok kedua (N6.18598° E100.50956°) yang berketinggian ± 174 meter. Disini pemandangan lebih cantik, kawasan yang agak luas. Kemudahan pondok dan kerusi hasil sumbangan beberapa persatuan Hash sekitar Kedah/Penang. Disini anda boleh menghayunkan diri di atas buaian yang digantung antara 2 pokok. Boleh membuat aktiviti mendagu dipalang besi yang disediakan. Sungguh bersih di sini, tenyata tempat ini diselia dengan baik oleh persatuan ini. Kami meneruskan lagi perjalanan ke puncak sebelum turun dan menikmati pemandangan lawas yang cantik. Pastinya tak lepaskan peluang bergambar dan kami meneruskan perjalanan dengan mengikuti laluan Tongkat Ali. Laluan yang agak curam tetapi ada tali dan anak tangga disediakan. Laluan ini bertembung dengan laluan mula taqdi iaitu sejauh ± 130 meter dari pondok pertama. Dipondok pertama berehat seketika dan meneruskan perjalanan dengan mengikut laluan Kacip Fatimah. Disini boleh kelihatan sebahagian bukit telah dicerahkan  untuk projek pembangunan. Kami meneruskan perjalanan melalui kawasan kebun getah sebelum berjumpa semula di tempat letak kereta.

Sesungguhnya trek ini memang menarik dan amat sesuai untuk dilayan oleh pelbagai peringkat umur. Trek yang natural, cantik dan dijaga dengan teratur. Suasana bukit  yang tenang, nyaman dengan pemandangan yang indah pasti menarik ramai pengunjung untuk datang lagi kesini.

Tongkat Ali Trail – sedikit mencabar dan agak curam

Cantik pemandangan disini

ada kerusi disediakan untuk melepaskan lelah

hmmm … pembangunan mula menghimpit .

Friday, March 07, 2014

Ladang Nipah Ismail Che Kar: Menikmati Titisan Manis

Tarikh  : 06 Mac 2014  
Lokasi  : JKS 6, Jalan Kuala Sedaka, 06900 Yan Kedah DA  
Coordinate: N5 52.174 E100 22.802

Pokok nipah adalah tumbuhan palma yang hidup subur dikawasan yang berpaya, lembab dan berlumpur. Ia boleh didapati di kawasan pinggiran kampung, tepi sungai dan tepi pantai. Pokok yang boleh dipelbagaigunakan oleh penduduk kampung. Daunnya di jalin menjadi atap, boleh menjadi pembalut makanan, boleh juga dibuat ‘perasap’ sebagai rokok daun nipah. Buahnya boleh dimakan dan tangkai buah pula bila diproses dengan kaedah tertentu boleh menghasilkan air atau dikenali sebagai nira. Nira yang dihasilkan sangat enak dan manis. Sesuai untuk menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga bahkan mempunyai nilai perubatan.

Daerah Yan merupakan antara kawasan pengeluaran nira nipah yang terkenal di Kedah. Kebetulan ada urusan didaerah ini lalu singgah ke Ladang Nipah milik Ismail Che Kar yang menjadi terkenal ekoran musim piliharaya kecil DUN Sungai Limau pada 04 November 2013 lalu.

Telah mengusahakan perniagaan ini sejak 20 tahun lalu dan mula mempromosikan sebagai kawasan tarikan atau taman sejak tahun 2009. Beliau bersama isterinya Rohana Ali telah meningkatkan taraf dengan mencantikkan kawasan paya berdekatan rumah mereka. Kawasan berlumpur ditambun dan diletakan meja taman tetapi masih mengekalkan ekologinya agar pengunjung dapat melihat secara dekat cara dan proses pengambilan nira . Pengunjung boleh menikmati nira dengan harga RM10.00 satu jag dan sepinggan kacang goreng. Kenikmatan akan dirasai bila meminum nira yang segar dibawah teduhan pohon nipah sambil disapa angin bendang.

Pengunjung dinasihatkan untuk membuat tempahan dahulu kerana bekalan yang agak terhad (kerana permintaan yang agak tinggi). Tempahan boleh dibuat di :- 012-4355104 atau 017-5542354. En. Ismail memberi jaminan bahawa nira nipahnya adalah asli dan tidak dicampur dengan gula atau perasa lain.

Post berkaitan : Ladang Nipah Kipli (KLIK)

20140306_115050

IMG_0357

Minum dibawah teduhan nipah

IMG_0365

Satu jag RM10.00 + kacang

IMG_0374

Bunga nipah keluar di celah-celah pelepahnya. Bunganya bergugus di hujung tangkai dan menghasilkan buah.

IMG_0376

Berbuah dihujung bunga

IMG_0372

Buah yang sesuai akan dipilih dan tangkainya akan dilurut bagi mengeluarkan air nira

IMG_0381

Tangkai akan dipangkas untuk tempoh tertentu  bagi  mendapatkan air nira dan ditadah ke dalam botol atau tukay (bekas untuk menadah air nira).

IMG_0382

Tukay dimasukkan ke dalam batang pelepah pokok nipah ditutup dan diikatkan dengan plastik supaya serangga tidak memasukinya.

IMG-20140306-WA0033-horz

Saturday, January 04, 2014

En. Tarek: Berkelana Melihat Dunia

Tarikh  :  03/01/2014 = 1 R’Awal 1435H - Jumaat
Rider    :  Faizal Tarihhuddin 
Lokasi  :  Jitra, Kedah Darul Aman 

En. Tarek atau Faizal Tarihhuddin (35 Tahun) adalah seorang pemuda yang gemarkan aktiviti lasak. Beliau banyak melibatkan diri dalam berbagai aktiviti ekstrem. Dalam dunia MTB beliau yang ku kenali lebih kepada aktiviti dalam DH bahkan pernah bersamaku menuruni Gunung Jerai tempohari.

Kini beliau maju setapak lagi, nekad meletak jawatan sebagai Pengurus Teknologi Maklumat (IT) di Hospital Pantai Kuala Lumpur(HPKL), rumah dan kereta juga dijual, segala hutang dilangsai demi untuk memenuhi impiannya berbasikal solo merentasi beberapa negara sejauh 16,000 km (stage 1) hingga ke Turki yang mengambil masa selama 8 bulan. Peringkat 2 – akan cuba direalisasikan dengan menjelajah hingga ke Afrika Selatan dan seterusnya ke Amerika (stage 2 & 3 bergantung kepada keadaan dan ‘kemampuan’).

Beliau pernah berbasikal hingga ke Thailand, Indonesia dan Singapura. Pengalaman dengan berbasikal secara solo dari Kuala Lumpur – Krabi sejauh 700 kilo meter dalam masa seminggu dan baru-baru ini mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,291 kilometer selama 30 hari sebagai  satu persiapan dan latihan ke arah misi ini.

Perjalanannya ditaja oleh beberapa organisasi seperti MIMPA, Marin(The Basikal), Fakawi Tribe,  Ayam Brand dan lain-lain lagi. Bekalan makanan(halal) keluaran Ayam Brand akan diperolehinya dibeberapa lokasi tertentu sepanjang perjalanannya nanti. Sesungguhnya pengalamannya yang dikongsi  menyemarakkan minatku untuk mengikuti jejaknya suatu hari nanti

Pengalamannya boleh diikuti di: http://www.tareh365.com/

iklan

Penyumbang: Gambar dari koleksi En. Tareh

IMG_0187

Basikal Marin Chromoly – Brooks Flyer

P1032207

Berat muatan ±40 kgbarangan

Bike repair kit

Sebahagian barangan asas & perlu: Gambar dari Koleksi En. Tareh

P1032212

Dari Jitra kayuhan bermula

P1032213

Aku mengiringi dengan doa semoga selamat dalam perjalanan

Sunday, May 26, 2013

Karnival Kahwin-Kahwin & Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013

Tarikh :  24 & 25 Mei 2013       
Masa  :  10.00 am – 10 pm
Lokasi : Perkampungan Tradisional Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah 
Coordinate : N6° 11.440 E100° 19.637

Karnival Tahun ke 2 anjuran Seri Panglima Sdn. Bhd. (SPSB) dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah dan Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman. Kali ini membawa konsep yang bertemakan perkahwinan dalam taman. Acara di meriahkan dengan pertandingan masak kawah, demonstrasi masakan dari Chef Kamal, pertandingan mewarna bersama Upin dan Ipin, pertandingan andaman pengantin, pertandingan fotografi serta kugiran, persembahan lesung berirama, persembahan wayang kulit Seri Asun,  ice carving dan lain-lain lagi. Juga dimenfaatkan dengan pesta Makanan Traditional. Acara kemuncak adalah majlis resepsi pasangan pengantin yang akan berkahwin dan disandingkan.

Kebetulan aku ke pasar bersama keluarga, jadi tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival ini yang secara tidak langsung menonjolkan budaya, masakan masyarakat kampung dan kuih-kuih tradistional kepada orang ramai. Hanya sepagi aku disana dan tidak dapat mengikuti keseluruhan karnival ini yang berlangsung selama dua hari dan mendapat liputan dari TV9 untuk rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ dan mungkin TLC disamping berpeluang berjumpa dengan beberapa personaliti TV dan chef tersohor.

Karnival dirasmikan oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim

Pameran & Jualan Kuih Tradisional

Pertandingan Masak Kawah dari 4 buah kampung iaitu Kampung Gelong Ayer, Kg. Gunung Hilir, Kg. Sematang Gunung & Kampung Pulau Kerengga

Bang Mat, sahabatku(asal orang kampungku) yang turut menyertai Pertandingan

Hasil masakan diarak ke hadapan juri

Juri merasai untuk menentu juara

Liputan langsung dari TV9 dan penyiar media lainnya

Sempat bergambar dengan Farah AF yang menjadi pengacara Rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9

Juri Pertandingan Masak Kawah - Datuk Dr Fazley, juara MasterChef Selebriti Malaysia

Personaliti TLC/Singaporean Model - Denise Keller aka Siti Denis

Pertandingan melukis

Digerai jualan .. Maskot RHB

Booth TDC – berpelamin sekeluarga

Aku cukup minat senibina rumah tradisional melayu