Wednesday, September 14, 2011

Titisan Manis: Agropelancongan Di Ladang Nipah

IMG_3282

Google Maps Link: https://goo.gl/maps/fsuM4XnwMvYt9tcN8

Jalan kuala Sanglang, bukanlah asing kepadaku. Ia menjadi laluanku apabila hendak ke Kuala Perlis. Beberapa tempat di kawasan ini adalah lokasi aku ‘memburu’ perdu bonsai spesies bebuas laut ( premna ). Baru-baru ini aku bersama anak-anakku singgah untuk melihat lebih dekat tarikan di Ladang Nipah ini.

Ladang ini hanya 2 km dari Kuala Sanglang, Perlis. Terletak di Kampung Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis. Ianya berkonsepkan riadah dan santai. Dengan lebih 2,000 pokok nipah, dengan keluasan ± 1 hektar(3.5 relong). Pengunjung akan berpeluang menikmati titisan manis yang menjadi kegemaran ramai di sebelah utara ini iaitu nira. Dibawah rimbunan pepohon nipah pengunjung akan bersantai di pangkin, wakaf dan buaian yang disediakan sambil menikmati minuman nira nipah segar, jeli dan laksa.

Pemiliknya, En.  Khipli Sulaiman, sudah lama mencari rezeki dari nipah ini. Konsep ini diperkenalkan beberapa tahun lalu bagi menarik perhatian pengunjung untuk ke ladangnya. Secara tidak langsung ia berjaya mengkomersialkan cara hidupan di hutan nipah, seterusnya membaiki taraf keluarganya.

Beliau juga menternak ketam nipah dan ikan air tawar di terusan/kolam di  ladangnya serta menghasilkan cuka nipah. Beliau juga mendapat bantuan dari beberapa agensi Kerajaan seperti MADA, Kementerian Pertanian, Kementerian Pelancongan, Kerajaan Negeri Perlis dan lain-lain lagi

Ladang ini dibuka mulai jam 10.00 pagi – 07.00 petang. Sila hubungi beliau di no. 017-4306 245 untuk tempahan dan pertanyaan.

IMG_3267

Koordinat GPS: N-06 16.121 E-100 11.109

IMG_3272

Bersantai di dalam ladangnya yang teratur dan cantik

_MG_6007

Ada laluan yang ditambun untuk merentasi dalam kawasan ladang

_MG_6012

Wakaf untuk berehat

_MG_6017

Kolam/terusan – ternakan air sampingan

_MG_6024

IMG_3275

No comments:

Post a Comment