Tarikh: 09 September 2011 = 10 Syawal 1432
Masa: 8.30 pagi Hari Jumaat
Rider: 6 orang - Nasron, Abang Ai, Kapten Jamal, Cikgu Azuan, Along Aiman dan Pudin
Mood hari raya masih dok terasa, mood nak beradrenalin memuncak tinggi. Matlamat kami mencari kembali laluan yang kami mula terokai dahulu. Laluan yang pernah digunakan dalam Darulaman Jamboree tempohari. Memang banyak potensi untuk mencari laluan baru disini. Dari sembang kami dengan para pekebun(peneroka tanah) mereka memaklumkan beberapa laluan tetapi ada halangan tertentu.
Memang laluan hari ini agak usang kerana lama ditinggalkan. Laluan dipenuhi dengan batu-batu longgar akibat air hujan yang menghakis tanah disamping ditumbuhi dengan pokok-pokok renik.
Memang aku tidak seronok pada hari ini. Penurunan yang terganggu. Hari ini membawa hard tail kerana Fullsus aku shock RP2 – bocor. Pertama kali offroad dengan memakai pedal klip menyebabkan aku beberapa kali jatuh ‘bodo’ kerana tergelincir(spin).
Tasik Darulaman tapak mula : Ada yang kena mengasoh dan ada yang nak berjogging
Gumbira kapten Jamal : aksi sulungnya selepas Raya
Nun di sana denai-denai yang bakal kami terokai lagi buat menambah koleksi laluan.
Biasalah kini kalau laluan dihalangi dengan pokok-pokok yang tumbang
Batu-batu longgar yang menyukarkan kayuhan
Menanti rakan sambil mengingati laluan
Along Aiman: gigih mendaki
Khairul Azuan aka Cikgu Wann – semakin semangat ni
Tak penat pon!
No comments:
Post a Comment