Showing posts with label Hot Spring. Show all posts
Showing posts with label Hot Spring. Show all posts

Friday, October 11, 2019

Hot Spring Yang Terbiar @ Manong

Tarikh       :  29/08/2019

Lokasi       :  Manong, Perak, Malaysia
Coordinate: N4.61899° E100.88561°
https://maps.app.goo.gl/FsjYobnSgdcba7i77

Aku mengunjungi sebuah lokasi kolam air panas yang agak tersembunyi di sebuah kampung di Manong, Perak. Kolam ini dikenali sebagai kolam air panas Ara Panjang atau digelar 'Bendang Nyangat'

AWAS .. setelah 2km telusuri dari jalan utama .. Belok kiri disini (sebelum seberangi jambatan) untuk ke Kolam Air Panas ini.  

Tidak ramai yang tahu akan wujudnya kolam air panas ini tersembunyi agak ke dalam.  Ia berada sejauh ± 2 km dari Jalan Sultan Iskandar Shah - A3 (jalan Kuala Kangsar – Manong). Kami menelusuri jalan baru Jeliang menuju ke arah Sekolah Kebangsaan Ara Panjang dan belok ke kanan disebelah disebelah dewan orang ramai Kampung Ara Panjang dan telusuri jalan bersebelahan sungai (kiri) sehingga jumpa kolam ini. Kurang penanda jalan maka rajinlah bertanya untuk sekiranya was-was.

Banyak  Algae .. baik untuk rawatan kulit

Kawasan ini dibangunkan dengan kemudahan kemudahan asas seperti tandas, dewan dan dahulunya ia menjadi tumpuan ramai pengunjung dari penduduk tempatan. SAYANG kawasan ini kini terbiar dan kemudahan yang disediakan  tidak terurus dan rosak disamping ditumbuhi semak samun.   

Ada 3 Binaan kolam untuk berendam namun terbiar usang Ditengah dan hujung kolam ini kelihatan buih2 yang mengandungi hydrogen sulfide 

Friday, March 14, 2014

Lubuk Timah: Berendam Antara Sejuk dan Panas

Tarikh  : 07 Mac 2014  
Lokasi  : Lubuk Timah, Simpang Pulai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Coordinate: N4 33.603 E101 09.769 (Air Panas ) 
Coordinate: N4 33.498 E101 09.894 (Air Terjun)

Lubuk Timah mempunyai keunikan kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.

Air terjun pula turun dari tembok binaan seperti empangan dari kiri dan kanan tembok (empangan). Kalau musim air yang banyak, air akan mengalir turun melalui tembok ini bagaikan Niagara Fall. Mengikut cerita, empangan ini dibina di sungai Anak Ayer Cina pada awal abad ke-20. Pembinaannya berkait rapat dengan kerja-kerja perlombongan timah pada waktu tersebut. Empangan setinggi ± 30 meter yang kini dipenuhi dengan pasir dan ada anak sungai mengalir. Di atas sana juga terdapat dusun dan ladang kelapa sawit milik penduduk tempatan. Ia menjadi lokasi percutian penduduk tempatan dan orang ramai terutama pada waktu cuti.

Terdapat kemudahan asas disediakan seperti tandas, surau dan bangku tempat rehat. Untuk masuk ke kawasan ini akan dikenakan caj sebanyak RM2.00 (kereta) oleh penduduk yang menyelenggara kawasan ini. Berhampiran kawasan ini kita akan jumpa kolam air panasnya dahulu.

Untuk ke kawasan air terjun, terpaksa berjalan atau berkereta sejauh 100 meter. Walaubagaimanapun anda dinasihatkan untuk berjalan kaki ke kawasan air terjun, tetapi tidak ada masalah sekiranya anda mempunyai kemahiran memandu dan mempunyai kenderaan pacuan 4 roda.

Lubuk Timah

Ia terletak ± 8 km dari Tol Simpang Pulai(Exit 137). Untuk ke sana, dari tol Simpang Pulai belok ke kanan di Lampu Isyarat pertama dan ± 500 meter (di lampu isyarat berikutnya) belok ke kanan menuju ke Cameroon Highland. ± 5km dari simpang jalan utama akan jumpa papan tanda kecil tunjuk arah dan juga papan tanda kuari dan melalui jalan yang sangat berdebu sejauh 1 km sebelum sampai ke lokasi air panas.

Papan tanda

Kolam air panas

Air terjun dari empangan

Kalau air banyak begini jadinya: foto dari internet

Pemandangan dari bahagian atas

anak sungai yang mengalir di bahagian atas empangan

Tuesday, December 31, 2013

Kantang Hotspring: Paya Yang Berasap

Tarikh : 24 Disember 2013
Jarak : ± 180 km dari Wang Klian
Coordinate:   N7° 24.550 E99° 27.777

Hotspring

Kantang Hotspring atau Kuan Kaeng Hotspring terletak di hutan simpanan daerah Kantang di wilayah Trang. Ia berada diantara sempadan Taman Negara Khao Warng, Kuan Kaeng dan Nam Raab. Satu kawasan hutan tropika yang sebahagian darinya adalah paya yang berasap kerana dipanaskan dari perut bumi.

Pihak Jabatan Perhutanan telah mengistiharkan kawasan ini sebagai sebagai taman perlindungan pada 9 Jun 2006.

Sebahagian dari paya ini telah dimajukan kepada 3 kolam utama dengan kepanasan sehingga 60°C. Pihak pengurusan juga sedang dalam usaha meningkatkan lagi kemudahan asas untuk keselesaan pengguna dengan menyediakan lebih banyak kolam rendaman.

Pelantar pejalan kaki sejauh ± 300 meter disediakan untuk pengguna bersiar sambil menikmati kehidupan dipaya yang panas ini sambil melihat mergastua, unggas dan fauna. Spa dan urut traditional juga disediakan.

Jaranya ± 10km dari pekan Kantang. Untuk ke sana ambil feri di Jeti Kantang dan selepas itu ikuti jalan Tha Som Soi – Na Rha Po Soi dan belok ke kanan mengikuti jalan Bo Nam Ron sejauh ±1.3km.

IMG_0072

IMG_0074

Akar akar pokok yang tumbuh di dalam kolam ini

IMG_0076

IMG_0079

PC241719

Pelantar pejalan kaki untuk bersiar di kawasan paya

PC241725

PC241728

PC241729

Foot reflexsologi & urut tradisional Thai

Cerita Asal dari Kembara Alam Bumi Siam: Mencari Sinar Dari Satun Ke Trang

Friday, November 01, 2013

Kolam Air Panas Selayang: Mandian Hangat Pinggiran Ibukota

Coordinate: N3° 15.533 E101° 38.774

Kolam air panas ini terletak tidak jauh Bandaraya Kuala Lumpur. Terletak  antara perjalanan di Jalanraya utama Kuala Lumpur ke Rawang.

Ianya kini diurus oleh Majlis Perbandaran Selayang dan dibuka 24 jam sehari. Parkir masuk dikenakan sebanyak RM2.00. Terdapat 3 kolam utama yang mengeluarkan air panas. 2 kolam berendam dan 1 kolam untuk mengurut kaki. Air dari kolam utama akan disalurkan kepada 2 buah kolam tersebut. Pengunjung perlu membawa cebok dan timba untuk mandi di sini. Kemudahan seperti parkir yang luas, tandas dan gerai ada disediakan namun pada waktu malam ia akan lebih meriah. Limpahan air disalurkan keluar ke anak sungai berhampiran.

Selayang Hotspring

Lokasi Kolam Air Panas Selayang tidak jauh dari Majlis Perbandaran Selayang

IMG_2300

Antara Kolam Utama

IMG_2304

Air panas disalur ke kolam ini disamping boleh mengurut tapak kaki (refleksologi)

IMG_2307

Kolam utama yang mengeluarkan air panas

IMG_2309

Punca Air panas ini disalur ke kolam berhampiran (tidak dibangunkan kolam)

IMG_2313

IMG_2311-horz

Limpahan air panas disalur keluar ke anak sungai ini

IMG_2291

Kemudahan tandas tersedia

PA310822

Parkir diselenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang sebanyak RM2.00

Friday, September 13, 2013

Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah: Meraup Kesegaran Dari Sumber Alami

Tarikh  :  07 September 2013, Sabtu   
Lokasi  :  Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai 36000, Perak , Malaysia.
Coordinate : N3° 59.805 E101° 23.441

Kempunan tidak dapat berendam di Air Panas Trong maka aku meneruskan perjalanan ke Sungkai untuk ke lokasi yang dikatakan sebagai rezab air panas terbesar di Malaysia iaitu di Felda Sungai Klah. Terletak di dalam kawasan kelapa sawit milik Felda dengan berlatarkan Banjaran Titiwangsa yang kini menawarkan satu kawasan rekereasi yang menarik dan dikenali sebagai Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah yang dimiliki oleh pihak Felda.

Dari utara aku mengambil Lebuhraya Utara Selatan dan menyusur keluar (exit  128) ke tol Sungkai Perak. Keluar dari tol, belok ke kiri dengan mengambil jalanraya Ipoh – KL. Pandu lebihkurang 1km akan jumpa papan tanda lalu belok ke kiri dan ikut jalanraya dengan berpandukan papan tanda sejauh  ± 7 km sehingga jumpa Penginapan milik Felda.

Dengan harga RM180.00 aku daftar masuk sekeluarga ke bilik Deluxe yang agak luas lagi selesa. Harga ini termasuk pakej bayaran masuk ke kolam air panas dan sarapan pagi untuk 2 orang. Tambahan bayaran masuk ke kolam air panas dan kolam rekreasi untuk  kanak-kanak sebanyak RM13.00 dan dewasa RM20.00 seorang. Waktu urusan dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja. Disamping itu terdapat juga Villa eksklusif yang menawarkan penginapan mewah sekeluarga yang luas dengan dilengkapi kemudahan terkini dan ada  hot tub  jacuzzi.

Berikut adalah kadar Sewa bilik 2013 :-

Bilik/Villa

Weekday
Rate

Weekend
Rate

Public Holiday & School Holiday Rate

  Deluxe Room       (2 Person)

RM 180

RM 220

RM 250

  Villa 1 Bedroom    (2 Person)

RM 500

RM 600

RM 700

  Villa 2 Bedrooms  (4 Person)

RM 600

RM 800

RM 900

  Villa 3 Bedrooms  (6 Person)

RM 700

RM 1,000

RM 1,100

  Green House 6 Bedrooms (12 Person)

RM 1,500

RM 1,800

RM 2,000

Tiada brosur dan maklumat yang disediakan mengenai kawasan air panas ini namun aku sempat berbual dengan  Tuan Haji Said Bin Saad (64 tahun) atau lebih dikenali sebagai Pak Said Hotspring. Beliau banyak mengetahui dan mahir mengenai air panas di sini. Beliau kini berkhidmat secara kontrak dengan pihak TRAP dan asalnya seorang peneroka felda disini sejak tahun 1979. Beliau   terlibat secara langsung dari permulaan pembangunan kawasan rekreasi iaitu pada bulan Jun 2003 sehingga kini. Menurutnya kawasan ini mula dijumpai oleh penduduk asli yang menggunakan air panas ini bagi mengubati pelbagai penyakit tertentu. Kawasan seluas 16 ekar ini dibangunkan oleh pihak Felda secara berperingkat dengan kos permulaan ± 2 juta. Pembangunan juga melibatkan pengambilan tanah-tanah berdekatan milik peneroka (dibeli oleh Felda). Ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 12 Mei 2005.

TRAP mempunyai beberapa kolam. Kemudahan asas yang sempurna disediakan dan terjaga dengan baik. Pelbagai pokok herba ditanam disamping mengekalkan tumbuhan asal di sini. Kolam utama seluas 1,083 ka2  menjadi tarikan utama pengunjung kerana dapat berendam dalam air yang tidak terlalu panas.   Alga-alga atau lumut hijau yang mempunyai khasiat tertentu pada kulit dapat dilihat dimana-mana kolam air panasnya. Air panas ini mempunyai kadar sulfur yang rendah jadi ia tidak berbau dan tidak melekit pada badan. Ada juga Private jacuzzi yang selesa dengan kadar bayaran tertentu. Taman terapi yang menawarkan beberapa kolam untuk merendam kaki dan badan dan kawasan untuk pengunjung merebus telur dan tak ketinggalan kolam air gunung (mountain springs pool). Kolam ini seluas  2,400 ka2 dengan kedalaman 1 – 4 kaki. Air semulajadi dari pergunungan disalurkan ke kolam ini dan sentiasa mengalir (tidak bertakung). Beberapa air pancut, gua buatan dan papan luncur  seperti taman tema disediakan.

Sesungguhnya amat menarik percutian kami kesini kerana dapat juga bersatai bersama disamping menikmati keselesaan mandian sejuk dan panas.

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi:-

FELDA TRAVEL SDN. BHD. KUALA LUMPUR
Tel: 03-2698 3833; Fax: 603-2694 5104

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS, SUNGKAI 
Tel: 05-4388 801/803; Fax: 605-4388 805

http://www.feldatravel.com.my/

TRAP

Peta lokasi dari tol Sungkai ke Felda Residence Hot springs

IMG_1853

P9073081

Pak Said Hotspring – masih gagah

P9073090

di salah satu sumber matair panas - sedang menceritakan khasiat alga

P9073096

Kolam utama : Kawasan asal dimana matair panas bertemu dengan sungai

IMG_1865

P9073094

IMG_1878-horz

IMG_1881

Merebus telur

IMG_1879

P9073113

Pak Said sedang menerangkan sesuatu – Pohon Leban (Vitex Pubescens) sentiasa tumbuh berdekatan punca air panas

IMG_1888

_MG_5883

_MG_5874

P9073104

Jacuzzi air panas

IMG_1885

di mountain springs pool

P9073172

P9073191

P9073226