Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Kenduri Khatan: Mengerat Lagi Tali Persahabatan

IMG_5505

Tarikh: 10 Disember 2011 = 14 Muharram 1433

Lokasi : Rumah Zn Gerek Baru, Kampung Pulau Pisang, Tunjang, Kedah DA

Tetamu: Pudin TTG, Md. Nasrun, Ustaz Raja, Senu, Badrisham, Sham Mongoose, Hanif , Rosma, Rizal RB, Zam KBS, Yus, Zaim, Norizan, Khushairi dan Fauwaz

11.30 pagi selesai jer mengayuh,  jemputan diterima melalui wakil(Ustaz Raja) untuk ke kenduri di rumah Zn Gerek Baru sempena berkhatan anaknya. Kebetulan kami yang terawal datang, maka sama-sama bertahlil dan mengaminkan doa selamat.

Sesungguhnya majlis sebegini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama rider Jitra.

 IMG_5506

Kehadiran rider Jitra

IMG_5508IMG_5510IMG_5511

IMG_5517

mmmmm makan time .. orang pertama … kurma kambing dan lain-lain .. Yummyy

Wednesday, December 29, 2010

GEREK BARU Di Majlis Perkahwinan Rider MTB

 

Tarikh: 28/12/2010 – Selasa

Lokasi: Taman Pasu, Jitra Kedah

Masa: 3.00ptg

Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi bahgia
Ke anak cucu sentosa murah rezeki
Alhamdulillah bertemu jodohnya
Berkat kesucian akhir terlaksana

Pabila sedang bersanding
Janganlah suka menjeling

Menjadi raja sehari tersenyum
Nampak berseri tenangkanlah hati
Dengan kesyukuran
Sabar menghadapi tempuh
Hidup baru

Oleh Anita Serawak: Selamat Penganti Baru

En. Ravi adalah antara rider yang cukup berpotensi lagi digeruni diutara.  Namanya terserlah di dalam KEDAH JAMBOREE 2009 apabila berjaya meraih tempat pertama dan antara top 10 dalam beberapa Jamboree. Kini beliau adalah antara pelumba team SBS GIANT.

Kelmarin 27/12/2010 beliau telah menamatkan zaman bujangnya apabila diijabkabulkan dgn Puan Suraya dari Yan Kedah. Syukur jua beliau telah memeluk islam tempohari dengan mengambil nama Mohd Shahrul Iman Bin Abdullah.

Pihak Gerek Baru melahirkan rasa syukur dan gembira dengan perkembangan ini dan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT ..

IMG_5704 Aksi sang juara

IMG_0336 Team Gerek Baru bersama pengantin

Art TTBC, Alias, Senu, Ustaz. Pengantin, Angah, Along dan Syam

Monday, June 07, 2010

Rider MTB di Majlis Perkahwinan Anak Rider MTB


Tarikh : Ahad, 06/06/2010
Lokasi : No. 4, Lorong Mengkudu 2, Taman Bumita, 01000 Kangar, Perlis

Hari ini, Abang Ronn dgn undangan seribu kenangan, mengalu-alukan kunjungan kami dari Team Jitra ke majlis kenduri utk merasmikan ikatan janji, izin berwali, ijab bersaksi, termaktub niat suci puteri sulong yg dikasihi( bermenantukan orang dari Kelang ) .

Maka ramailah rider dari Perlis, Kedah, Penang yang hadir, bahkan segerombolan rider dari Thailand+-(30 orang) dari MTB Klong Ngae, MTB Ban Prit, MTB Satun dan MTB Nathawee hadir dgn berbasikal ke kendurinya ini. Tenyatalah MTB mengeratkan lagi talian silaturahim.


Antara Team Jitra yang hadir ialah saudara Alias, Sdr Senu, Art & Art(bersama isteri), Pudin dan Zaim bersama keluarganya.

Berhimpunnya satu keluarga - Zaim!

Turut hadir Mr Teoh, isterinya dan May dari Srisuwandee Bicycle Shop,Hadyai: orang kuat yg memainkan peranan penting dalam penganjuran Hatyai Jamboree