Translator

Monday, June 07, 2010

Rider MTB di Majlis Perkahwinan Anak Rider MTB


Tarikh : Ahad, 06/06/2010
Lokasi : No. 4, Lorong Mengkudu 2, Taman Bumita, 01000 Kangar, Perlis

Hari ini, Abang Ronn dgn undangan seribu kenangan, mengalu-alukan kunjungan kami dari Team Jitra ke majlis kenduri utk merasmikan ikatan janji, izin berwali, ijab bersaksi, termaktub niat suci puteri sulong yg dikasihi( bermenantukan orang dari Kelang ) .

Maka ramailah rider dari Perlis, Kedah, Penang yang hadir, bahkan segerombolan rider dari Thailand+-(30 orang) dari MTB Klong Ngae, MTB Ban Prit, MTB Satun dan MTB Nathawee hadir dgn berbasikal ke kendurinya ini. Tenyatalah MTB mengeratkan lagi talian silaturahim.


Antara Team Jitra yang hadir ialah saudara Alias, Sdr Senu, Art & Art(bersama isteri), Pudin dan Zaim bersama keluarganya.

Berhimpunnya satu keluarga - Zaim!

Turut hadir Mr Teoh, isterinya dan May dari Srisuwandee Bicycle Shop,Hadyai: orang kuat yg memainkan peranan penting dalam penganjuran Hatyai Jamboree

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...