Wednesday, June 16, 2010

Hatyai Jamboree - Majlis Penyampaian Hadiah

Tarikh: 12 June 2010

Masa : 5.30pm - 11.00pm

Lokasi: SRI NAKORN HIGH SCHOOL, Hatyai

Ramai juga yg hadir ke majlis Penyampaian hadiah ini. Ada yg membawa keluarga termasuklah aku. Majlis dimeriahkan dgn acara kebudayaan dan  hidangan malam secara buffet kpd tetamu. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Tourism Authority of Thailand dan wakil dari Malaysia(Abang Ronn).

Tempat pertama hingga ketiga dibolot oleh rider Thailand, bahkan hadiah utama cabutan bertuah berupa 2 buah frame Giant ATX 7 dan 2 buah frame Fuji Tahoe dibolot  oleh peserta Thailand. Walaupun ada perasaan tidak puashati dari beberapa rider dalam cabutan bertuah ini, namun ada kalanya kita harus berpandangan secara rasional.. kenapa?

TERIMA KASIH KEPADA PENGANJUR TRACK ZONE SPORTS SUPPLIES & SRISUWANDEE BICYCLE SHOP atas kejayaan penganjuran JAmboree ini walaupun ada beberapa kelemahan yang boleh diperbetulkan di lain kali.(biasalaa pertama kali menganjurkan Jamboree) .

5.20pm bertolak dari Hotel Yong Dee(Pindah kesini kerana dekat dgn bazar, harga yg murah, bilik yg besar dan yg penting basikal boleh dibawa ke bilik) ke Sri Nakorn High School

Isteri2 para rider berpeluang berkenalan di sini

Berbual bersama penganjur, Mr Teoh, Kelihatan bersama, wakil Salak Team(laa mai 3 orang saja)

Pertunjukan kebudayaan dari remaja Thailand

Tulang belakang Hadyai Jamboree 2010 ... SYABAS

May bersama Presiden Tourism Authority of Thailand(hadyai)

Mewakili Team Redflag menerima sijil penghargaan

Tuah No. Plet Art Titi Besi - beliau menerima hadiah sepasang cermin mata Leopold

No. Plet 128 juga memenangi hadiah 

No comments:

Post a Comment