Tuesday, June 01, 2010

Tunggangan Ke Hadyai & Songkla: Episod Ke-2

MISI: Kayuhan Ke Hadyai dan Songkla

TARIKH: 27 - 28 Mei 2010( Jumaat & Sabtu)

MULA : 7.30am - Jumaat

JARAK: 198km

KETETAPAN KELAJUAN: 25 km/h

TIBA: 7.25pm di BKH - Sabtu

RIDER: 5 Orang - Abang Ronn, Pudin, Art & Art dan Noor Hisyam(Misai Tanglung - 9W2OCC)




Perancangan awal utk ke sana telahpun diatur oleh Abang Ronn. Dengan cuti hari wesak pada tarikh tersebut menyebabkan aku tidak menolak utk menyertai kayuhan ke sana.

Kayuhan ke sana juga bagi meninjau dan menyelesaikan beberapa isu berkaitan Jamboree Hadyai yg akan diadakan pada 12 June nanti disamping meraikan kehadiran saudara Syam.

Kayuhanku ke sana yg terdahulu KLIK SINI

7.25am - Parking kereta di Gerai MARA, bagi memudahkan perjalanan masuk ke sempanan(mudah pemeriksaan, cepat dan tak kena tol). Bayaran yg dikenakan ialah RM4.00 sehari.

Pemeriksaan imigresen: Hari ni ramai pelancung Malaysia masuk Thailand, nasib baik masuk guna basikal

7.30am - menghala ke sempadan utk memasuki bumi Thailand - Tok Misai mendahului

8.20am - sudah di bumi Siam, perut masih dapat bertahan - kita kayuh dulu

8.40am - di pekan Sadao

Setelah mengayuh sejauh 23km - 9.05 memasuki lorong 16, perkampung Prik(Ban Prik) utk bersarapan di kedai Abang Jaafar

Bergambar bersama salah seorang rider Prik di hadapan kedai Jaafar - sedap sarapan di sini, ada nasi kerabu, nasi beriani ayam, pulut panggang dll

Abang Misai Tanglung bergaya dgn kayuhannya. Siap dgn touring bagnya.

Pilihlah arah mana anda nak pi

11.40am dah sampai ke Hadyai dan terus ke kedai Jarufat cari beberapa peralatan basikal.
12.40pm sudah berada di Kedai Ah Teoh. - Art dan salah seorang rider yg sedang bergaya dgn baju Jamboree Hadyai - cantik bajunya, kainnya pun OK. Sedikit taklimat dari organiser mengenai Jamboree dan aku tempah sebuah bilik di Sakura Hotel

4:40pm - Tiba di Hotel Lake View - Basikal boleh dibawa ke bilik

4:45pm - Daftar masuk utk 3 bilik. Harga bilik TB490 jer

Lif yg sempit - terpaksa menvertikalkan basikal akibat tidak muat basikal pada kedudukan mendatar

Dapat bilik yg berdekatan(409, 410 & 411) Bilik yg selesa.

6:40pm - keluar dari Hotel utk ke Samila Beach: berposing dahulu di hadapan Gerbang masuk Songkla

Jangan bimbang tentang makanan, di kawasan ini ada ramai Muslim menjalankan perniagaan makanan dan ada masjid berdekatan hotel. Ambil TUT-TUT utk ke pantai, harga TB20/head

Mercu tanda SAMILA BEACH - si ikan duyung membelakangkan pantai Laut China Selatan


Pemandangan dipagi hari - Tasek Thale(Thale Sap) bot-bot di pelabuhan dan bandar Songkla, kelihatan gerbang masuk

Selepas sarapan, 9:40am - bersedia utk balik

Melawat pekan Songkla dahulu:
3 jejaka bergambar di hadapan Songkla City Wall yg minggu ini membawa tema 60an

Hang tunjuk apa tu Tok Misai?

Art bergaya dgn berbodikan golongan bangsawan Siam

FAKTA: Kota dan Songkla City Wall dibina oleh King Rama III dalam tahun 1836 dan siap pada 1842 Pembinaannya tertangguh kerana kemangkatan bonda Raja pada 1838 dan tindakan pemberontakkan. Akibat pembangunan, kota ini diruntuhankan(1894 - 1905) sebahagiannya dijadikan sbg bahan utk jalan.

Bergambar di hadapan rumah kelahiran bekas Perdana Menteri Thailand ke 16 - H.E. General Prem Tinsulanonda( 3 Mac 1980 - 4 Ogos 1988)

Dalam perjalanan ke feri berjumpa dgn beberapa rider Songkla, setelah berkenalan mereka berbesar hati mengeskot kami ke feri bersama.

Dgn petunjuk yg diberi oleh mereka, sebenarnya penunggang basikal dikecualikan dari bayaran utk menaikki feri. (tiket kereta TB20)

10:45am - ART & ART .. kayuhan turun dari feri
Bergambar di hadapan jambatan Tinsulanonda
FAKTA: Jambatan ini adalah jambatan konkret terpanjang di Thailand yg merentangi tasik Songkla dan menghubungkan Pulau Koh Yo. Jambatan ini mempunyai 2 bahagian. Satu bahagian panjangnya 940meter dan yg satu lagi 1,700 meter

Abang Ronn bergaya di bahagian pertama Jambatan Tinsulanonda. PERINGATAN: jangan sesekali berhenti di sepanjang jambatan ini. Anda sedang diperhatikan!(Jika tidak mahu ditegur polis)

Syam & Art... pada bhg ke 2 Jambatan: mujur tiada rintangan angin

Singgah di Klong Ngae, berkenalan dgn rider Kobin & Art tertarik dgn tricycle ..harganya TB13000

7:15pm - tiba di DAnork - jumpa gajah lagiiiii

7:25pm - Alhamdulillah, setelah selesai semua urusan passport. Selamatlah kembali ke MALAYSIA tanahairku.

No comments:

Post a Comment