Tarikh: 24 Jun 2010 - Khamis
Masa : 6.00pm
Laluan: Titi Gajah - Kepala Batas - Bukit Pinang - Kampung Padang Hasan.
Jarak : 20km
Kayuhan hari ini tanpa paksaan, tanpa tekanan, tanpa pecutan, hanyalah bersantai. Jam 6.00 mula berkayuh ke Bukit Pinang utk misi melawat pusat ternakan tuntung di Padang Hasan, Bukit Pinang.
Tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan Pusat Konservasi Tuntung ini. Penulis pernah beberapa kali ke sini pada mula-mula berjinak dengan basikal beberapa tahun lalu.
Pusat Konservasi Tuntung ini mula dibuka pada 1982, dengan keluasan kira-kira 0.8 hektar. Terdapat 9 buah kolam utama iaitu sebuah untuk ibu tuntung dan selebihnya untuk anak tuntung yang perlu sentiasa diberi perhatian bagi tujuan pemuliharaan. Species yang dipulihara terdiri dari species Tuntung Laut(Painted Terrapin: Callagur Borneoensis) dan Tuntung Sungai(River Terrapin: Batagur Baska). Tuntung adalah species akuatik dan omnivor. Terdapat perbezaan di antara tuntung laut dengan tuntung sungai ialah kaki dan cengkerangnya. Tuntung sungai berjari empat, cengkerangnya pula berwarna kelabu kehitaman dan berbentuk leper. Tuntung laut pula berjari
No comments:
Post a Comment