Sunday, June 20, 2010

Ke Arah Kedah Jamboree 2010: Merintis Laluan

Tarikh: Jumaat, 18 Jun 2010

Masa : 7.30am

Mula: Tasik Darulaman, Jitra Kedah

Rider: 10 orang:  Adihariman, Nasrul, Pudin, Alias D'Pallas, Alan KBS, Faizel, Senu, Raja Azrifudin, Cikgu Jaswady dan Zulhusni

Kedah Jamboree 2010 bakal menjelang, beberapa laluan harus dikenalpasti bagi melengkapkannya. Laluan yang bakal disediakan tidak terlalu mencabar dan semua peringkat rider boleh/dapat melaluinya.

Sekitar Bukit Wang sememangnya menyediakan banyak laluan. Jaringan2 laluan yg telah dicari sebelum ini akan dihubungkan dan dinilai semula.

Hari ini, rider cuba memasuki beberapa laluan yg lama ditinggalkan ...

 

(dari kiri)Senu. Adi, Alias(peninjau bertauliah), Ust Raja dan cikgu Jas

Taklimat ringkas dari Sdr Nasrul dan bacaan Doa oleh Ust Raja

 

Merentasi anak sungai- Ust..randok jer ...

Cikgu Jas & Zul : huyooo tingginya nak ragaih ni..Alan: jgn duduk, lain kali kena tungin

Sudah lama kami tak melalui kawasan ini, dah naik semak.

Balak yg menghalang jalan. Banyak kerja nak kena buat selepas ni

Bok Baik Alan ..

Beberapa kawasan telah dicerahkan dan dijadikan teres .. laluan teres pasti mengundang donut

Ada yg lempar basikal kerana  penat tolak dan tanggung tadi. 

perbincangan laluan - Comelfz ada cadangan bernas yg boleh membantu rider apabila melalui kawasan ini .tunguuu katanya 

Penghujung Laluan berbukit - laluan seterusnya perlu dinilai

Laluan ini adalah sebahagian dari rutin mingguan Geng Gerek Baru 

Teraju utama - KEDAH JAMBOREE 2010

INSYAALAH pihak kami akan berusaha memberi kepuasan kayuhan kpd rider-rider di   KJ2010 nanti 


No comments:

Post a Comment