Tuesday, June 15, 2010

Hatyai Jamboree - Cerita di Litar


Tarikh: 12 June 2010 Harinya Sabtu
Lokasi Mula: Hadyai City Municipality Park
Jarak: +-52km

Laluan awal sudah dihidangkan dgn bukit tapi nasib baik jalan bertar ..rider siam memang kuat dgn laluan sebegini. Tetapi selepas memasuki off road, aku mula memperlahankan kayuhan, ini kerana kelilingku hampir semuanya adalah rider siam, akupun mula kayuh bersantai dgn mengambil gambar. Memasuki offroad sudah ada tanda2 rantai akan putus, kesukaran memasuki gear dan bunyi. Di Water Point 1, menunggu lama akan kehadiran rider malaysia yg ku kenal utk sama2 mengayuh.

Dimaklumkan bahawa 2 orang rider Malaysia mengalami kecederaan termasuk saudara Rahman dari Perwaja MTB yg retak tangannya dan bengkak kaki.

Bagiku laluan yg sempat aku lalui memang menarik, DH yang menarik dan bukit yg secara keseluruhannya boleh didaki.

8.05am - Selepas bersarapan terus mengayuh ke lokasi permulaan, pekan Hadyai masih sunyi lagi

Bersua dgn group Tok Megat

8.25am di pintu masuk lokasi permulaan

Nasib baik jumpa wakil Cycling Hams ni..kalu tidak aku gantung 2 plet sekali

Sebelum permulaan..AI, Art, Zam KBS, Madi dan 9W2OCC

Team Redflag - Ellsworth Moment dan Norco : Jamboree Hadyai menjadi Gelanggang pertama utk menciwi all mountain ni, tapii ..... manusia hanya merancang 

Keladi Utan ..dok di depan niii: bermulanya offroad

Tudia ..nun disana rider yg dihadapan sekali ..tapi depa tolak naik ..ish..ish ..

Cikgu din pun tolak ..tapi ini baru permulaan baginya ..satgi baru tau no. berapa dia dapat

9.00am - Water Point pertama ..aku menunggu di sini hampir 10 minit kedatangan rider dari Malaysia

Azman IKBN melalui jambatan selepas water point

Tolak pun takpa ... jauh lagi nak dituju

DH ni memang best ... rider ni dapat no. 54

Tudia Cikgu Nusi - di CP2 ; hmm baru laa ada kawan yg kenai nak buat bersembang

Awat cikgu NUsi ..terkejut semacam jer .. jaga2 di laluan berpasir di hadapan tu.

Saat yang malang ... dah la tak bawak kelengkapan ... tolak pun jauh ke jalanraya.

Sdr. Senu ..TQ krn membantu dapatkan pertolongan

Ish ..macam2 gaya aihhh

11.30am - Cikgu Din dah sampai ..no berapa tu?

No. 35 wooooo - Lon dok korek rahsia cikgu din : makan akar seruntun jer Lon

11:50am - Zailani(Perwaja Team) No. 74 ..bravooo - amoi blkg tu dok tunjuk best

12.00tgh Art IKBN tiba ..mungkin di bawah no. 115(kedudukan hanya dikira setakat No. 100 jer)

Awat bang muka frust jer ..tadi kan dok depan .. dia ni terkena serangan bewak hidup di kakinya

12.02 tgh : Yang dikatakan sahabat .. sama-sama menempuh laluan sampai ke penamat

12.03 tgh ..AZMAN IKBN tiba

12:03 tgh menyusul selepas Man IKBN ..fauzi ..banana island: first time Jamboree kot? Tahniah

12:15tgh Hatta pun tiba

12:20 tgh Uncle terminator .. berjaya habiskan jamboree ini ..anakku bertanya bagaimana dia mengayuh? Hebat


12:25tgh Senu pun tiba ...

12:26 pm ..cikgu Nusi pun sampai .. sori cikgu depa tak bagi pingat macam RUN10

12:53pm ..Zalmi tiba ..dia pun kena serangan bewak

Promosi NTMTBA ..lepas ni kita ke sana pula

Rupanya yg bertopi ranggi ni kawan Abang Ronn

No comments:

Post a Comment