Wednesday, June 23, 2010

Anak Mat Lela Gila: Novel Pak Sako

 

Sebuah novel karya Ishak Haji Muhammad(Pak Sako) -Novel ini dikeluarkan dalam tahun 1941(dalam cetakan jawi) dan mendapat sambutan hangat waktu tersebut dan di terbitkan semula oleh Federal Publication LTD bagi pihak Pustaka Antara  dalam tahun 1960(dalam ejaan Rumi)

Ianya mengisahkan si Bulat seorang bayi yang tidak pernah menangis dipelihara oleh Mat Lela yg dikatakan gila oleh orang kampung. Sesuai dgn namanya bulat, maka seringlah ia bergolek sehinggalah beliau mengembara ke seluruh Tanah Melayu dan menjadi penyanyi pujaan ramai (memiliki buluh prindu) dan ending yg menarik apabila di akhir ceritanya bertemu semula dgn ibu bapanya yang akan mengerjakan haji.

Sebuah novel apabila diselami mendalam mempunyai maksud yang  tersirat dgn  kritik sosial. Pembaca akan merasa sedih, gembira, lucu, jijik, geram dan kesal. Pandangan Pak Sako ke hadapan sesuai dgn beberapa isu semasa kini.

Novel ini sukar diperolehi kini, terdapat di beberapa perpustakaan luar negara. Masih lagi dalam simpanan bapaku yg dibelinya dalam tahun 1961


FAKTA: Ishak Haji Muhammad ialah pengarang Melayu pertama yang mendapat bayaran dengan jumlah $200.00 bagi karyanya Anak Mat Lela Gila.Karya yang diiklankan oleh Annies Printing Works, Johor Bharu ini sebenarnya bukanlah dalam bentuk royalti atau honorarium, tapi ‘harga’ untuk karya ini. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ‘harga’ ini diterima Ishak atau tidak.

Sebelum lahirnya Anak Mat Lela Gila ini, penulis-penulis novel tidak pernah dibayar harga atau royalti dalam bentuk wang, melainkan ‘hadiah ikhlas’ dalam bentuk naskhah novelnya sendiri sebanyak 50 atau 100 naskhah. Seterusnya, buku ini akan dijual sendiri oleh pengarangnya bagi mendapatkan wang royalti. Rujukan: http://www.esastera.com/rekod/

1 comment:

  1. salam.dh lme cri buku nie..huhu tau x link utk bce online..(kot2 ada ) huhu

    ReplyDelete