Showing posts with label RB. Show all posts
Showing posts with label RB. Show all posts

Monday, January 07, 2013

Kayuhan Tahun Baru: Perit Di Laluan Terik

P1050211

Tarikh :  Sabtu, 05 Januari 2013
Mula/Akhir : 7.30am/3.30pm
Mula/Akhir : Kedai TM Bike, Tanah Merah, Jitra,  Kedah Darulaman 
Route : Jitra - Hosba - Chuping – PADANG BESAR - Kangar - Arau - Kodiang – Jitra 
Jarak Kayuhan : ± 130 Km 
Kehadiran: ±30  Orang
 
Coordinate:

Aku memulakan kayuhan tahun baru ini dengan menyertai acara yang dianjurkan oleh pihak Jitra Cycling Club (Jcyc). Kayuhan yang dikenali sebagai ‘Kayuhan Tahun Baru’. Sengaja mencabar diri dan menduga mental walau lama juga tidak mengayuh RB ni. Kayuhan disertai oleh beberapa team dari Sungai Petani, Kulim, Jitra, Alor Setar dan Perlis dengan disertai lebih dari 30 orang peserta.

Peta Laluan

Fasa 1: JITRA – Hosba – Chuping – PADANG BESAR (Jarak ± 60km)

Jam 7.30 pagi, sdr Zalmi mengalu-aukan kehadiran peserta dan memberi sedikit taklimat laluan dan disusuli dengan doa yang dipimpin oleh Ustaz Raja. Kemudian menuju ke kedai Nashmir untuk bersarapan. Jam 8.20 pagi barulah kami memulakan kayuhan tidak melalui lebuhraya tetapi memintas ke jalan Kg. Gelong, melewati trek Hosba dan berhenti di simpang Kg. Baru ( Lebuhraya Changlun – Kuala Perlis) untuk  bergabung dengan team TRM dan beberapa peserta sekitar Perlis.

Laluan sekitar Chuping sangat menarik dan nyaman. Terkenal sebagai kawasan paling panas/terik di Malaysia namun cuaca awal pagi masih menyegarkan ditambah dengan pemandangan yang cantik lagi menarik,  tentunya tidak melemahkan semangat rider. Kami tiba di Padang Besar lebihkurang jam 10.30 pagi. Lantas berihat direstoran mamak melepas lelah, melapik perut.

FASA 2:  PADANG BESAR – Kangar – Arau – JITRA  (Jarak ± 70km)

Jam 11.45 pagi kami memulakan kayuhan. Pada fasa ini barulah cabaran sebenar dirasai terutama pada 20 km terakhir (selepas melewati pekan Arau). Dengan terik matahari sambil melawan ‘angin timur’, aku tekap  meneruskan kayuhan. Tidak hanya melawan faktur alam, faktur diri terpaksa ditentangi, mental dikuatkan, kudrat digagahi. Bekalan air tidak mencukupi jadi hampir semua gerai menjual ayaq nyok kami berhenti termasuk di masjid Kampung Imam buat melepas lelah, merehat diri. AKHIRNYA pada jam 3.30 petang aku sampai ke tempat berkumpul.

P1050116

Geng Kubang Pasu

P1050132

Ustaz Raja memimpin doa memohon berkat & selamat

P1050138

‘Menyorok’ ruti dulu ..

P1050140

lancar bergaya

P1050151

Bergabung ngan geng Shah (naik MTB jer tu) & TRM

IMG_20130105_104322

P1050325

Mashall & Sweeper

IMG_20130105_141233

Menikmati  ayiaq tebu di gerai ayiaq Nyok berdekatan Padang Sera

P1050435

Alhamdulillah ..selamat

Tuesday, September 18, 2012

Kayuhan Rentas Sempadan: Menguji Kemampuan, Menggarap Pengalaman

IMG_1555

Tarikh : 15 – 16 September 2012 
Kehadiran: 35 Orang 
Anjuran: Sungai Petani Cycling Club (SPCC)

Jarak Kayuhan: Hari Pertama => 150km 
                            Hari Kedua => 75km

2 hari, 2 Negeri, 2 Negara …

Sempena cuti hari Malaysia, kayuhan anjuran SPCC ini melibatkan rider dari Kedah/Penang/Perak seperti SPCC, JCyC, KORT, GMC Penaga, Pengkalan Hulu dan individu …… mengerah tenaga,menghela nafas menghala ke jiran tetangga(Betong Thailand).

Aku , Art TTBC & Art Iron Fox bertolak dari rumah jam 5.30am. Parkir kereta di Kelab Cinta Syang dan mengayuh sejauh 8km ke tempat berkumpul di Petronas Taipan Square Sungai Petani. Selepas doa dan taklimat kami memulakan kayuhan pada jam 8.00. Kayuhan melewati pekan Kuala Ketil dan seterusnya memasuki Lebuhraya Kupang-Gerik. Berhenti di Caltex Kupang buat melepas lelah sambil menyegarkan badan. Kemudian cabaran bermula dengan menempun pendakian yang merentasi buit-bukau di Banjaran Bintang ini. Ku lihat lori pun meleret mendaki apatah aku ini, 10 gear penuh telah diengagekan, dengan kekuatan 2 lejang aku mengusahakan sehingga ke R & R Kuala Rui (nasib Baik regroup di sini). Apa yang menarik di sini adalah pemandangannya indah, sejuk dan sign board rusa melintas di beberapa lokasi.  15 minit berehat dan kayuhan bersambung di jalan yang turun-naik sehingga ke Restoran Kari Kepala Ikan Salim. Seusai menjamah makan bagi menambah tenaga, jam 1.30pm kami mula bergerak menuju kampung lalang/Nenering yang ternyata lebih mencabar  Dipertengahan jalan disimbah hujan yang membuat aku dan beberapa rakan diserang kekejangan otot….

Semua rider berkumpul di Bukit Dangdut sebelum berjemaah memasuki sempadan dan terus ke kedai Amin Betong(5.00pm). Beliau menghidangkan lengkong ais buat penghilang dahaga. Untuk bermalam, kami mendapat bilik berdua yang agak selesa di Patana House.

Day 2 – 16 September 2012: Hari Malaysia

Selepas sarapan, jam 9.00 pagi kami bergerak keluar ke pos sempadan. Seusai urusan imigration dan sesi bergambar, jam 10.00 pagi kami mula berkayuh menuju pekan Baling dan pastinya adrenalin teransang semasa DH gunung Inas, Kami berkumpul dihadapan Pejabat Tanah Baling(10.45pagi). Selepas ini kami bergerak dalam kelompok dan berhenti untuk regroup di Petronas Kuala Ketil(12.20tgh). Alhamdulillah selamat tiba di Petronas Taipan Square pada jam 1.05tgh

Jarak keseluruhan kayuhan ±235km namun meter basikalku hanya menunjukkan 201km(heh heh)Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertamaku mengayuh jarakjauh dengan RB. Banyak cabaran yang menguji kesabaran dan minda. Banyak perkara yang ku pelajari secara langsung/tidak langsung. Sekurang-kurang teknik dan setting basikalku sudah diselaraskan pada kedudukan yang hampir sesuai. Terimakasih kepada SPCC terutama Bang Li, cikgu Fisol(Banyak memberi nasihat dan petua), sahabat-sahabat JCyC dan semua rakan kayuhan yang terlibat.

Lagi Gambar di FACEBOOKKU

IMG_1413

Art & Art

IMG_1419

Geng Jitra mari

IMG_1424

Memulakan acara dengan bacaan doa: Fuad Waksa

IMG_1431

Masih gaya XC

IMG_1437

IMG_1442

Cabaran bermula @ Lebuhraya Kupang/Grik

IMG_1474

Lunch @ Restoran Kari Kepala Ikan Salim, Simpang Gerik

IMG_1501

wa respek lu la Matkri… @ Di Bukit Dangdut

IMG_1516

Urusan Imigresen: – Border pass/Passport

IMG_1533

Di Kedai Amin Betong, pekena cincau ais

IMG_1556

Gambar kenangan

IMG_1581

Oppss tayar pancat

IMG_1601

1.05tgh Selamat tiba di Petronas Taipan Square Sungai Petani, Kedah

Saturday, July 21, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan, Selamat Datang RB

 

Tarikh: 21 Julai 2012 – Hari Sabtu

Ramadhan datang lagi. Musim ibadah yang menjanjikan Rahmat dan keberkatan kepada yang beramal. Bulan yang mulia, yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Dikesempatan ini aku menasihati diriku dan rakan-rakan untuk menggunakan kelebihan yang ada dalam bulan ini untuk mendidik kembali nafsu disamping melipatkan ibadah serta aktiviti yang mulia.  

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Pada tahun ini permulaan Ramadhanku adalah di perantauan

Kedatangan Ramadhan juga bermulalah era aku menceburi ke dunia RB. Bukanlah aku mengejar kelajuan tetapi cuba memahami dan merasai kepelbagaian jentera 2 roda tanpa enjin ini. Walaubagaimanapun  aktiviti MTB dan DH tetap seiring. Ini kerana aku bermula dengan MTB dan seharusnya tidak melupakan jatuh dan bangunnya dunia  MTB. Aku masih mempunyai beberapa agenda yang bakal dilaksanakan seperti Great Adventure - Bandung 2013 dan seterusnya pencarian trek sekitar Jitra.

Sebagai permulaan aku hanya menggunakan RB Jenama Polygon 2012 model Helios 500 yang didatangkan dengan komponen Shimano 105 yang aku rasakan sesuai dengan keperluan dan kemampuan aku.

image
Art TTBC
Sebelum ni sentiasa dok ikut geng ni.. Mana tahan >35km/h
Koleksiku: Si Putih/Emas(RB) bersama-sama Si Puteh/Merah(HT) & Si Puteh/Biru(FS)