Tarikh : 15 – 16 September 2012
Kehadiran: 35 Orang
Anjuran: Sungai Petani Cycling Club (SPCC)
Hari Kedua => 75km
2 hari, 2 Negeri, 2 Negara …
Sempena cuti hari Malaysia, kayuhan anjuran SPCC ini melibatkan rider dari Kedah/Penang/Perak seperti SPCC, JCyC, KORT, GMC Penaga, Pengkalan Hulu dan individu …… mengerah tenaga,menghela nafas menghala ke jiran tetangga(Betong Thailand).
Aku , Art TTBC & Art Iron Fox bertolak dari rumah jam 5.30am. Parkir kereta di Kelab Cinta Syang dan mengayuh sejauh 8km ke tempat berkumpul di Petronas Taipan Square Sungai Petani. Selepas doa dan taklimat kami memulakan kayuhan pada jam 8.00. Kayuhan melewati pekan Kuala Ketil dan seterusnya memasuki Lebuhraya Kupang-Gerik. Berhenti di Caltex Kupang buat melepas lelah sambil menyegarkan badan. Kemudian cabaran bermula dengan menempun pendakian yang merentasi buit-bukau di Banjaran Bintang ini. Ku lihat lori pun meleret mendaki apatah aku ini, 10 gear penuh telah diengagekan, dengan kekuatan 2 lejang aku mengusahakan sehingga ke R & R Kuala Rui (nasib Baik regroup di sini). Apa yang menarik di sini adalah pemandangannya indah, sejuk dan sign board rusa melintas di beberapa lokasi. 15 minit berehat dan kayuhan bersambung di jalan yang turun-naik sehingga ke Restoran Kari Kepala Ikan Salim. Seusai menjamah makan bagi menambah tenaga, jam 1.30pm kami mula bergerak menuju kampung lalang/Nenering yang ternyata lebih mencabar Dipertengahan jalan disimbah hujan yang membuat aku dan beberapa rakan diserang kekejangan otot….
Semua rider berkumpul di Bukit Dangdut sebelum berjemaah memasuki sempadan dan terus ke kedai Amin Betong(5.00pm). Beliau menghidangkan lengkong ais buat penghilang dahaga. Untuk bermalam, kami mendapat bilik berdua yang agak selesa di Patana House.
Day 2 – 16 September 2012: Hari Malaysia
Selepas sarapan, jam 9.00 pagi kami bergerak keluar ke pos sempadan. Seusai urusan imigration dan sesi bergambar, jam 10.00 pagi kami mula berkayuh menuju pekan Baling dan pastinya adrenalin teransang semasa DH gunung Inas, Kami berkumpul dihadapan Pejabat Tanah Baling(10.45pagi). Selepas ini kami bergerak dalam kelompok dan berhenti untuk regroup di Petronas Kuala Ketil(12.20tgh). Alhamdulillah selamat tiba di Petronas Taipan Square pada jam 1.05tgh
Jarak keseluruhan kayuhan ±235km namun meter basikalku hanya menunjukkan 201km(heh heh)Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertamaku mengayuh jarakjauh dengan RB. Banyak cabaran yang menguji kesabaran dan minda. Banyak perkara yang ku pelajari secara langsung/tidak langsung. Sekurang-kurang teknik dan setting basikalku sudah diselaraskan pada kedudukan yang hampir sesuai. Terimakasih kepada SPCC terutama Bang Li, cikgu Fisol(Banyak memberi nasihat dan petua), sahabat-sahabat JCyC dan semua rakan kayuhan yang terlibat.
Lagi Gambar di FACEBOOKKU
Art & Art
Geng Jitra mari
Memulakan acara dengan bacaan doa: Fuad Waksa
Masih gaya XC
Cabaran bermula @ Lebuhraya Kupang/Grik
Lunch @ Restoran Kari Kepala Ikan Salim, Simpang Gerik
wa respek lu la Matkri… @ Di Bukit Dangdut
Urusan Imigresen: – Border pass/Passport
Di Kedai Amin Betong, pekena cincau ais
Gambar kenangan
Oppss tayar pancat
1.05tgh Selamat tiba di Petronas Taipan Square Sungai Petani, Kedah
No comments:
Post a Comment