Alamat: No. 38 Taman Bandar Baru, Mergong
05150 Alor Setar, Kedah Darul AmanTelefon: 019-386 1769
Coordinate: N 06 07.843 E 100 20.510
Nasi Mandhi(Arabic: المندي) adalah nasi kukus @ nasi wap . Ada juga yang menggelarnya nasi kubur kerana asalnya dimasak dalam tanah yang diperbuat dari batu atau tanah liat dan ditutup rapat dengan bara api. Ianya dikatakan berasal dari Yaman. Nasinya dari beras panjang bermutu (Basmathi) yang dimasak bersama Ayam atau Kambing dan bebrapa rempah. Ia dihidangkan bersama dengan ‘sos tomato’, sayur-sayuran dan adakalanya dihidangkan bersama sup(rebusan ayam/kambing).
Restoren Mekah diasaskan oleh 2 orang sahabat iaitu Ustaz Nasir dan Ustaz Bihaki pada bulan Julai 2011. Pada bulan November 2011 lalu Ustaz Bihaki mengambil alih sepenuhnya perniagaan ini. Dengan pengalamannya yang dibesarkan di Mekah( bersekolah di sana hingga ke peringkat Universiti di Mekah) beliau telah mempraktikkan cara masakan Mekah di sini. Walaupun sibuk menghabiskan pengajian Sarjananya di Insaniah, namun beliau masih dapat membahagikan masanya mengurus restoran ini.
Restoren ini juga menghidangkan masakan Arab seperti Laham Mafrum(daging kisar), Syaksyukah (Telor kisar), Kibdah Dajaj, Syaurma Dajaj yang boleh di makan dengan roti arab. Keistimewaan Nasi Mandhinya adalah pada isi kambing (biri-biri) yang lembut dan pastinya sedarpppp.
Restoran ini dibuka hari Sabtu – Khamis dari jam 12.00 tgh – 10.00 malam. Cuti pada hari Jumaat
Restoran ini juga menerima pesanan/tempahan. Hubungi Ustaz Bihaki di:- 019-386 1769
Catatan Restoran Makanan Arab Di Alor Setar:
Restoren ini terletak berhampiran dengan Tesko Mergong. Masuk ke Persiaran Bandar Baru Mergong lebihkurang 150 meter buat pusingan U dan belok ke kiri setelah 50 meter dan terus hingga ke penghujung dan kelihatan Kedai Amway yang berselang 4 pintu sahaja darinya.
Restoren Mekah : Kelihatan geng team Jitra di Restoran pada Julai 2011 lalu
2 Sahabat yang berkongsi membuka Restoran ini. Ustaz Bihaki(kiri) dan Ustaz Nasir(sedang mengalunkan lagu Arab dengan gambus): Gambar Julai 2011
Pemandangan dalam Restoran
Perghhhh …Nasi Mandhi kambing
hmmm Laham Mafrum
Ustaz Bihaki Bin Abdul Aziz Al Fatani
Pelajar Arab Saudi sering mengunjungi Ustaz Bihaki
No comments:
Post a Comment