’ALOR SETAR SATURDAY NITE RIDE 2012’
Tarikh : 21 September 2012
Masa : 8.00 Malam
Jarak : 15 km
Mula Lokasi: Menara Alor Setar
500 Peserta
Kayuhan yang berkonsepkan Family Funride. Tourism Malaysia Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar menganjurkan program ini. Ia dibawakan oleh Danish Event Management.
Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan aktiviti pelancongan berbasikal di Bandaraya Alor Setar dan menjadikan acara berbasikal sebagai pakej pelancongan serta memupuk semangat bersukan di kalangan warga Malaysia khususnya para remaja. Ianya disertai oleh kelab-kelab berbasikal sekitar Alor Setar dan lain-lain kawasan, agensi-agensi kerajaan, pelajar-pelajar dari institusi pendidikan di Kedah serta seisi keluarga.
Jam 8.00 malam kayuhan bermula yang di ‘flag off’ oleh Datuk Chong Itt Chew (Ganti Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid). Bermula di Jalan Istana Kuning, melalui hadapan Masjid Zahir menuju ke Persiaran Sultan Abdul Hamid melalui Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan kembali berkumpul ‘refreshing’ dengan minuman ringan di hadapan Pekan Rabu. Kembali mengayuh mendaki jejambat jalan Langgar memasuki Jalan Sultanah dan kembali ke menara Alor Setar.
Berbagai gaya dan ragam pengayuh kelihatan dan sesuai dengan temanya family ride, ramai sahabat yang turut membawa keluarga dan anak-anak umtuk kayuh bersama. Aku juga membawa keluargaku ke menara sahaja. Pertunjukkan pentas dan lain-lain turut dihidangkan.
Sesungguhnya sesekali seronok mengayuh dalam program sebegini, santai dan menghiburkan. Lagipun bukan senang nak kayuh dalam bandaraya Alor Setar tanpa ganguan lalulintas.
Dengan bayaran RM10.00 berbaloilah dapat baju, air mineral, no. plet, buah epal, makan malam dan peluang untuk cabutan bertuah.
Laluan kayuhan
Aku dan keluarga Bonyamin berlatarkan menara Alor Setar
Art di hadapan Masjid Zahir, mana Art TTBC?
Ustaz Raja – berlatarkan Masjid Al Ghuffran
Ustaz Raja & Cikgu Fisol – Depan Kereta Kuda
Rosma, Hanif, Ustaz Raja dan Hashim
Putra Shariman, Jazkun & Cikgu Fisol
Pelbagai gaya & ragam
Adi Hariman & keluarganya
Man & anaknya
Tok Megat & Mizi Kulim (Danish Event)
No comments:
Post a Comment