Tarikh: 30 Ogos – 2 September 2012
Lokasi: Tiara Beach Resort, No 1 PD Tiara, Batu 13 Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
Coordinates: N2 25.936 E101 53.953
Kalau tahun lalu aku meraikan hari kemerdekaan dan hari keluarga di Melaka, maka pada tahun ini Negeri Sembilan dipilih sebagai lokasi untuk mengadakan Hari Keluarga(HK) bahkan jatuh pada hari merdeka juga. Masih mengekalkan tema ‘Taman Air’. Tiara Beach Resort(TBR) dipilih sebagai lokasi kerana di dalamnya terdapat kolam air yang sesuai untuk mengadakan HK kerana boleh mewujudkan suasana ‘privacy’ kepada kami. Pelbagai aktiviti untuk memeriahkan suasana di atur seperti telematch, bola sepak pantai, BBQ, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Aku membawa kesemua ahli keluargaku(7 orang) untuk ke sini, namun anakku Shauqi tidak dapat hadir saat akhir kerana perlu menyiapkan assignmentnya. Mungkin tuah menyebelahi aku kerana aku berjaya mendapat tempat kedua dan memenangi hamper dalam acara bowling buah kelapa. Kali ini makanan yang disediakan memang cukup memuaskan hati , puas dan sedap. Namun aku tidak berupaya menikmati makan dengan sepuasnya kerana mengalami masalah sakit perut sejak awal perjalanan dan aku ‘flat’ sejurus tiba ke bilik dek keletihan dan kehilangan air. Alhamdulillah dengan asbab ubat yang dibekalkan aku dapat bertahan sehingga pada setiap R&R.
Tiara Beach Resort(TBR) seluas 23 ekar di katakan memiliki pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia. TBR yang berkonsepkan taman tema air, mewujudkan suasana pusat peranginan seolah-olah di tepi laut yang mempesonakan. Ia menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh memberi keselesaan kepada pengunjung. Kemudahan penginapan pangsapuri yang amat sesuai untuk keluarga bercuti. Satu ketika dahulu ia banyak memenangi anugerah dan berjaya mencipta nama dalam The Malaysia Book of Records dan dikunjungi oleh pelbagai VIP & VVIP . Namun… sejujurnya resort ini kini nampak semakin pudar dan hambar. Bilik-bilik walaupun luas tetapi beberapa kemudahan seperti air panas dan shower menghadapi masalah, kawasan tidak terjaga dan kelihatan usang, rumput-rumput liar terbiar. Ia secara tidak langsung akan terus memberi imej negatif kepada resort ini.
Dalam Taman tema airnya
Beberapa kali memenangi anugerah dari The Malaysia Book Of Records: -
Largest Tooth Brushing Event (11636 participants) – Nov 2011 | |
The Largest Candles Word Formation (14,300 candles) – Mei 2011 | |
Most Number of Apples Used In SPA Theraphy (20,000 apples) - 2007 |
Dianugerah oleh Malaysian Digest Travellers sebagai ‘Most Preferred Family Resort 2006/2007’
Senarai harga masuk ke Taman Tema Air
Acara sukaneka kanak-kanak
Acara sekaneka wanita
Acara tarik tali
Team bola sepak pantai
Acara Bowling Kelapa – tempat ke 2
Wow – BBQ. Kambing menjadi menu utama sepanjang HK
Hamper Menang hadiah ke 2
Cabutan bertuah: Alhamdulillah - Seterika Wap Panasonic
Alamak… kawasannya kurang perhatian/tidak terjaga
Di Pantai Telok Kemang
No comments:
Post a Comment