Showing posts with label Hadyai/Satun. Show all posts
Showing posts with label Hadyai/Satun. Show all posts

Thursday, December 19, 2019

Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 01

Tarikh       :  10/12/2019 
Misi           :  Mencari penginapan dan Makan Malam
Lokasi       :  Songkhla Thailand      
Tukaran     : RM10 = THB72.3

Kami bertolak dari rumah pada jam 11:00 pagi menuju ke arah pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Lewat pagi ni tidak ramai pelancong, maka urusan imigresen dikedua belah negara berjalan lancar.

Banphru Banny (ฟาร์ม กระต่าย บ้านพรุ)

Ban Phru, Hat Yai District,

Songkhla 90250,

Thailand

Coordinate: N6.95435° E100.46719°

https://goo.gl/maps/Vp34t8VgSkfC8P6Z6


Aku menuju ke satu lokasi ternakan arnab di Ban Phru (± 10 km sebelum Hadyai) dikenali sebagai Banphru Banny. Sebuah rumah arnab dibina bersebelahan rumah pemiliknya. Rumah arnab yang menempatkan berpuluh sangkar arnab. Ada pelbagai spesis baka arnab terbaik seperti Holland Lob, Mini Rex dan lain-lain lagi. Mereka menternak, membiak dan menjual baka arnab ini. Pemiliknya sangat mesra dan ramah namun masalah komunikasi membataskan seribu persoalan dariku (untuk mendapat maklumat)

Ia dibuka 2 kali sehari iaitu dari 09.00 - 12.00 dan 15.00 - 19.00

Ruen Mae Coffee & Homestay (ร้านอาหารเรือนแม่ แอนด์ โฮมสเตย์)

Nam Noi, Hat Yai District,

Songkhla 90110,

Thailand

Coordinate: N7.12560° E100.54920°

https://goo.gl/maps/mdbyTB9a6d6BMKPX8

Sebelum tirai malam berlabuh kami perlu mencari penginapan, maka kami menuju kearah Songkhla mencari sebuah penginapan yang agak berlainan. Sebuah penginapan yang aman dan tenang yang jauh dari hiruk pikuk kota Penginapan yang ingin kami bermalam ialah Ruen Mae Coffee & Homestay. Ia sebuah penginapan yang agak ‘kedalam’. Ia terletak ± 18 km ke utara dari Hadyai atau ± 12 km untuk ke Songkhla. Kami melalui jalan tanah merah ±300 meter sebelum sampai ke sini. Apabila sampai, ia kelihatan sangat sunyi. Tiada orang disitu atau berdekatan untuk kami bertanya. Yang menyambut kami hanyalah sekawan anjing yang celapak mengerumuni sambil menyeringai gigi. Aku berdiri tegak lantas 'berdiam' sejenak. Tiba-tiba mereka beredar yang memudahkan kami bebas meninjau tempat ini. Resort ini memang cantik, ia dibina di atas paya yang airnya jernih, ditumbuhi oleh teratai pelbagai warna. Dari pemerhatianku ia mempunyai 6 buah bilik yang selesa. Ia juga nempunyai restoran terapung (tidak halal). Mungkin tidak kena 'masa' ketika kami tiba? Lalu kami memutuskan untuk mencari penginapan lainnya dan membuat keputusan untuk bermalam di Naitawan Resort (นายตะวันรีสอร์ท) yang berada tidak jauh dari Khlong Hae Floating market. Ia sebuah resort yang agak selesa. Mempunyai 15 bilik yang berhawa dingin. Penjaganya pula fasih berbahasa Inggeris. Harga ditawarkan kepada kami ialah THB590.00 dan permintaan aku dengan harga THB550 dibenarkan.

Resort yang cantik dibina di atas paya
Restoran terapung (tidak halal)
Paya yang ditumbuhi teratai

Yeemeen Foodgarden (ร้านยีหมีนโภชนา)

Khlong Hae, Hat Yai District,

Songkhla 90110,

Thailand

+66 84 581 6473

Coordinate: N7.07329° E100.48239°

https://maps.app.goo.gl/y7vqzc7ktsy4J7Sz9

Petangnya kami menziarahi Tuan Haji Meen di restorannya yang terletak tidak jauh dari Central Mosque Of Songkhla (± 1.5 km). Selepas maghrib sekali lagi kami ke Restorannya untuk makan malam pula. Restoran yang dikenali sebagai Yeemeen Food Garden adalah pilihan untuk menikmati masakan enak ala Thai.

Restoran ini telah dianugerahkan sijil kebersihan dan mematuhi piawaian kebersihan dan halal oleh Hal-Q (Halal Science Center di Chulalongkorn University yang menjalannkan kajian dan memberi akreditasi terhadap produk halal di Thailand), disyorkan oleh ramai sahabat tempatan, sering dikunjungi oleh pihak artis, expatriat, penduduk tempatan dan pelancong. Sering juga memasuki program tv dan berita. Menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat dengan harga yang berpatutan.

Ada parkir dihadapan kedai, wifi percuma

Dibuka setiap hari seperti berikut

Isnin - Jumaat: 16:00 - 22:00

Sabtu – Ahad  : 10:00 - 20:00

Bersama Haji Min dan pemuziknya

Minuman istimewa disini – lemon madu bergaram

Tuan Haji Meen sedang mendendangkan lagu istimewa kepada tetamu. Persembahannya hanya pada sebelah malam sahaja

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hadyai: Memburu Café Hipster
02. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 01
03. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 02    
04. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 03

 

Monday, December 16, 2019

Hadyai: Memburu Café Hipster

Tarikh       :  10 - 12/12/2019 
Misi           :  Coffee Hunter
Lokasi       :  Songkhla Thailand      
Tukaran     : RM10 = THB72.3    
 

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai café hipster kini sudah menjadi trend dikalangan pengunjung. Sehubungan itu, misi kami kali ini adalah untuk memburu beberapa café sekitar Hadyai disamping melawat beberapa lokasi yang sudah dikenalpasti.    

Samsils Café: Menikmati Kopi di Laman Orkid

Samsils Cafe' Hatyai
Alamat :  186 Thanon Khlong Wad 2, Tha Chang, Bang Klam District, Songkhla 90110, Thailand
Coordinate: N7.01981° E100.44969°  
https://maps.app.goo.gl/b7ehyxGU3wwh3eSL9

Kami menuju ke arah Khuan Lang, suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk muslim dimana terdapat sebuah café yang cool dalam persekitaran ‘taman’ dan kini sedang trending di Kota Hadyai (tidak jauh dari Chakamas Resort). Berkonsepkan moden dengan gaya seni dimana lamannya dihiasi dengan beberapa spesis kaktus dan disisi café ini ada ruang seni yang menempatkan pameran lukisan. Sesuai dengan gaya hidup masyarakat kota yang ingin lari dari hiruk piruk kota sambil menikmati kopi secara santai. Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel dan banyak lagi. Tapi menu istimewanya adalah kopi Samsils dan roti bakar khas disamping menyediakan beberapa menu sampingan.

Café halal yang dimiliki oleh saudara Johari dan telah beroperasi sejak 2 tahun lalu. Dibuka setiap hari dari jam 10:00 - 20:00. Ada parkir dan tersedia wifi percuma kepada pelanggan

Nikmatilah kopi istimewa mereka Samsils Coffee

Kami hanya menikmati kentang goreng kerana baru lepas makan tengahari

Disatu sudut ada galeri pameran lukisan

Tha Kham Station: Santai di Kawasan Bendang

Alamat :  Tha Kham, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Coordinate: N7.03495° E100.57652°  
https://maps.app.goo.gl/nEU5n8Lx2fdRVj9V8

Mungkin pada pandangan kami, konsep asas sesebuah café sama sahaja namun apa yang membezakan café ini dengan lain-lain café ialah lokasinya yang berada di dalam kawasan sawah padi. Ia adalah antara café yang sedang trending di Hadyai. Menawarkan suasana yang segar dengan pemandangan sawah padi yang menyejukkan mata. Ia menyediakan minuman dan juga makanan.

Ada 2 section untuk santai. Di bangunan utama yang berhawa dingin dan diruang terbuka yang ada beberapa pondok yang dihubungkan dengan jambatan kayu. Aku lebih suka lepak diluar, mengambil tempat disatu ruang yang tersedia kusyen lepak yang ringkas sambil menikmati minuman ringan dan secangkir kopi buat menyegarkan mata/badan. Kebetulan ketika kami disini, cuaca redup dan berangin. Hampir telelap aku, terasa nyaman dan aman sekali sambil disapa angin segar yang menyejukkan badan. Tidak jauh dari sini ada sebuah rekreasi bendang yang pernah aku review di Ban Hin Kliang (KLIK)

Café ini bukan dimiliki oleh peniaga muslim jadi berhati-hati dalam memilih makanan. Dibuka setiap hari dari jam 10:00 – 21:00

Banyak port selfie disediakan

Rice Brew Coffee: Aroma Kopi Di Persekitaran Hijau

Alamat :  น้ำกระจาย 242/3 ม.1 ถนน Thung Wang, Songkhla 90000, Thailand
Coordinate: N7.08474° E100.63104°
https://goo.gl/maps/oVstb7gGZWwDa4K2A

Dari perjalanan ke Hadyai di 408 road, ±600 meter dari Ang Thong Junction, kami singgah ke sebuah café yang bernuansakan sawah padi. Melangkah masuk ke dalam café, sudah terbau aroma kopi yang lazat. Suasana dalamannya yang ringkas tetapi menarik.

Café ini menyediakan pelbagai kopi aromatik dan hidangan kek yang enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan. Mulanya agak was-was dengan status halal makanan disini dan selepas bertanya kepada pengunjung (penduduk tempatan – muslim) beliau memaklum bahawa kek boleh dimakan. Kami memesan hot latte (±THB55) dan sepotong kek. Menjamu mata sambil menikmati kopi enak. Selepas menikmati kopi, kami ke bahagian luarnya untuk menikmati keindahan sawah padi. Menelusuri jambatan kayu yang bersambungan merintangi sawah padi ke pondok-pondok kecil ditengah sawah. Memang menarik dan cantik suasana disini. Dengan aroma kopi dan hidangan keknya yang lazat disamping pemandangan yang memikat menjadikan café ini trending kini. Ia sudah beroperasi sejak setahun yang lalu dan dibuka setiap hari dari 9:00 – 18:00

Bersama penduduk tempatan yang persis anak saudara kami

Secawan kopi dengan sepotong cek


Mr. Phon sedang menyediakan kopi kepada kami

Rekreasi bendang; Ada titi kayu merentas bendang ke pondok

Sembilan Steak House: Menikmati Steak & Kopi

Sembilan Steak House & Restaurant/ร้านซัมบีลัน

Alamat : 1089 Hat Yai District, Songkhla 90110,Thailand
Coordinate: N7.00093° E100.45365°
https://maps.app.goo.gl/HrwXpNiZjPPcbjc98

Semasa menelusuri Phet Kasem road, berhampiran lampu isyarat, terlihat sebuah restoran dengan tulisan rumi, maka singgah seketika untuk merehatkan diri dan menghilangkan dahaga.

Pemilik Restoran, audara Mahmud dan pekerjanya

Sembilan Steak House & Restoran adalah sebuah restoran yang dimiliki oleh sdr Mahmud dan telah beroperasi sejak 2 tahun lalu. Ia menjual hidangan ala western dan Arab seperti chicken/tuna kebab dengan harga yang berpatutan. Yang penting halal, suci dan bersih.

Kami menikmati sepinggan steak dan kopi untuk kesegaran. Bagi aku, Steak adalah sumber protein yang sangat baik. Ia boleh mengekalkan metabolisme dan dapat membantu merasa kenyang untuk jangka waktu yang lama.

Alhamdulillah Sdr Mahmud berbesar hati menawarkan makan tgh dengan tomyam. Insyaallah tahun hadapan beliau akan mula memasukkan masakan ala siam dalam menu hidangan.

Kedai ini dibuka pada jam 11:30 - 21:00

Dibuka setiap hari kecuali Isnin dan selasa.

Aturan dalaman yang ringkas, santai dan menarik


BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hadyai: Memburu Café Hipster
02. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 01
03. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 02    
04. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 03

Saturday, August 31, 2019

Jambatan Gantung Lama & Wat Khu Tao : World Cultural Heritage

Tarikh       :  28 Jun 2019
Misi           :  Mencari Jambatan Gantung Tua
Lokasi       :  Khu Tao, Hadyai, Thailand
Coordinate : N7.10851° E100.46653°
Map Links  : https://goo.gl/maps/5guZQYGV5kY3NDYJA

Mengunjungi sebuah jambatan gantung bersejarah yang berusia lebih dari 100 tahun. Jambatan ini dibina di era pemerintahan King Rama V semasa beliau melawat Songkhla. Jambatan sepanjang ± 50 meter yang merentangi Khlong U-Ta phao menghubungkan Daerah Bang Klam & Hat Yai District (menghubungkan dari Khu Tao Police Station ke Wat Khu Tao). Jambatan ini kelihatan reput beberapa kayu lantainya NAMUN aku mengambil risiko menitinya bagi mengambil ‘rasa’ dan sekurangnya aku dah melaluinya.

Manakala diseberang sana ada sebuah Wat, iaitu Wat Khu Tao (วัดคูเต่า) yang telah mendapat penganugerahan dari UNESCO dalam tahun 2011. Berkeluasan ±6 ekar dan adalah binaan bersejarah sejak era Ayutthaya

Ia terletak ± 15 km dari bandar Hadyai

Jambatan sepanjang lebih kurang 50 meter dan beberapa pelantar kayunya ada yang dah reput
Pelantar yang berusia 100 tahun
sebuah jambatan gantung berhampiran Balai Polis Khu Tao
Binaan batu yang baru untuk memperkukuh jambatan ini
Gerbang Pintu Masuk di sebelah Wat Khu Tao