Monday, December 23, 2019

Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 02

Tarikh       :  10/12/2019 
Misi           :  Rekreasi Di Tepian Tasik
Lokasi       :  Songkhla Thailand

Kami bermalam di Naitawan Resort (N7.05295° E100.47367°) sebuah resort yang harganya THB580 dan berjaya membujuk dan mendapat harga THB550. Penginapan ekonomi yang selesa dan berbaloi dengan harga yang dibayar.Tanjung di penghujung muara

Pantai Pak Bang Pantai Berpasir

หาดปากบางภูมี
Rattaphum, Khuan Niang District, Songkhla 90220, Thailand
Coordinate: N7.18470° E100.41686°
https://goo.gl/maps/MWiH7wnoVxK7Z8cT7

Selepas sarapan, kami bertolak menelusuri Khlong Hae dengan menelusuri jalan Songkhla 2042 dan Ro Po Cho Songkhla 5142 road dan jalan luar bandar. Kami sengaja mengikuti jalan ke kawasan pendalaman  menelusuri tebing Tasik Songkhla sambil mencari komuniti muslim yang ada dipesisiran tasik. Mencari tinggalan penduduk melayu kerajaan Singhora yang diasaskan oleh Dato' Monggol (Sultan Muzaffar) dari jawa pada abad ke17 (1603).

Singgah dihujung tanjung (muara khlong Phum) yang dikenali Pantai Pak Bang. Khlong Phum adalah sungai utama yang berpunca dari kawasan pergunungan dari tengah Songkhla lalu mengalir melalui daerah Rattaphum memasuki Tasik Songkhla. Dihujung tanjung ini ada pantai berpasir (bagaikan berada ditepi laut pulak) dengan ditumbuhi pokok bakau. Ia menjadi tempat rekreasi penduduk tempatan. Kami berjalan hingga ke hujung muara, menikmati keindahan alam yang sunyi lagi tenang sambil menyaksikan aktiviti perikanan penduduk tempatan dipagi hari.

Terdapat masyarakat muslim disini dan ada sebuah masjid yang menanda adanya syiar islam di sini.

Selepas mengisi minyak penuh kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke satu kawasan rekreasi baru dipinggiran tasik Songkhla. Memerhati aktiviti penduduk di pagi hari

Titi kayu di Tanah Bencah

Ao Tho - อ่าวทึง อ.ควนเนียง
Rattaphum, Khuan Niang District, Songkhla 90220, Thailand
 
Coordinate: N7.21099° E100.38748°
https://goo.gl/maps/7vUt64PgrX32JqAu5 

Kami mengunjungi ke satu kawasan bakau iaitu di Ao Tho, Tha Muang dimana penduduknya telah mendirikan sebuah jambatan kayu sejauh ±100 meter merentasi kawasan paya bakau sebagai salah satu tarikan (destinasi ecotourism)

Ia sudah 'sohor kini'. Pada setiap hujung minggu ramailah penduduk tempatan mengunjungi tempat ini dan akan ada penduduk menjual makanan tradisional. Secara tidak langsung dapat meningkat pendapatan dan mencukupkan dana mereka untuk memanjangkan lagi jambatan ini. Bayaran masuk ? .. Entah masa kami sampai, tiada sesiapa disini.

ada pondok rehat di pelantar kayu ini pelantar kayu sejauh lebih dari 100 meter. Ia akan disambung lagi Kami juga mengunjungi sebuah sekolah kayu lama yang bina oleh sami yang meneroka kawasan ini dalam tahun 1963. Sekolah ini kelihatan uzor dan sebab itu ia ditinggalkan kerana membahayakan anak murid. Sekolah baru juga dibina berhampiran, namun juga tidak digunakan kerana kurangnya murid disini.


Sekolah ini didirikan oleh Sami yang meneroka kawasan ini

Tahun 1963

Sebuah perigi lama

Bahagian dalam bangunan yang kelihatan usang. Kayu-kayu ini juga ada yang telah diambil oleh penduduk sekitar

Sekolah baru yang dibina juga tidak digunakan

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hadyai: Memburu Café Hipster
02. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 01
03. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 02    
04. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 03

No comments:

Post a Comment