Showing posts with label Songkhla. Show all posts
Showing posts with label Songkhla. Show all posts

Friday, February 24, 2023

Songkhla: Livong – Swiss At Chana

Tarikh  :  24 Februari 2023
Lokasi  :  Chana – Na Thap – Songkhl     
Koordinat :https://goo.gl/maps/eAy7uaXiGBEXX7EY7


Hari ini, kami memasuki Thailand melalui pintu masuk Durian Burong. Walau cuti sekolah kini, namun, pagi ini, tidak ramai yang memasuki Thailand melalui pintu masuk ini.


Hampir 3 tahun  kami tidak mengunjungi daerah ini. Kelihatan infrastruktur sedang giat dijalankan, jalanraya 2 hala sedang dinaiktaraf. Kami terus ke pekan Nathawi untuk topup Simcard dan kemudian ronda pekan tersebut  mencari tempat sarapan yang sesuai. Berhampiran mercu tanda Na Thawi, kami singgah ke sebuah kedai makan milik En. Romlee. Beliau menegurku dan kami berbual  mengenai Thailand dan Malaysia. Kebetulan isteri beliau(Puan Rohani) juga menjalankan perniagaan makanan seperti nasi kerabu, pulut ayam dan Khaomok. Isteri beliau juga rupanya seorang  Pharmacist yang membuka kedai Farmasi bersebelahan. Beliau memperkenalkan kepada kami ubat gigi kayu sugi buatan sendiri kepada kami.

Coordinate: https://maps.app.goo.gl/y9uMivWRzY3marsQ6



Kami meneruskan perjalanan lebihkurang 12km ke arah Timur Laut ke arah Tha Mo Sai untuk ke sebuah rekreasi yang kini sedang trending iaitu Livong. Digelar Livong, Swizerland at Chana, kerana suasana berkabusnya terutama diwaktu pagi  berlatarkan tasik, bukit bukau dan dikellilingi oleh pokok pines, menjadikan ia seakan Swiss


Kawasan ini asalnya adalah tinggalan lombong lama. Dibaikpulih, ditanam semula dengan getah dan pokok pines (rhu)  dalam tahun 1978.

Bayaran masuk dikenakan sebanyak THB 50 seorang. Terdapat pelbagai kemudahan asas disediakan seperti letrik, tandas, camping site, kawasan berjual beli dan lain-lain lagi. Untuk tapak khemah, sewaan sebanyak THB150 seorang dikenakan.

… bersambung

Sunday, February 16, 2020

Mekar Bunga Matahari Di Sadao

Tarikh      :  04/02/2020    
Sadao, Sadao District, Songkhla 90120, Thailand   
Coordinate:  N6.645501° E100.419649°
https://goo.gl/maps/3o1XDhC2naoJeZQ2A

Bunga matahari memerlukan sinar matahari yang banyak untuk berkembang dan tumbuh dengan baik. Oleh itu ia serasi kepada iklim tropika untuk hidup subur, MAKA tidak hairanlah  bunga matahari kini sudah mula ditanam untuk tarikan pelancongan di bahagian Selatan Thailand.   Khao Thanan, Satun sudahpun tular (KLIK – kunjunganku ke situ), namun di Sadao pun sudah ada ladang/kebun matahari yang kini sedang TRENDING.

Ladang ini terletak ditepi laluan utama 1008 dan berhadapan dengan stadium Sadao (Thetsaban Tambon Sadao Stadium). ± 1.5 km ke utara dari Rincha Rotee (KLIK) atau simpang empat Islamic Bamrung-Padang Besar.

Dengan keluasan ± 1 rai atau 0.4 ekar dengan bunga yang sedang mekar ketika kami datang. Bunga-bunga yang sebesar muka manusia (25 - 30 cm diameter ) kelihatan kembang mekar terutama diawal pagi. Selepas kembang penuh, bunga matahari bertahan kembang selama ± 2 minggu. Pastinya tempat ini akan menjadi satu tarikan pelancong.

Kawasan ini dimajukan sebagai salah satu tarikan pelancong ke Sadao dan dirasmikan oleh Sadao mayor , Mr. Sumet Sasithorn pada hujung Januari 2020 lalu. Perancangan untuk meluaskan lagi tanaman bunga matahari ini sehingga 6 rai (2 ekar).

Disamping itu bersebelahan ladang ini terdapat sebuah pelantar kayu sejauh ±100 meter yang dibina merentas sawah padi dan kebun getah. Buat masa sekarang TIADA sebarang bayaran dikenakan untuk ke sini.

Saturday, December 28, 2019

Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 03

Tarikh : 10/12/2019
Misi     :
Lokasi : Phatthalung/Songkhla, Thailand
Resort Terpencil Yang Cantik Di Tasik Songkhla
เขาชัน รีสอร์ต Khaochan Resort
1 หมู่ที่ 7 Ko Mak, Pak Phayun District, Phatthalung 93120, Thailand
Coordinate: N7.43038° E100.33471°
https://maps.app.goo.gl/kQN2r3z9swk3DuhLA
Dari Ao Tho, kami menuju ke arah Pak Phayun dengan mengambil jalan tepian tasik Songkhla. Menelusuri laluan pendalaman sambil singgah dibeberapa lokasi menarik dan bergambar di beberapa ‘Yor’ (Tangkul besar) yang terdapat dipinggiran tasik.
Kami singgah di pekan Pak Phayun untuk melapik perut dan membeli bekalan makanan malam sebelum ke Khaochan resort. Aku sudah beberapa kali ke Pak Phayun (sering bertouring basikal  ke sini sekitar 2012 – 2014) dan suka sangat suasana di Pak Phayun. Mungkin salah satu tarikan kepada ku ialah  Pulut Ayam Bang Mat (N7.35284° E100.32705°) memang sedap…. Seperti pulut ayam lain – keistimewaan pulut ayam bang mad adalah pada bawang goreng dan kerak ayamnya yang rangup. Juga pada Khanom Jeen TomSup dan seafood somtam + telur masin.
Bang Mad dan isterinya. Kalau ke sini bolehlah cuba pulut ayam mereka. Bang Mat  boleh cakap Jawi (melayu) kerana dia berasal dari Yala manakala isterinya tidak boleh bertutur dengan baik.
Usai makan tengahari, kami bertolak ke Khaochan Resort yang terletak ± 20km ke utara Pekan Pak Phayun. Resort ini terletak di atas pulau di dalam Tasik Songkhla iaitu Ko Mak. Sebuah resort bertaraf 3 bintang. Kami meninjau resort ini dan TIDAK BERCADANG untuk bermalam kerana agak terpencil dan tersangatlah sunyi. Hanya ada 3 orang pekerja yang sedang membersihkan kawasan dan mungkin malam nanti hanya kami berdua sahaja disini. Jauh pulak bagai dihujung dunia, sunyi gila
Sebenarnya kami ingin ke Ko Si - Ko Ha. Gugusan pulau di dalam tasik Songkhla. Aku ingin meninjau gua-gua sarang burung layang-layang (dikatakan sarang burung disini adalah yang terbaik di Thailand) dan seterusnya ingin melihat inskripsi monogram oleh King Chulalongkorn, Rama V, di satu tebing yang digelar Napha Thewada (Angel Cliffs) dan beberapa perkara lagi.
Memandangkan tiada orang yang dapat membawa kami ke situ maka, aku terpaksa mengubah perancanganku ke daerah Sathing Pra. Insyaallah aku akan datang lagi untuk ke Ko Si Ko Ha
Hulk di Rekreasi Bendang

เดอะฮัค ในฉาง บ้านป่าขวาง รำแดง The Hulk
Lam Daeng, Singhanakhon District, Songkhla 90330, Thailand

Coordinate: N7.32027° E100.47068°

https://maps.app.goo.gl/HWe7ynThrgEmLjRb9

Selepas membatalkan hasrat untuk bermalam di Khaochan lagipun masa  masih panjang, maka kami mengambil keputusan menuju ke Sathing Pra ± 24km ke Tenggara Pak Phayun.
Menelusuri jalan yang cantik dengan pemandangan sawah padi yang menghijau sungguh menenangkan jiwa. Kami  ke Ban Pa Kwang yang terdapat sebuah kawasan yang dimajukan dengan pelbagai pot selfie disamping tanaman padi. Kawasan seluas ± 8 ekar atau 20 rai dibangunkan untuk tarikan pelancong ke sini dengan patong Hulk sebagai tarikan utama. Patung dari jerami setinggi ± 10 meter bina antara sea coconut tree sambil memegang buah kelapa laut (mungkin landmark) yang banyak tumbuh dikawasan ini.
Ia mula beroperasi pada 12 Ogos 2019 lalu. Ada sedikit bayaran dikenakan iaitu THB 20 untuk penyelenggaraan kawasan.
Bergambar  bersama patung Nang talung (หนังตะลุง) @ Wayang kulit
Ada buaian dan pelantar kayu merentas sawah padi
Bermalam & Sarapan Di Songkhla

Selepas itu kami mencari hotel dan bermalam di Paan Resort (N7.16529° E100.58513°) yang terletak ± 5km dari pekan Songkhla. Resort setingkat yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan THB500.

Awal paginya esoknya kami menuju ke pekan Songkhla untuk mencari makanan halal dan ingin mencari kelainan dan  tidak tertumpu kepada kedai yang sama. Kami ke Malisa Roti Café, (N7.19186° E100.59446°) kedai yang agak popular dikalangan penduduk tempatan. Menu istimewanya adalah roti canai, roti arab, nasi kerabu dan lain-lain lagi. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 5:00 - 15:00 dan kemudian dibuka semula dari jam 16:30 - 23:00

Malisa Roti Café @ โรตีมาลีซ่า ชาชักโคกกลอย สาขา 3
Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

https://maps.app.goo.gl/JrXVAeYZtc1eURCo6
Jambatan Buluh @ BorGeng Pavilion

บ่อเก๋ง BorGeng Pavilion

Lam Daeng, Singhanakhon District, Songkhla 90330, Thailand
Coordinate: N7.20501° E100.57593°
 

https://goo.gl/maps/eZwphqrzJchvUonYA

Pintu Gerbang bersejarah
Usai sarapan, kami ke suatu situs sejarah iaitu BorGeng Pavillion berdekatan dengan feri di Singhanakhon (± km). Disini kelihatan satu pintu gerbang lama dan sejarahnya bermula selepas kejatuhan pusat pemerintahan kerajaan Singhora di muara masuk Tasik Songkhla/Laut, penduduk mula berpindah ke seberang (kota terkini). BorGeng Pavillion adalah binaan bersejarah yang dikatakan adalah benteng kawalan keselamatan kepada bandar Songkhla diseberang. Binaan ini dibuat dari batu merah seperti kota pertahan Singhora di Khao Daeng. Ia dipengaruhi oleh senibina Siam/China. Di sini juga terdapat telaga air tawar. Pihak kerajaan Thai telah mengistiharkan binaan ini sebagai Tapak Sejarah pada 22 Januari 1999.
Sebagai usaha menarik pelancong dan memperkenalkan sejarah, jambatan buluh dari gerbang ke tasik dibina. Disini juga terdapat sebuah struktur buluh yang direka oleh artis (supernormal studio) yang dinamakan HUA KAO PAVILLION - Ia sebagai lambang perubahan masa: Dari Singhora Ke Songkhla, Dari Bo Suan Ke Bo Yang.
HUA KAO PAVILLION
Pelantar buluh dicelah hutan bakau
kemudian kami ronda ke satu pelantar batu berdekatan perkampungan nelayan – Jambatan ini dikenali sebagai Saphan Cheum rak (The Bridge of Love ) sepanjang ± 300 meter
Dari jambatan cinta, nampak sebuah binaan di atas bukit berdekatan. Aku amati dan terus menuju kesana. Rupanya ia adalah rumah peribadi seseorang yang berpengaruh. Sempat bergambar dari rumahnya. Dari perkarangan rumahnya nampak tasik dan Tinsulanonda Bridge  ke Koh Yor.
Nasi Daging  paling sedap di dunia @ Sadao.(inilah nasi daging yang paling sedarp pernah aku rasai) Makan nasi saja pun dah sedap. Dahla sedap, murah pulak tu (cuma THB40 – daging tempatan)
  

Monday, December 23, 2019

Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 02

Tarikh       :  10/12/2019 
Misi           :  Rekreasi Di Tepian Tasik
Lokasi       :  Songkhla Thailand

Kami bermalam di Naitawan Resort (N7.05295° E100.47367°) sebuah resort yang harganya THB580 dan berjaya membujuk dan mendapat harga THB550. Penginapan ekonomi yang selesa dan berbaloi dengan harga yang dibayar.Tanjung di penghujung muara

Pantai Pak Bang Pantai Berpasir

หาดปากบางภูมี
Rattaphum, Khuan Niang District, Songkhla 90220, Thailand
Coordinate: N7.18470° E100.41686°
https://goo.gl/maps/MWiH7wnoVxK7Z8cT7

Selepas sarapan, kami bertolak menelusuri Khlong Hae dengan menelusuri jalan Songkhla 2042 dan Ro Po Cho Songkhla 5142 road dan jalan luar bandar. Kami sengaja mengikuti jalan ke kawasan pendalaman  menelusuri tebing Tasik Songkhla sambil mencari komuniti muslim yang ada dipesisiran tasik. Mencari tinggalan penduduk melayu kerajaan Singhora yang diasaskan oleh Dato' Monggol (Sultan Muzaffar) dari jawa pada abad ke17 (1603).

Singgah dihujung tanjung (muara khlong Phum) yang dikenali Pantai Pak Bang. Khlong Phum adalah sungai utama yang berpunca dari kawasan pergunungan dari tengah Songkhla lalu mengalir melalui daerah Rattaphum memasuki Tasik Songkhla. Dihujung tanjung ini ada pantai berpasir (bagaikan berada ditepi laut pulak) dengan ditumbuhi pokok bakau. Ia menjadi tempat rekreasi penduduk tempatan. Kami berjalan hingga ke hujung muara, menikmati keindahan alam yang sunyi lagi tenang sambil menyaksikan aktiviti perikanan penduduk tempatan dipagi hari.

Terdapat masyarakat muslim disini dan ada sebuah masjid yang menanda adanya syiar islam di sini.

Selepas mengisi minyak penuh kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke satu kawasan rekreasi baru dipinggiran tasik Songkhla. Memerhati aktiviti penduduk di pagi hari

Titi kayu di Tanah Bencah

Ao Tho - อ่าวทึง อ.ควนเนียง
Rattaphum, Khuan Niang District, Songkhla 90220, Thailand
 
Coordinate: N7.21099° E100.38748°
https://goo.gl/maps/7vUt64PgrX32JqAu5 

Kami mengunjungi ke satu kawasan bakau iaitu di Ao Tho, Tha Muang dimana penduduknya telah mendirikan sebuah jambatan kayu sejauh ±100 meter merentasi kawasan paya bakau sebagai salah satu tarikan (destinasi ecotourism)

Ia sudah 'sohor kini'. Pada setiap hujung minggu ramailah penduduk tempatan mengunjungi tempat ini dan akan ada penduduk menjual makanan tradisional. Secara tidak langsung dapat meningkat pendapatan dan mencukupkan dana mereka untuk memanjangkan lagi jambatan ini. Bayaran masuk ? .. Entah masa kami sampai, tiada sesiapa disini.

ada pondok rehat di pelantar kayu ini pelantar kayu sejauh lebih dari 100 meter. Ia akan disambung lagi Kami juga mengunjungi sebuah sekolah kayu lama yang bina oleh sami yang meneroka kawasan ini dalam tahun 1963. Sekolah ini kelihatan uzor dan sebab itu ia ditinggalkan kerana membahayakan anak murid. Sekolah baru juga dibina berhampiran, namun juga tidak digunakan kerana kurangnya murid disini.


Sekolah ini didirikan oleh Sami yang meneroka kawasan ini

Tahun 1963

Sebuah perigi lama

Bahagian dalam bangunan yang kelihatan usang. Kayu-kayu ini juga ada yang telah diambil oleh penduduk sekitar

Sekolah baru yang dibina juga tidak digunakan

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hadyai: Memburu Café Hipster
02. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 01
03. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 02    
04. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 03