Showing posts with label Kenderaan. Show all posts
Showing posts with label Kenderaan. Show all posts

Friday, September 25, 2020

My 1st Folding Bike (FB): Menambah Koleksi Hobi

VBlog Foogie Sim telah merubah minatku ke arah basikal ‘katik’ pula. Dengan menyoroti kisah  beliau yang berkembara mengelilingi KL bersama  isterinya  dengan menaiki tren aliran ringan (LRT) telah memberi idea kepadaku untuk mencuba kembara berbasikal bersama isteri menuju destinasi pilihan.

Dengan semua negara didunia  menyekat perjalanan masuk dan keluar ekoran pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini, menyebabkan perancangan kembara ke luar negara kami ditangguhkan. Aku perlu mencari sebuah basikal yang kecil, ringan dan menjadikan perjalanan lebih menjimatkan dan mudah diusung ke mana sahaja di dalam negara.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran yang dilaksanakan di daerah Kota Setar, Kedah dari 11 – 25 September 2020 membuat aku semakin rimas dan sepanjang tempoh tersebut,  aku membuat reseach mengenai FB yang bersesuaian dan akhirnya (25/09/2020) aku memiliki sebuah FB (2nd) Model KHS F20-T3.

(RM2.8K)

Model  buatan Taiwan berDNA Amerika seberat 11.6kg memiliki spesifikasi seperti berikut: -

  • Frame: Reynolds 500 CrMo - chromium-molybdenum steel (with three-dimensional embossed characters)
  • Rear shock absorber: "Non-rebound" atau Soft Tail direkabentuk oleh American Power Tools
  • Handlebar: Power Tools
  • Crankset: Tripple chainring 52/42/30t
  • Shifters: Shimano Altus 3x9
  • Derailleur, Front: Microshift
  • Rear Derailleur : Shimano 105
  • Cassette: SRAM PG-950/9 Speed
  • Brakes: Tektro V-Brake
  • Pedals: Power Tools
  • Rims: KHS QUASAR 406
  • Tires: 20″ × 1.35″
  • Saddle : KHS original
  • Front Rack & Pannier : Topeak
IMG_20201114_083615

Dengan frame Chromoly menjadikan kayuhanku tampak lebih stabil, mudah ditunggangi terutama semasa pendakian dan perjalanan jarak jauh (touring). Sistem suspensi belakang yang ada padanya bukan sahaja menyerap hentakan, mengurangkan geseran dan menjadikan brek  berfungsi dengan lebih cekap dan stabil bahkan menjadikan mudah bagiku meranduk laluan offroad.

Demikian kisahnya.

20201106_080159

Friday, March 22, 2013

Nexo: Air Panaih Vs Air Sejuk Gathering

Tarikh  :  15 & 16 Mac 2013          
Peserta: 19 Orang 
Lokasi  : Ulu Legong & Lata Bayu, Baling, Kedah, Malaysia

Coordinate: N5° 49.008 E100° 56.165

Kisah Raja Bersiong yang  diceritakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Rundingan Damai Baling 1955 (antara Tunku Abdul Rahman dan Chin Peng), Peristiwa Memali tahun 1985 telah menonjol nama Baling dalam persada negara suatu ketika dahulu. Kini kolam air panas di Ulu Legong yang dikatakan yang terbesar(3.4 hektar) dan beroperasi 24 jam menjadi salah satu tarikan di Baling.

Aku pernah ke sini pada tahun 2012  (Klik SINI untuk catatan lalu) dan tahun ini aku kembali lagi ke Ulu Lengong, kali ini bukan sekadar untuk berendam di air panas sahaja tetapi  di air sejuk juga Kunjunganku juga untuk memeriahkan acara perhimpunan keluarga Northern Exora Owner's Club (4439/2011) (NEXO) . Acara yang dihadiri oleh 19 exorian yang diselitkan dengan beberapa aktiviti yang menarik seperti mandi air panas/sejuk, BBQ, treasure hunt dan lain-lain aktiviti kekeluargaan. Acara yang dikenali sebagai “AIR PANAIH VS AIR SEJUK” dikendalikan oleh bro Suhimi b Ahmad (Nexo 71).

Aku kali ini menginap di Poolview chalet dan check in lebih awal iaitu pada jam 5.00 petang. Peserta lain datang secara berkonvoi dan check-in pada jam 11.00 malam. Ada juga peserta yang membawa khemah dan pastinya kesempatan berendam didalam kolam air panas dan ‘bergebang’ sehingga ke awal pagi.

Pagi besoknya jam 8.30 pagi kami bekonvoi ke Lata Bayu (N5° 43.044 E100° 48.839) untuk berendam di air sejuk pula disamping menjalani aktiviti yang dirancang.

Sesungguhnya aktiviti kekeluargaan seperti ini amat bermakna kerana dapat mengerat hubungan sesama ahli. Jutaan Terima Kasih kepada saudara Suhimi dan lain-lain ahli yang bertungkus lumus menjayakan acara ini.

Lagi gambar di FACEBOOK

Di Rekreasi Ayer Panas Ulu Legong, Baling. Aku mendaftar awal manakala lain-lain peserta tiba pada jam 11.00 malam. Ada yang memasang khemah berdekatan kolam air panas.

Bayaran masuk RM3.00(dewasa) dan RM1.00 (Kanak-kanak). Sewa Tapak Khemah RM6.00. Chalet dari RM

Menikmati kehangatan SPA semulajadi.

Terdapat 5 kolam air panas disini. Satu kolam UTAMA menjadi sumber air panas, 2 kolam mandian dewasa dan selebihnya kolam mandian kanak-kanak. Biasanya selepas jam 10.00 kolam disini akan dipenuhi dengan pengunjung dari seluruh pelusuk negara.

Keluarga Nexo yang hadir

Nak mula Berkonvoi

Di Lata Bayu

Hidangan tengahari yang disediakan

Acara menyelam paling lama

Tempat kedua acara treasure hunt

Penyampaan hadiah & cabutan bertuah

Wednesday, August 08, 2012

Keretaku: Exora Baru Pilihan Hatiku

IMG_0632

Tarikh: 08/08/2012 = 19 Ramadhan 1433H

Setelah tidak sabar menunggu (3 bulan ooo) akhirnya hari ini salesman Proton menghubungiku menyatakan bahawa keretaku telah siap dan boleh diambil. Fuuuuuh!!

Aku mempunyai keluarga yang agak besar. Selalunya untuk perjalanan jauh atau ke Jamboree bersama keluarga, KIA Carnival menjadi pengangkutan rasmi. Tetapi apabila aku menghadapi ‘masalah’ semasa berkunjung ke Putrajaya tempohari, aku harus memikirkan semula untuk menggantikannya. Aku mencari MPV baru dalam lingkungan 100K dan senarai berikut menjadi pilihanku:-

1. Proton Ixora bold 1.6L Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) Premier/Prime

2. Nissan Grand Livina 1.6 A/T

3. Toyota Avanza/Inova

4. Cherry Eastar

Aku membuat sedikit survey berkaitan kereta ini disamping memandu ujinya. Namun setelah aku memandu uji Exora Bold yang dilengkapi enjin CFE 1.6L ini, aku dapat merasakan bagaimana enjutan dari kuasanya, maka terus sahaja booking kereta ini. Bukan sahaja aku berpuashati dengan prestasi enjinnya, Ia menawarkan gaya yang eksklusif lagi elegan ( ciri-ciri baru yang lebih cool) seperti dashboard yang lebih kemas dan menarik (rekabentuk moden), ruang dalaman yang luas, CVT transmission, sistem suspension dengan pengendalian ala Lotus(cewah), mudah mendapatkan alat ganti dan yang penting aku menyokong industri kereta nasional (heh heh).

Sesuai dengan taglinenya More Power, More Style. Space is a bonus !

IMG_0637

Keluarga 5511

IMG_9164

07/05/2012: Booking No dahulu baharu mencari keretanya

Wednesday, December 22, 2010

Volkswagen: DAS AUTO

VW’s new Tagline:  DAS AUTO ( in English The Car)
Ini adalah model Austalian Country Buggy
Dalam tahun 1967 volkswagen Australasia Ltd telah memulakan projek utk mereka bentuk kenderaan (a jeep type vehicle) yg bersesuai dgn rupabumi Australia. Mula dikeluarkan pada tahun 1967 dan dilengkapi dgn enjin VW 1300cc.
VW buggy ini tidak banyak dikeluarkan dan menurut rekod ± 1956 unit sahaja dikeluarkan. Ianya hanya diexport ke beberapa buah negara sahaja spt Philipphines (dikenali sbg "Sasakyan" ), Singapore dan NZ, oleh itu ia akan menjadi satu kenderaan yg sukar dijumpai kini.
Air cond tak diperlukan, tapi jangan sesekali pasang komponen radio yg mahal - utk elakkan dari pendengar tegar menumpang dan mendapatkan hakmilik padanya. Seriyau juga nak parking merata tempat - takut kena kebas ni .. dah la takdak alarm
Kereta utk menikmati limpahan cahaya suria dan titisan hujan(kalau tak pasang bumbung la).
 
Jangan terkeliru dgn Volkswagen Kübelwagen ini (Kübelsitzwagen, meaning "bucket seatcar"). Penulis rasa ia tidak terdapat di Malaysia. Ianya direka oleh Ferdinand Porsche dan digunakan secara meluas oleh Jerman semasa Perang Dunia ke-2 
Combi atau Type 2(generasi ke 2 – diperkenalkan pada tahun 1967). Sangat popular zaman Hippies dahulu. Rasanya keluaran akhir tahun 60an atau awal 70an. Penulis pernah naik model ini rombongan ke Pahang pada tahun 1971 utk majlis perkahwinan Pak Menakan.
97a0a8b9b91b4a4b974a1d3071f769b0_p
VW microbus concept – kelahiran semula combi(takdak la di Malaysia )
 
Apakah ini porshe atau VW ? Aku semasa di zaman remaja. Bersama Nikon SLR FM1. Hampir semua event aku pasti ada. Lokasi: Jalan Kolam Air: Dibelakang sana adalah perpustakaan lama sebelum terdirinya bangunan baru (Gambar tahun 1990)

Wednesday, June 02, 2010

Honda Chaly - Motosikal Comel

Motosikal jenama honda, CF 50 "CHALY" keluaran tahun 1972 dilengkapi enjin berkapasiti 50 cc dgn versi enjin single overhead camshaft, automatik clucth dgn 4 speed transmission dan beratnya cuma +-70kg sahaja.. ada juga keluaran tahun yg sama(1972) Honda CF 70 Chaly yg semestinya enjinnya yg berkuasa 70 cc

Motosikal ini dirakamkan di sebuah kedai di Klong Ngae pemiliknya ialah Mr. Kobin, beliau berpengalaman merestorasikan motosikal2 antik.

Tampak Belakang - sisi

Tuesday, May 25, 2010

Ruby Mini Cycle

Awal 70 an .. basikal mini diperkenalkan. Cerita ultraman mempopularkan lagi basikal ini. 

Sebuah basikal yang dihias dgn. rambu-rambu di hujung kedua gripnya. Talian brek dihiasi dgn gelungan plastik yg berwarna menjadikan basikal tampak ranggi. Dan yg uniknya bunyi brek belakangnya yg mencerit nyaring.

Basikal mini ini dibeli oleh bapaku dalam tahun 1972/1973 sbg hadiah kpd abangku yang berjaya di dalam peperiksaan penilaian darjah 5 yg membolehkan dia memasuki asrama penuh(Sek. Men. Sultan Abdul Halim, Jenan). Basikal itu seterusnya menjadi milikku dan digunakan utk berulang ke sekolah, pasar dan kedai atas arahan ibuku.

65% masih lagi dalam keadaan asal, frame yg asal dgn logonya

Peti rantai - aku menggantikan dgn jenis terbuka bagi memudahkan rantai yg sering jatuh diperbetulkan, disamping mengelakan kotoran yg melekat di peti tsb

Yang penting breknya ... bunyi menceritnya dah kurang

No. sirinya ..(no. pendaftaran - ditulis di dalam gerannya)

Wednesday, May 05, 2010

Kereta Klasik - Nostalgia Menarik

MORRIS MAGIC

Cecil Kimber was Sales Manager at Morris Garages working for William Morris back in 1921. He moved into design and then into full production of cars of his design. By 1924, the cars were simply called MGs, and are still today after a whole series of owners. The early cars were called Midgets up through the TD. Then came the MGA in 1955, the Midget MK I in 1961 and the MGB in 1962. The MGC in 1967. British Leyland took over ownership in the 1970s and then went out of business in 1980. The company was resurrected in 1990 and is still going today.

Kebetulan terserempak dgn kereta ini di suatu bengkel di Mergong.

Ini adalah kereta MG yg didaftarkan sekitar tahun 1966. Pemilik kereta ini tinggal di Taman Golf. Dahulu aku sering melihat MG merah di Lubuk Pinang, Ayer Hitam, Kedah. mungkin kereta ini kot (& Mungkin kini sudah bertukar tangan?)

aku rasa ini adalah1965 MGB ROADSTER berenjin 1800 cc Four with twin SU carbs.

Mengimbau kembali ke zaman bujang dahulu sekitar akhir 80an/awal 90an .. aku dan Nikon FM2 ku akan sentiasa ke setiap event sekitar Alor Setar ...

Di perarakan kereta berhias sempena Keputeraan KDYMM Sultan Kedah kali ke XX(tak ingat) ..kereta MG juga

LAYAN......JER

Mungkinkah MGB GT COUPE ? .. pameran di tapak city plaza sekarang

Apakah ini British classic, the MG TD, yg popular sekitar tahun 1950

Kereta MG TA milik KDYMM Tuanku Sultan Kedah ..antikkkk

Lokasi pameran: PArking lot ..kini sudah terdirinya Holiday Villa di atas tapak tsb. Lihatlah dibelakangnya..Stadium Syed Omar masih teguh di situ.

ISH SYOKKK WAKTU TERSEBUT .. Boleh kata meriahlah setiap kali perayaan hari keputeraan KDYMM Tuanku Sultan... dan aku .. ??

Tungguuuu .. imej-imej nostalgiaku