Lokasi: Pusat Rekresasi Air Panas, Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah Darul Aman
Coordinate: N05 48.997 E100 56.153
Kolam air panas adalah terhasil dari tindakbalas sulfur dalam tanah. Kandungan belerangnya yang tinggi dengan pelbagai mineral mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kulit, mengurangkan tekanan, menghilangkan lenguh-lenguh badan dan lain-lain lagi (Insyaallah: jika berendam di dalam kolam ini).
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Utara. Terletak di Mukim Siong yang jaraknya ± 21km dari pekan Baling. Ianya diselia dan diurus oleh Majlis Daerah Baling (MDB). Mula beroperasi sejak tahun 1998 dan sangat unik kerana adalah satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia..
Pihak Pengurusan menawarkan kemudahan penginapan yang selesa . Enam buah calet dan lapan buah dormitori yang berhawa dingin menanti pengunjung untuk disewa. Masing-masing mempunyai kemudahan bilik mandi, tandas dan tempat membasuh. Calet VVIP ditawarkan pada harga RM350 untuk dua hari satu malam, manakala kadar sewa lain berharga di antara RM100 hingga RM200 untuk tempoh inap yang sama. Disamping itu pelbagai kemudahan asas turut disediakan kepada pengunjung.
Kadar bayaran masuk adalah RM4.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak
Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi:-
Majlis Daerah Baling Tel: 604 - 470 1800 Fax: 604 – 470 1580 | Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Tel: 604 – 472 1468 HP : 013 – 472 0255 |
http://www.mdbalingtourism.gov.my/
Fuhh Berasap….. Pengunjung semakin ramai mulai jam 11.00 malam dan berterusan sehingga ke pagi.
Kolam utama: Suhunya 49 ‘C PH8.4. Pengunjung tidak dibenarkan mandi kerana suhunya sangat panas. Kini ia dipagar
Pada sebelah pagi, kolam akan dicuci
Awal pagi masih ada pengunjung yang mandi bahkan ada yang berkemah
Antara kemudahan yang disediakan oleh MDB
No comments:
Post a Comment