Tarikh: 12 - 13 Oktober 2012
Tempat : Lata Gading, Ulu Legong, Baling, Kedah
Tujuan : Kursus Pemantapan Pasukan(Team Building) Siri 2/2012
Seramai 24 orang kakitangan organisasiku dari pelbagai unit menyertai Kursus Pemantapan Pasukan. Tujuan kursus untuk membina satu pasukan yang mantap dengan mengukuhkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama.
Kelainan kali ini dengan mengurangkan keselesaan dari kebiasaan. Pasukan diberi penginapan di dorm (bukannya hotel) dan perlu memasak dan menyediakan sendiri makanan sepanjang kursus. Tiga sesi aktiviti dilaksanakan iaitu “Persediaan”, “Pelaksanaan” dan “Menikmati/Merasai”.
Acara kemuncak dan menarik adalah rentas hutan(jungle trekking). Peserta dibawa meredah denai memanjat bukit di hutan simpanan Ulu Muda menuju ke Lata Gading. Laluan cantik yang dipenohi dengan flora dan fauna, meredah anak sungai sambil mandi-manda. Cabaran kepada keberanian dan kecekalan (NAH! .. hampir semua peserta di’ketit’ pacat). Aktiviti ini tidaklah terlalu berat dan santai sesuai dengan kelompok kami yang terdiri dari pelbagai usia dan jantina.
Kumpulan memasak
Antara kaedah membakar secara moden & tradisional
Yummy: sotong bakaq, daging, kambing dlll lagi
Regangan
Meredah hutan
Meranduk sungai (semangat saling membantu)
Deruan air terjun mendamaikan jiwa
BENGANG? ..
Water Therapy …menyejuk badan, menyegar minda
Meredah Sungai angkat
No comments:
Post a Comment