Thursday, October 11, 2012

Perubatan Alternatif: Tabib Urut Satu Jari

IMG_2049

Lokasi: Kampung Tok Sadu, Mukim Derga, Kedah Darul  Aman
Coordinate: N06 04.089 E100 24.376

Sistem saraf yang teratur dapat melancarkan perjalanan darah`. Sekiranya ia  ‘tersekat’ akan menjadi  punca seseorang itu merasa lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit di bahagian tertentu pada badan. Insyaallah ianya boleh dipulihkan melalui kaedah mengurut.

Salah seorang yang menawarkan perkhidmatan mengurut ialah En. Mohd. Zain Bin Lat (62 Tahun) atau lebih  mesra dikenali sebagai Pak Lang Md Zin. Keunikkan beliau mengurut dengan menggunakan satu jari bagi menekan ‘point’ tertentu dan ‘memasukkan’ kembali urat pada kedudukkannya. Sekiranya urat tidak berada pada kedudukkan, kesakitan akan terasa apabila di ‘tekan’ dan sakit akan hilang bila urat sudah  ‘masuk’ bahkan tidak lagi sakit bila di tekan di point tersebut. Pak Lang Mat Zain berpengalaman mengurut sejak 40 tahun lalu. Ilmunya diperolehi dari ibu dan neneknya yang merupakan seorang bidan. Kebolehan mengurut kaedah ini dipelajari dari orang ‘Petani’ yang pernah tinggal dengannya.

Ramai sudah pesakit dari seluruh pelusuk negeri yang datang mendapatkan rawatan darinya. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran (Ikhlas memberi). Beliau juga ada menjual ubat-ubat tradisional lainnya. Aku agak serasi dengan kaedah  ini, setiap 4 – 6 bulan akan datang mengurut. Anda akan berada ‘lega’ selepas dipermasuk urat  TETAPI kesan tekanan akan terasa hampir sepanjang hari (bergantung kepada keadaan tubuh seseorang).

Beliau menjalankan perkhidmatan dirumahnya setiap hari dari jam 3.00 ptg – 10.00 malam. Seeloknya dibuat temujanji dengan  menghubunginya di No. 019-5442 287

PERHATIAN:  Pak Lang Mat Zain telah meninggal dunia pada  27/12/2018

IMG_2047-horz

Ikut Jalan Tok Keling. Masjid Tok Keling  dan sekolah sebagai ‘landmark’

IMG_2042-horz

Menyusur mini tar sejauh hampir 1km dan rumahnya di kampung yang kedua (sebelah matahari jatuh)

IMG_2051

Dengan satu jari beliau menekan

IMG_2053-horz

Pasti anda akan terangkat dan mengaduh kesakitan

IMG_2057

Tempat rawatannya yang dibina cantik & terbuka

6 comments:

  1. pernah p berubat..alhamdulilah lutut sy dah elok.

    ReplyDelete
  2. Innalilah. Moga ditempatkn dikalangan org2 beriman. InsyaAllah. Klu tuan da tmpt lain. Hampir serupa perubatan. Share lah dalam ni

    ReplyDelete
  3. Aruah Pak Lang memang terbaik..sy Dan suami kerap pergi dapatakan rawatan dari aruah tiap kali rasa sakit2 sendi
    Alfatihah PakLang. Semoga aruah dtempatkan brsama2 orang yg briman Aamiin

    ReplyDelete