Sunday, September 29, 2019

Jeju: Day 04 - Enjoy Eco In Ecoland

Tarikh       :  23 Ogos 2019 - (4H 5M) 
Misi           :  Menelusuri Alam Semulajadi
Lokasi       :  1221-1 Daeheul-ri, Jocheon-eup, Jeju, South Korea.      
Coordinate : N33.44203° E126.667446°
Map Links  : https://goo.gl/maps/mC3y68zT5SXcLhNS6

Sebuah taman tema berasaskan alam semulajadi di kawasan hutan yang di kenali sebagai “Gotjawal” yang bermaksud Hutan, batu dan belukar dalam dialek Jeju.

Ia adalah Eco Land Theme Park yang terletak sejauh ±18km ke Tenggara Kota Jeju. Sebuah taman yang dibina di dalam kawasan ‘Gotjawal Ecosystem’. Satu kawasan hutan yang unik di Pulau Jeju yang terbentuk oleh lava yang meletus dari gunung berapi sejak ribuan tahun lalu. Sebuah kawasan seluas 991,735㎡ di kawasan hutan dara di Mt. Halla. Bertambah seronok boleh menaiki keretapi bak era abad 17 ‘steam powered Baldwin train’ (manufactured in UK) dengan menelusuri perjalanan sejauh 4.5km sambil menghayati rupabumi, pelbagai tumbuhan, haiwan dan serangga yang hidup di hutan misteri ini .

Kami ke sini pada jam 9:00 pagi dan menaiki keretapi pertama. Terdapat 5 hentian utama dengan tema yang berbeza seperti  Eco Bridge Station - yang terdapat tasik besar dan ada pelantar khas dibina merentasinya. Lake Side Station yang menjadi tempat pembiakan kuda dan terdapat juga padang rumput. Picnic Garden Station dan Lavender, Green Tea & Rose Garden Station – Yang terdapat European Garden yang menempat bunga-bungaan ros, teh hijau, lavender dan lain-lain lagi:

Taman ini dibuka setiap hari dari jam 08:30-17:30.

Don Quixote

Windmill

Stamp

Tumbuhan renek di tanah merah yang unik

Gotjawal Healing –  Boleh cuba menapak berkaki ayam, rasai penyembuhan alami

Hobbit -holes

The wisest of the Maiar, Gandalf

Lake Side Station

Kids’ Town

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Saturday, September 28, 2019

Jeju: Day 03 – Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill

Tarikh       :  22 Ogos 2019 - (4H 5M) 
Misi           :  Menikmati Teh & Bunga
Lokasi       :  Seogwangdawon, Jeju, South Korea.      
Coordinate : N33.30591° E126.28939°
Map Links  : https://goo.gl/maps/uZVT28GKFWAxywM17

O’sulloc Muzium terletak di Seogwangdawon ± 35km ke Barat Daya dari bandar Jeju. Ianya dibuka pada 1 September 2001, dan merupakan muzium teh pertama oleh Amore Pacific, Corp. (parent company of Innisfree). yang bertujuan untuk memperkenalkan budaya teh tradisional Korea disamping menanam sendiri teh. Dengan menggabungkan budaya dan resepi Timur dan Barat teh dan aneka makanan berasaskan teh dijual untuk dinikmati kepada pengunjung.

Di muzium ini kita dapat mempelajari melihat sejarah teh sejak era Goryeo dan Joseon lagi, melihat pameran, jenis-jenis teh dan budaya teh di seluruh dunia

Dihadapan bangunan ini kelihatan hamparan pokok teh yang luas dan penggunjung dibenar untuk masuk dan bergambar di ladang ini.

Tidak ada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini

Pot pengunjung bergambar

Camillia Hill 

Coordinate : N33.29083° E126.36992°
Map Links  :
https://goo.gl/maps/YA7rmg9tYj9BHPRH9 
Bayaran masuk KRW6,000

Selepas itu kami menuju ke Camillia Hill dimana ia terletak di Sangchang-ri, ± 12 km dari O’ Sullock Muzium. Ia adalah arboretum  pohon camellia. Berkeluasan ± 20 hektar dan menempatkan hampir 6,000 pohon camellia dan lebih 500 spesis tanaman lainnya yang didatangkan dari 80 negara. Pokok-pokok dibahagikan kepada zon tanaman pokok.

Lenguh berjalan dan keletihan menyebabkan kami memendekkan masa disini dan bersedia untuk segera balik ke hotel bagi merehatkan diri.

Ada kerusi rehat disediakan sepanjang laluan di dalam kawasan ini

pinus/pine adalah antara pohon yang aku suka

rumah tradisional Jeju juga ada disini

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Thursday, September 26, 2019

Jeju: Day 03 – Air Terjun Mainan Pari-Pari

…BERSAMBUNG

Tarikh       :  22 Ogos 2019 - (4H 5M) 
Misi           :  Mencari Air Terjun  Cheonjiyeon
Lokasi       :  Cheonji-dong, Seogwipo, South Korea.      
Coordinate : N33.24956° E126.55416°
Map Links  : https://maps.app.goo.gl/bREQEx25LrR4di418

Disamping pantainya yang indah, Jeju juga mempunyai air terjun yang indah, antaranya Cheonjiyeon Falls (천지연 폭포). Ia terletak di bahagian selatan pulau Jeju berhampiran kota Seogwipo. Cheonjiyeon yang bermaksud "kolam di mana langit dan bumi bertemu." Juga dikenali sebagai “God’s Pond” dimana dipercayai ia menjadi lokasi mainan “ 7 Bidadari”

Terdapat 3 air terjun di kawasan ini. Air terjun yang pertama ±200 meter dari kaunter tiket dan hanya kedapatan apabila hujan lebat. Air terjun kedua ± 300 meter dari yang pertama dan yang ketiga ±500 meter dari yang pertama. Sumber Air Terjun Cheonjiyeon adalah dari Somban Stream.

Kami menuju ke air terjun yang ketiga dimana ada tangga kayu yang membawa kami ke sini. Ia adalah setinggi ± 20 meter dan menjunam ke dalam kolam air seluas ±20m.

Air terjun ini berada dalam hutan sub tropika yang dipulihara dan diistiharkan sebagai Natural Monumen No. 738. Berada di kedua sisi sungai di lembah ini. Terdapat pokok pokok yang rare yang hanya terdapat di sini.

Penduduk juga telah membuat saliran sungai dari sini sejauh ±2km dengan mengorek batuan dari air terjun ini bagi mengairi penanaman padi mereka pada masa tersebut. Katanya ia mengairi kawasan seluas 231,000 m2 tanah gersang di Cheonjeyeon

Sebelum ke sini kami melintas Seonimgyo Bridge. Sebatang jambatan lengkung sepanjang 128 meter, selebar 4m dan setinggi 78 meter. Dikiri kanannya dihiasa dengan gambar 7 pari-pari.

Dipuncak Seonimgyo Bridge. Berhati-hati semasa disini kerana kecerunannya

Sisi Seonimgyo Bridge

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Monday, September 23, 2019

Jeju: Day 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli

… BERSAMBUNG

Tarikh       :  22 Ogos 2019 - (4H 5M) 
Misi           :  Menghayati Jusangjeolli Cliff
Lokasi       :  Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea.      
Coordinate :  N33.23684° E126.42536°
Map Links  :
https://goo.gl/maps/zJESNq1wzj3ZBpx56

Terbentang di sepanjang pantai sebelah selatan Pulau Jeju, terdapat sebidang pantai bertebing dengan batuan yang unik. Ianya adalah tebing menawan yang pasti menarik perhatian ramai pelancong, bukan sekadar pelancong malah ahli geologi. Pantai yang diberi nama Jusangjeolli Cliff. Tebing batu yang terbentuk bak satu karya seni dimana batuannya bagaikan dipahat membentuk tiang menegak dalam bentuk segi enam atau hexsagon. Batu-batuan ini menjulang setinggi 20 meter dan tebing ini terbentang sejauh 2 km

Jusangjeolli Cliff terhasil dari pertemuan lava gunung berapi Hallasan jutaan tahun yang lampau. Ia menguncup secara tiba-tiba apabila disejukkan dengan air laut lalu terbentuk formasi batu yang digelar Jungmun Daepo Haen Columnar-Jointed Lava (Jusangjeollidae).

Satu anugerah alam maka ianya di istiharkan sebagai Natural Monument No. 443 (12/27/04). Batu bersegi ini jika dilihat bagaikan tangga batu yang bertingkat.

Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak KRW 2,000 (dewasa) dan KRW 1,000 (Kanak - kanak dibuka dari 09:00-18:00. Selepas masuk kita akan melalui taman khas dan seterusnya ada laluan dan tangga kayu khas yang dibina mengarah ke tebing ini dan dipenghujung ada pelantar khas. Dari sini boleh melihat jelas tebing ini dan angin sangat kuat bertiup. Sesekali kita dapat melihat hentaman ombak memukul tebing sambil menghasilkan buih-buih putih yang menambah dramatik pantai/tebing ini.

Sebelum memasuki pintu masuk ke tebing ini

Pelantar kayu yang menghala ke geladak pandang

pandangan sisi lain

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Friday, September 20, 2019

Jeju: Day 02 - Damai Di Kampung Tradisional Seongeup

... BERSAMBUNG

Tarikh       :  21 Ogos 2019 - (4H 5M) 
Misi           :  Menyelinap Di Kampung Tradisional 
Lokasi       :  Seongeupjeonguihyeon, Jeju, South Korea
Coordinate :  N33.38664° E126.79965°
  
Map Links  : https://goo.gl/maps/NcpkAcDkpY8qu8R57 

       

Kami menuju ke sebuah perkampungan yang terletak di kaki Halla Mountain. Seongeup Folk Village adalah sebuah kampung tradisional yang kaya dengan pelbagai budaya turun temurun dan dipelihara dengan baik disamping mendapat bantuan pihak kerajaan.

Rumah yang berusia ± 600 tahun yang bumbung dibina dari jerami dan dikelilingi oleh pagar batu yang dibina dari batuan lava hitam ( porous basalt rock). Senibina yang harmoni dan adalah  seperti muzium hidup dimana penduduk masih menetap di kampung ini dan mempertahankan keaslian bangunan.

Bayaran masuk adalah percuma dan kedatangan kami disambut oleh seorang wanita penduduk asal kampung  yang fasih berbahasa Indonesia. Beliau membawa kami melawat sekitar kampung sambil memberi penerangan kepada kami tentang kehidupan mereka. Diakhir lawatan, mereka menawarkan jualan produk tempatan seperti teh Omija (teh 5 rasa), madu asli, madu hitam dan lain-lain lagi. Tidak ada masalah jika tidak mahu membelinya.

Aku tertarik dengan pintu pagar kayu yang kenali sebagai Jeongnang. (Ia bagai pintu pagar buluh yang digunakan oleh penduduk kampung kita terutama di dusun). Strukturnya terdiri dari 2 batu besar yang berada di kiri dan kanan dan 3 batang kayu dipasang melintang melalui lubang di batu berkenaan. Disamping bertujuan menghalang binatang ternakan masuk ke kawasan rumah ia juga mempunyai mesej kepada tetamu. Jika 3 kayu dipasang bermakna penghuni tiada dirumah, jika 2 batang diturunkan dan sebatang melintang bermakna penghuni tiada tetapi berada tidak jauh dari rumah dan jika ketiga batang diturunkan bermakna penghuni ada dirumah dan tetamu dialukan.

Sesungguhnya kampung tradisional ini merupakan simbol suasana damai bercirikan kepada kejujuran, saling mempercayai diantara penduduk.

Menggayakan Balang Air tradisional
Heo-beok (balang air), telah digunakan oleh wanita di Jeju untuk membawa/angkut  air minuman yang diambil dari kawasan tadahan di kawasan Bukit. Balang yang mulutnya sempit untuk mengelak air dari tumpah dan memudahkan diangkut
Rumah dibina dari batu.

Choga

Rumah tradisional yang unik yang hanya terdapat di Jeju. Dinding rumah dibina dari batu dan binaannya kukuh supaya dapat bertahan dari angin yang kencang dan diperbuat dari jerami yang diikat kuat dengan tali dengan pola kotak-kotak. Rumah-rumah tradisional Jeju menggambarkan kehidupan masyarakat Jeju yang rumit yang cuba mengatasi ancaman alam seperti angin dengan menggunakan sumber yang ada.

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Monday, September 16, 2019

Jeju: Day 02 - Pesona Indah Seopjikoji

... BERSAMBUNG

Tarikh       :  21 Ogos 2019 (4H 5M)  
Misi           : Santai di Seopjikoji
Lokasi       :  Seogwipo, Jeju, South Korea
Coordinate : N33.42450° E126.93105°
Map Links  : https://goo.gl/maps/7pCvBqVrcW99TuBs9

Salah satu lagi mercu tanda Jeju yang mesti dikunjungi ialah Seopjikoji yang terletak di pantai timur Pulau Jeju. Di dalam dialek Jeju, "Seopji bermaksud sebidang tanah yang sempit dan" Koji "bermaksud penonjolan.

Ia adalah pantai yang memanjang dan berbukit dengan tumbuhan renek menjadikan kawasan ini sungguh cantik mata memandang. Terdapat laluan pejalan kaki dibina dipesisir pantai hingga ke rumah api. Maka tidak hairanlah beberapa drama korea telah membuat pengambaran disini NAMUN drama ‘All In’ lebih senonim dengan kawasan ini, dimana gereja khas yang dibina untuk drama menjadi tumpuan pengunjung NAMUN gereja tersebut sudah tidak ada lagi kerana rosak dilanda ribut dan kini diganti dengan ‘Candy House’

Kami menelusuri laluan pejalan kaki yang dibina sempurna sambil menikmati pantai dan sesekali membetulkan topiku agar tidak diterbangkan angin yang bertiup sedikit kencang. Bergambar di beberapa tempat. Di pertengahan jalan kami bersua dengan binaan dari batu pantai yang kelihatan seperti kubu yang rupa-rupanya adalah rumah api lama iaitu Hyeopja Beacon Fire (dibina semasa era Joseon). Ia digunakan sebagai alat perhubungan dengan memberi isyarat asap kepada beberapa rumah api lain yang berdekatan seperti Osopo Beacon, Seogsanpo Beacon disebelah utara dan Maldeungpo Beacon di barat.

Laluan pejalan kaki berakhir di penghujung semenanjung yang menempatkan sebuah rumah api di atas bukit berlatarkan Seongsan Ilchulbong. Dari atas bukit ini dapat melihat seluruh pantai Seopjikoji. Pantai disini sangat unik dengan batuan agak aneh dan luar biasa. Satu batu besar disini dikenali sebagai "Seondolbawi". Menurut cerita rakyat tempatan, batu ini melambangkan cinta seorang anak dewa laut yang cintanya tidak kesampaian dan berubah menjadi batu.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Seopjikoji. Ia dibuka 24 jam setiap hari sepanjang tahun

a well-paved stone path that winds gently along the clifftop.

"Send Horses To Jeju And People To Seoul."

Berdasar fosil yang dijumpai mendapati kuda sudah lama bersama dengan masyarakat Jeju sejak Zaman Gangsa lagi. Namun spesis kuda terkini katanya dibawa dari Mongolia sejak abad ke 13 bilamana Mongolia yang ingin meluaskan empayar mereka  menjadikan Jeju sebagai pangkalan untuk membekalkan kuda perang sebagai persiapan untuk menakluki Namsong dan Jepun.

Selepas era perang Ia menjadi sangat berguna dalam sektor pertanian namun apabila teknologi pengangkutan dan jentera berkembang maka bilangannya semakin menurun. MAKA Kerajaan Korea telah mengistiharkan Kuda Jeju sebagai Natural Monument No. 347 dalam tahun 1986, sebagai usaha untuk menjaga dan mewarisi tinggalan yang ada.

Seondolbawi - Dramatically sculpted rock formations

Rumah suar di penghujung tanjung

Breathtaking views, beautiful countryside.

Berlatarkan Seongsan Ilchulbong

Berlatarkan Hyeopja Beacon Fire dan Candy House

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Friday, September 13, 2019

Jeju: Day 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong

… BERSAMBUNG
Tarikh       :  21 Ogos 2019 (4H 5M)  
Misi           : Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
Lokasi       :  Jeju, South Korea
Coordinate : N33.45946° E126.93978°
Map Links  : https://goo.gl/maps/XCJLXHTrPcVGtfXs5
Puncak Seongsan Ilchulbong terletak di bahagian timur pulau Jeju, sejauh ±41km dari hotel kami. Ia juga dikenali sebagai ‘Sunrise Peak’. Puncak Seongsan Ilchulbong terpacak naik dari bawah laut akibat letusan gunung berapi lebih dari 5,000 tahun yang lalu. Bentuk puncak yang tampak bagai sebuah mahkota dan dikatakan lokasi terbaik untuk melihat matahari terbit. Bahkan ada festival khas untuk melihat fajar menyinsing pada setiap awal tahun baru sejak tahun 1994 lagi. Ia juga dianugerahkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dalam tahun 2007. Dengan keindahan pemandangan yang memukau menjadikan ia terpilih sebagai latar kepada pelbagai filem, drama, iklan dan lain-lain lagi.
Sebelum ke sini kami singgah ke sebuah ladang citrus.
Kami tiba ke sini dalam jam 9:30 pagi dalam cuaca yang mendung. Mengalu-alu kehadiran kami di pintu masuk dengan monumen khas sebagai memperingati Jeju sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Baru Alam. Pastinya ia menjadi lokasi bergambar.
Monumen di pintu masuk – Tertulis di tiang
  • National Designation of Natural Monument: 18 July 2000
  • Inscription to UNESCO'S World Natural Heritage: 2 July 2007
  • Certificate of Global Geoparks Network: 1 October 2010
  • One of the world's New 7 Wonders of Nature: 21 December 2011
Tiket perlu dibeli di kaunter tiket sebelum dapat memasuki dan mendaki ke puncak ini. Kami tidak perlu membayar harga tiket kerana tiket sudah ditanggung oleh agen kami dan aku rasa tiket masuk ke sini 2,000 KRW untuk dewasa dan 1,000 KRW untuk kanak-kanak
Semasa kami ingin memulakan pendakian, hujan mula turun dan kami tetap meneruskan pendakian dengan memakai baju hujan. Puncak Seongsan Ilchulbong adalah setinggi 182 meter dan laluannya agak curam (Avg Grade ± : 14% dan Max Grade: ± 36% ). Laluan khas yang selesa dibina hingga ke puncak. Pendakian di tempat curam dipermudahkan dengan anak tangga dengan pemegang. Pendakian mengambil masa ±30 minit sehingga ke puncak.
Sampai dipuncak ± jam 9:55am, kami berehat seketika melepas lelah sambil bergambar. Di puncaknya terdapat sebuah kawah yang mempunyai keluasan diameter ± 600m dan sedalam ± 90m, namun tiada air yang bertakung kerana tanah disini poros dan tidak dapat menyimpan air). Di puncak ini juga tersedia platform khas untuk tujuan melihat matahari terbit. Dengan pemandang sekitar 360°, aku amati sekeliling kawah ini dan kelihatan tebing2 tinggi yang terletak di Bahagian Tenggara dan Utara Bukit ini. Manakala di sebelah barat laut adalah kelihatan bukit yang menghijau berumput yang bersambungan dengan Desa Seongsan.
Selepas bergambar kamipun turun dan hujan kembali turun dan lebat dan kami mengambil laluan turun ke pantai bagi melihat tempat persembahan Jeju Woman Diver namun ia hanya diadakan setiap hari pada pukul 1.30 petang dan 3.00 petang sahaja.  Alamak! Namun dapat melihat wanita ini menangkap haiwan laut dan dihidangkan kepada pelancong secara mentah. Memandangkan masa diberi kepada kami semakin suntuk, kami meredah hujan balik ke bas yang memang sudah menanti kami.
Layan Gambar
Di Puncak : – kelihatan kawah menghijau tanpa air yang bertakung
pemandangan 360°
Deung Gyeong Dol (Jing Gyeung Dol) Rock
Penduduk kampung Seongsan menggelar batu ini Deung Gyeong Dol (Lamp Rock). Biasanya penduduk akan membunyikan semboyan (horn) 4 kali bila melewati batu ini sebagai penghormatan kepada dewa dan General Kim Tong Jeong.
Semakin ke puncak laluan semakin mencanak . Penurunan adalah melalui laluan lain dan melalui Tangga khas
Pekan Seongsan di belakangku
Tangga ke pantai untuk menyaksikan penyelam wanita (Haenyeo) membuat persembahan mencari hidupan laut tanpa bantuan alat pernafasan.
Di pantai dengan batuan unik dan di sana puncak!
Masa yang tidak kena, maka kami tidak dapat menyaksikan persembahan “Haenyeo” yang merupakan simbol wanita yang mempunyai semangat kental. Mereka mengambil alih tugas ini dari kaum lelaki sejak akhir abad ke-17. Culture of Jeju Haenyeo was designated as the UNESCO Intangible Cultural Heritage of Humanity in 2016.
BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

Monday, September 09, 2019

Jeju: Day 01 - Babak Mula

Tarikh       :  20 Ogos 2019 - (4H 5M) 
Misi           :  Menginap di Jeju City    
Lokasi       :  Jeju, South Korea
Coordinate :  N33.50090° E126.52008°
Map Links  :
Kami bertolak dari KLIA 2 pada jam 06:50 pagi dengan penerbangan selama ± 6 jam dan selamat mendarat pada jam 14:00 (waktu Tempatan). Usai urusan imigresen, kami disambut oleh pemandu pelancong kami, Wonni yang mahir berbahasa indonesia.

Wonni seorang wanita single  pertengahan usia(trend semasa disini suka membujang kerana tidak mahu terikat dengan perkahwinan), graduan lulusan universiti dari UK dan pemegang master degree, fasih berbahasa Inggeris, Indonesia dan sedikit Siam. Pernah tinggal dan bekerja di Thailand dan terselamat semasa tragedi Tsunami melanda Phuket. 


Sebelum ke hotel kami di bawa ke Yongduan Rock @ Dragon Head Rock ( N33.51596° E126.51199° ). Ia terletak di Bahagian utara hampir di penghujung Kota Jeju. ± 3km dari airport. Jadi tidak hairanlah kita dapat melihat  kapalterbang lalu lalang berselang. Tiada bayaran masuk dikenakan dan ia buka setiap hari 24 jam.


Smiling Mermaid Statue – Memperingati ‘haenyeo’ Penyelam Wanita Yang Cekal.
Mengikut cerita rakyat, Yongduan Rock terjadi apabila seekor naga yang hendak terbang ke langit telah disumpah/dipanah oleh dewa Mount Hallasan lalu jatuh ke laut menjadi batu. Ya, jika kita tengok pada sudut tertentu akan kelihatan seolah seekor naga yang mendongak memandang langit.


Pantainya dipenuhi  dengan batu-batu tajam yang hitam. Jika anda menjengok atau meneruskan ke hujung pantai akan nampak beberapa orang wanita (penyelam wanita – Haenyo) yang sedang menyiang Abelone untuk diberi makan mentah kepada pelancong

Selepas itu kami menuju ke Astar Hotel (N33.50090° E126.52008°) untuk menginap. Ia adalah hotel 4 bintang. Terletak di 129 Seosa-ro, Samdoil-dong, Cheju, Jeju-do, Korea Selatan iaitu ± 3.3 km dari Lapangan Terbang Jeju. Dengan bilik yang agak luas lagi selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas setaraf bintangnya.

  Bilik yang sangat selesa


Petangnya, aku bersama isteri mengisi masa lapang dengan ronda beberapa kawasan sekitar Jeju City.
Jeju city adalah kota yang selamat lagi bersih. Tiada pencuri dan pengemis.
Di jalanraya hampir tiada polis yang kelihatan kerana mereka sangat berdisiplin. Lagipun banyak CCTV yang sedang memerhati. Langsung tiada gerai dibahu jalan. Anjing tidak dibenar berjalan di taman atau jalanraya (tanpa pengawasan) dan najis perlu dibersihkan atau DENDA. Sampah dibuang pada tempatnya dan caj dikenakan untuk membuang sisa makanan.
Jam 6.00 kami ke restoran di tingkat 2. Makam malam kami ehsan dari pengurus hotel.  Kami dihidangkan dengan makanan tradisional Jeju. Hidangan ikan mackarel bakar pasti menjadi kegemaranku disini.
Selepas makan malam, kami mengadakan sedikit perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Sumber Tani, Pengangkutan Dan Industri Utama, YB cikgu Azman Bin Nasrudin.
Layan Gambar suasana hari pertama sekitar Jeju City
Meet Dol Hareubang, the symbol of Jeju Island.
Patung dari basalt stone dipercayai dibina dalam  tahun 1754 oleh Kim Mong-gyu, seorang majistret di Jeju. BAtu ‘Tok Nenek’ yang asalnya dibina berpasangan untuk menjaga pintu istana di pulau Jeju. Juga dianggap sebagai patung keagamaan yang mendatangkan tuah dan sebagai pelindung atau penjaga. Penduduk Jeju mempercayai patung ini juga adalah sebagai simbol dari kesuburan. Mereka mempercayai jika perempuan menggosok bahagian hidung Dol Hareubang, maka ia akan melahirkan bayi laki-laki. jika menggosok telinga patung ini, maka ia akan melahirkan bayi perempuan.
Semasa meronda jumpa salah satu hotel bajet yang juga menyediakan perkhidmatan sewaan basikal. Harga bilik KRW35,000 manakala basikal ialah KRW50,000 sehari
“Samdado Island,” 삼다도
Jeju is known as an island of 3 abundances – WIND, ROCK & WOMEN
BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04