Friday, September 13, 2019

Jeju: Day 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong

… BERSAMBUNG
Tarikh       :  21 Ogos 2019 (4H 5M)  
Misi           : Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
Lokasi       :  Jeju, South Korea
Coordinate : N33.45946° E126.93978°
Map Links  : https://goo.gl/maps/XCJLXHTrPcVGtfXs5
Puncak Seongsan Ilchulbong terletak di bahagian timur pulau Jeju, sejauh ±41km dari hotel kami. Ia juga dikenali sebagai ‘Sunrise Peak’. Puncak Seongsan Ilchulbong terpacak naik dari bawah laut akibat letusan gunung berapi lebih dari 5,000 tahun yang lalu. Bentuk puncak yang tampak bagai sebuah mahkota dan dikatakan lokasi terbaik untuk melihat matahari terbit. Bahkan ada festival khas untuk melihat fajar menyinsing pada setiap awal tahun baru sejak tahun 1994 lagi. Ia juga dianugerahkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dalam tahun 2007. Dengan keindahan pemandangan yang memukau menjadikan ia terpilih sebagai latar kepada pelbagai filem, drama, iklan dan lain-lain lagi.
Sebelum ke sini kami singgah ke sebuah ladang citrus.
Kami tiba ke sini dalam jam 9:30 pagi dalam cuaca yang mendung. Mengalu-alu kehadiran kami di pintu masuk dengan monumen khas sebagai memperingati Jeju sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Baru Alam. Pastinya ia menjadi lokasi bergambar.
Monumen di pintu masuk – Tertulis di tiang
  • National Designation of Natural Monument: 18 July 2000
  • Inscription to UNESCO'S World Natural Heritage: 2 July 2007
  • Certificate of Global Geoparks Network: 1 October 2010
  • One of the world's New 7 Wonders of Nature: 21 December 2011
Tiket perlu dibeli di kaunter tiket sebelum dapat memasuki dan mendaki ke puncak ini. Kami tidak perlu membayar harga tiket kerana tiket sudah ditanggung oleh agen kami dan aku rasa tiket masuk ke sini 2,000 KRW untuk dewasa dan 1,000 KRW untuk kanak-kanak
Semasa kami ingin memulakan pendakian, hujan mula turun dan kami tetap meneruskan pendakian dengan memakai baju hujan. Puncak Seongsan Ilchulbong adalah setinggi 182 meter dan laluannya agak curam (Avg Grade ± : 14% dan Max Grade: ± 36% ). Laluan khas yang selesa dibina hingga ke puncak. Pendakian di tempat curam dipermudahkan dengan anak tangga dengan pemegang. Pendakian mengambil masa ±30 minit sehingga ke puncak.
Sampai dipuncak ± jam 9:55am, kami berehat seketika melepas lelah sambil bergambar. Di puncaknya terdapat sebuah kawah yang mempunyai keluasan diameter ± 600m dan sedalam ± 90m, namun tiada air yang bertakung kerana tanah disini poros dan tidak dapat menyimpan air). Di puncak ini juga tersedia platform khas untuk tujuan melihat matahari terbit. Dengan pemandang sekitar 360°, aku amati sekeliling kawah ini dan kelihatan tebing2 tinggi yang terletak di Bahagian Tenggara dan Utara Bukit ini. Manakala di sebelah barat laut adalah kelihatan bukit yang menghijau berumput yang bersambungan dengan Desa Seongsan.
Selepas bergambar kamipun turun dan hujan kembali turun dan lebat dan kami mengambil laluan turun ke pantai bagi melihat tempat persembahan Jeju Woman Diver namun ia hanya diadakan setiap hari pada pukul 1.30 petang dan 3.00 petang sahaja.  Alamak! Namun dapat melihat wanita ini menangkap haiwan laut dan dihidangkan kepada pelancong secara mentah. Memandangkan masa diberi kepada kami semakin suntuk, kami meredah hujan balik ke bas yang memang sudah menanti kami.
Layan Gambar
Di Puncak : – kelihatan kawah menghijau tanpa air yang bertakung
pemandangan 360°
Deung Gyeong Dol (Jing Gyeung Dol) Rock
Penduduk kampung Seongsan menggelar batu ini Deung Gyeong Dol (Lamp Rock). Biasanya penduduk akan membunyikan semboyan (horn) 4 kali bila melewati batu ini sebagai penghormatan kepada dewa dan General Kim Tong Jeong.
Semakin ke puncak laluan semakin mencanak . Penurunan adalah melalui laluan lain dan melalui Tangga khas
Pekan Seongsan di belakangku
Tangga ke pantai untuk menyaksikan penyelam wanita (Haenyeo) membuat persembahan mencari hidupan laut tanpa bantuan alat pernafasan.
Di pantai dengan batuan unik dan di sana puncak!
Masa yang tidak kena, maka kami tidak dapat menyaksikan persembahan “Haenyeo” yang merupakan simbol wanita yang mempunyai semangat kental. Mereka mengambil alih tugas ini dari kaum lelaki sejak akhir abad ke-17. Culture of Jeju Haenyeo was designated as the UNESCO Intangible Cultural Heritage of Humanity in 2016.
BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

No comments:

Post a Comment