… BERSAMBUNG
Tarikh : 22 Ogos 2019 - (4H 5M)Misi : Menghayati Jusangjeolli Cliff
Lokasi : Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea.
Coordinate : N33.23684° E126.42536°
Map Links : https://goo.gl/maps/zJESNq1wzj3ZBpx56
Terbentang di sepanjang pantai sebelah selatan Pulau Jeju, terdapat sebidang pantai bertebing dengan batuan yang unik. Ianya adalah tebing menawan yang pasti menarik perhatian ramai pelancong, bukan sekadar pelancong malah ahli geologi. Pantai yang diberi nama Jusangjeolli Cliff. Tebing batu yang terbentuk bak satu karya seni dimana batuannya bagaikan dipahat membentuk tiang menegak dalam bentuk segi enam atau hexsagon. Batu-batuan ini menjulang setinggi 20 meter dan tebing ini terbentang sejauh 2 km
Jusangjeolli Cliff terhasil dari pertemuan lava gunung berapi Hallasan jutaan tahun yang lampau. Ia menguncup secara tiba-tiba apabila disejukkan dengan air laut lalu terbentuk formasi batu yang digelar Jungmun Daepo Haen Columnar-Jointed Lava (Jusangjeollidae).
Satu anugerah alam maka ianya di istiharkan sebagai Natural Monument No. 443 (12/27/04). Batu bersegi ini jika dilihat bagaikan tangga batu yang bertingkat.
Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak KRW 2,000 (dewasa) dan KRW 1,000 (Kanak - kanak dibuka dari 09:00-18:00. Selepas masuk kita akan melalui taman khas dan seterusnya ada laluan dan tangga kayu khas yang dibina mengarah ke tebing ini dan dipenghujung ada pelantar khas. Dari sini boleh melihat jelas tebing ini dan angin sangat kuat bertiup. Sesekali kita dapat melihat hentaman ombak memukul tebing sambil menghasilkan buih-buih putih yang menambah dramatik pantai/tebing ini.
Sebelum memasuki pintu masuk ke tebing ini
Pelantar kayu yang menghala ke geladak pandang
pandangan sisi lain
Pautan Kembara Berkaitan
01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland
10. JEJU : DAY 04 -
11. JEJU : DAY 04
No comments:
Post a Comment