Monday, September 02, 2019

Jeju: Muqadimah

Tarikh       :  20 – 24 Ogos 2019 ( 4H 5M) 
Currency   : RM3.49 = 1,000 ₩, won, KRW 
Lokasi       :  Jeju, South Korea
Coordinate :
Map Links  :

Bila bercerita tentang percutian ke Korea, ramai yang terfikir dan hanya mengenali Seoul. Ini kerana Seoul adalah ibu negara bagi Korea Selatan dan kebanyakkan tempat menarik yang dipromosikan oleh Korea terletak di Seoul. Tetapi ada sebuah pulau yang kini sedang ‘trending’ iaitu Jeju

Pulau Jeju di Korea Selatan adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di Selat Korea. Terletak sejauh 455km dari Seoul. Ia adalah wilayah ke 9 di Korea dan merupakan wilayah yang paling kecil. Ironinya ia adalah pulau terbesar di Korea yang berkeluasan ± 2.5 kali saiz Singapura (1,846 km2).

Ia mulanya dikenali sebagai 'Cheju' atau Cheju-do. Dan kini menjadi lokasi percutian yang terkenal dan mendapat jolokan sebagai "Hawaii of South Korea."

Bukan sekadar keindahan alam alam semulajadi yang unik dengan kepelbagaian formasi volcanicnya juga pada nilai arkeologi, ekologi dan kebudayaan yang dimilikinya sebab itu ia terpilih menjadi salah satu daripada 7 Keajaiban Baru Alam oleh New7Wonders Foundation yang berpangkalan di Switzerland. Bahkan beberapa kali mendapat pengiktirafan dari UNESCO

Aku pernah ke Korea Selatan dalam tahun 2012 (KLIK) dan Alhamdulillah, sekali lagi terpilih sebagai pegawai pengiring/urusetia program lawatan sambil belajar anjuran organisasiku yang disertai oleh 33 orang peserta (Ada juga peserta bawa keluarga & suami/isteri dan aku juga membawa isteriku bersama)

Perjalanan kami ke Jeju adalah melalui Syarikat Al Farhan. Perjalanan kami bermula dari Alor Setar dengan bas dan seterusnya penerbangan terus ke Jeju dari KLIA2 dengan penerbangan Air Asia. Program termasuk melawat beberapa tempat menarik selama 5 Hari 4 Malam (Di dalam Blog ini aku hanya menumpu kepada program kembara SAHAJA).

Antara lokasi yang kami kunjungi ialah:-

Melawat ladang dan Osulloc tea museum

Perjalanan Menuju ke Rumah Api @ Seopjikoji

Berjaya ke puncak Seongsan Ilchulbong yang menjadi anatara lokasi pengiktirafan dari UNESCO

Menikmati makanan mentah Abalone

Kuda Jeju adalah antara kuda terbaik di Korea

Bersama EXCO Pertanian Kedah, YB Cikgu Azman Bin Nasrudin yang turut bersama rombongan kami

Pantai hitam yang cantik

Antara para rombongan

Bersama penduduk tempatan

Di ladang limau

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji 
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional   
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli 
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari   
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
 
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland     
10. JEJU : DAY 04 -    
11. JEJU : DAY 04

No comments:

Post a Comment