Tarikh : 21 Ogos 2019 (4H 5M)
Misi : Santai di Seopjikoji
Lokasi : Seogwipo, Jeju, South Korea
Coordinate : N33.42450° E126.93105°
Map Links : https://goo.gl/maps/7pCvBqVrcW99TuBs9
Salah satu lagi mercu tanda Jeju yang mesti dikunjungi ialah Seopjikoji yang terletak di pantai timur Pulau Jeju. Di dalam dialek Jeju, "Seopji bermaksud sebidang tanah yang sempit dan" Koji "bermaksud penonjolan.
Ia adalah pantai yang memanjang dan berbukit dengan tumbuhan renek menjadikan kawasan ini sungguh cantik mata memandang. Terdapat laluan pejalan kaki dibina dipesisir pantai hingga ke rumah api. Maka tidak hairanlah beberapa drama korea telah membuat pengambaran disini NAMUN drama ‘All In’ lebih senonim dengan kawasan ini, dimana gereja khas yang dibina untuk drama menjadi tumpuan pengunjung NAMUN gereja tersebut sudah tidak ada lagi kerana rosak dilanda ribut dan kini diganti dengan ‘Candy House’
Kami menelusuri laluan pejalan kaki yang dibina sempurna sambil menikmati pantai dan sesekali membetulkan topiku agar tidak diterbangkan angin yang bertiup sedikit kencang. Bergambar di beberapa tempat. Di pertengahan jalan kami bersua dengan binaan dari batu pantai yang kelihatan seperti kubu yang rupa-rupanya adalah rumah api lama iaitu Hyeopja Beacon Fire (dibina semasa era Joseon). Ia digunakan sebagai alat perhubungan dengan memberi isyarat asap kepada beberapa rumah api lain yang berdekatan seperti Osopo Beacon, Seogsanpo Beacon disebelah utara dan Maldeungpo Beacon di barat.
Laluan pejalan kaki berakhir di penghujung semenanjung yang menempatkan sebuah rumah api di atas bukit berlatarkan Seongsan Ilchulbong. Dari atas bukit ini dapat melihat seluruh pantai Seopjikoji. Pantai disini sangat unik dengan batuan agak aneh dan luar biasa. Satu batu besar disini dikenali sebagai "Seondolbawi". Menurut cerita rakyat tempatan, batu ini melambangkan cinta seorang anak dewa laut yang cintanya tidak kesampaian dan berubah menjadi batu.
Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Seopjikoji. Ia dibuka 24 jam setiap hari sepanjang tahun
a well-paved stone path that winds gently along the clifftop.
"Send Horses To Jeju And People To Seoul."
Berdasar fosil yang dijumpai mendapati kuda sudah lama bersama dengan masyarakat Jeju sejak Zaman Gangsa lagi. Namun spesis kuda terkini katanya dibawa dari Mongolia sejak abad ke 13 bilamana Mongolia yang ingin meluaskan empayar mereka menjadikan Jeju sebagai pangkalan untuk membekalkan kuda perang sebagai persiapan untuk menakluki Namsong dan Jepun.
Selepas era perang Ia menjadi sangat berguna dalam sektor pertanian namun apabila teknologi pengangkutan dan jentera berkembang maka bilangannya semakin menurun. MAKA Kerajaan Korea telah mengistiharkan Kuda Jeju sebagai Natural Monument No. 347 dalam tahun 1986, sebagai usaha untuk menjaga dan mewarisi tinggalan yang ada.
Seondolbawi - Dramatically sculpted rock formations
Rumah suar di penghujung tanjung
Breathtaking views, beautiful countryside.
Berlatarkan Seongsan Ilchulbong
Berlatarkan Hyeopja Beacon Fire dan Candy House
Pautan Kembara Berkaitan
01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland
10. JEJU : DAY 04 -
11. JEJU : DAY 04
Thanks for share,.
ReplyDelete