Tarikh : 20 Ogos 2019 - (4H 5M)
Misi : Menginap di Jeju City
Lokasi : Jeju, South Korea
Coordinate :
N33.50090° E126.52008° Map Links :
Kami bertolak dari KLIA 2 pada jam 06:50 pagi dengan penerbangan selama ± 6 jam dan selamat mendarat pada jam 14:00 (waktu Tempatan). Usai urusan imigresen, kami disambut oleh pemandu pelancong kami, Wonni yang mahir berbahasa indonesia.
Wonni seorang wanita single pertengahan usia(trend semasa disini suka membujang kerana tidak mahu terikat dengan perkahwinan), graduan lulusan universiti dari UK dan pemegang master degree, fasih berbahasa Inggeris, Indonesia dan sedikit Siam. Pernah tinggal dan bekerja di Thailand dan terselamat semasa tragedi Tsunami melanda Phuket.
Sebelum ke hotel kami di bawa ke Yongduan Rock @ Dragon Head Rock ( N33.51596° E126.51199° ). Ia terletak di Bahagian utara hampir di penghujung Kota Jeju. ± 3km dari airport. Jadi tidak hairanlah kita dapat melihat kapalterbang lalu lalang berselang. Tiada bayaran masuk dikenakan dan ia buka setiap hari 24 jam.
Smiling Mermaid Statue – Memperingati ‘haenyeo’ Penyelam Wanita Yang Cekal.
Mengikut cerita rakyat, Yongduan Rock terjadi apabila seekor naga yang hendak terbang ke langit telah disumpah/dipanah oleh dewa Mount Hallasan lalu jatuh ke laut menjadi batu. Ya, jika kita tengok pada sudut tertentu akan kelihatan seolah seekor naga yang mendongak memandang langit.
Pantainya dipenuhi dengan batu-batu tajam yang hitam. Jika anda menjengok atau meneruskan ke hujung pantai akan nampak beberapa orang wanita (penyelam wanita – Haenyo) yang sedang menyiang Abelone untuk diberi makan mentah kepada pelancong
Selepas itu kami menuju ke Astar Hotel (N33.50090° E126.52008°) untuk menginap. Ia adalah hotel 4 bintang. Terletak di 129 Seosa-ro, Samdoil-dong, Cheju, Jeju-do, Korea Selatan iaitu ± 3.3 km dari Lapangan Terbang Jeju. Dengan bilik yang agak luas lagi selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas setaraf bintangnya.
Bilik yang sangat selesa
Petangnya, aku bersama isteri mengisi masa lapang dengan ronda beberapa kawasan sekitar Jeju City.
Jeju city adalah kota yang selamat lagi bersih. Tiada pencuri dan pengemis.
Di jalanraya hampir tiada polis yang kelihatan kerana mereka sangat berdisiplin. Lagipun banyak CCTV yang sedang memerhati. Langsung tiada gerai dibahu jalan. Anjing tidak dibenar berjalan di taman atau jalanraya (tanpa pengawasan) dan najis perlu dibersihkan atau DENDA. Sampah dibuang pada tempatnya dan caj dikenakan untuk membuang sisa makanan.
Jam 6.00 kami ke restoran di tingkat 2. Makam malam kami ehsan dari pengurus hotel. Kami dihidangkan dengan makanan tradisional Jeju. Hidangan ikan mackarel bakar pasti menjadi kegemaranku disini.
Selepas makan malam, kami mengadakan sedikit perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Sumber Tani, Pengangkutan Dan Industri Utama, YB cikgu Azman Bin Nasrudin.
Layan Gambar suasana hari pertama sekitar Jeju City
Meet Dol Hareubang, the symbol of Jeju Island.
Patung dari basalt stone dipercayai dibina dalam tahun 1754 oleh Kim Mong-gyu, seorang majistret di Jeju. BAtu ‘Tok Nenek’ yang asalnya dibina berpasangan untuk menjaga pintu istana di pulau Jeju. Juga dianggap sebagai patung keagamaan yang mendatangkan tuah dan sebagai pelindung atau penjaga. Penduduk Jeju mempercayai patung ini juga adalah sebagai simbol dari kesuburan. Mereka mempercayai jika perempuan menggosok bahagian hidung Dol Hareubang, maka ia akan melahirkan bayi laki-laki. jika menggosok telinga patung ini, maka ia akan melahirkan bayi perempuan.
Semasa meronda jumpa salah satu hotel bajet yang juga menyediakan perkhidmatan sewaan basikal. Harga bilik KRW35,000 manakala basikal ialah KRW50,000 sehari
“Samdado Island,” 삼다도
Jeju is known as an island of 3 abundances – WIND, ROCK & WOMEN
BERSAMBUNG …
Pautan Kembara Berkaitan
01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland
10. JEJU : DAY 04 -
11. JEJU : DAY 04
No comments:
Post a Comment