Tarikh : 21 Ogos 2019 - (4H 5M)
Misi : Menyelinap Di Kampung Tradisional
Lokasi : Seongeupjeonguihyeon, Jeju, South Korea
Coordinate : N33.38664° E126.79965°
Map Links : https://goo.gl/maps/NcpkAcDkpY8qu8R57
Kami menuju ke sebuah perkampungan yang terletak di kaki Halla Mountain. Seongeup Folk Village adalah sebuah kampung tradisional yang kaya dengan pelbagai budaya turun temurun dan dipelihara dengan baik disamping mendapat bantuan pihak kerajaan.
Rumah yang berusia ± 600 tahun yang bumbung dibina dari jerami dan dikelilingi oleh pagar batu yang dibina dari batuan lava hitam ( porous basalt rock). Senibina yang harmoni dan adalah seperti muzium hidup dimana penduduk masih menetap di kampung ini dan mempertahankan keaslian bangunan.
Bayaran masuk adalah percuma dan kedatangan kami disambut oleh seorang wanita penduduk asal kampung yang fasih berbahasa Indonesia. Beliau membawa kami melawat sekitar kampung sambil memberi penerangan kepada kami tentang kehidupan mereka. Diakhir lawatan, mereka menawarkan jualan produk tempatan seperti teh Omija (teh 5 rasa), madu asli, madu hitam dan lain-lain lagi. Tidak ada masalah jika tidak mahu membelinya.
Aku tertarik dengan pintu pagar kayu yang kenali sebagai Jeongnang. (Ia bagai pintu pagar buluh yang digunakan oleh penduduk kampung kita terutama di dusun). Strukturnya terdiri dari 2 batu besar yang berada di kiri dan kanan dan 3 batang kayu dipasang melintang melalui lubang di batu berkenaan. Disamping bertujuan menghalang binatang ternakan masuk ke kawasan rumah ia juga mempunyai mesej kepada tetamu. Jika 3 kayu dipasang bermakna penghuni tiada dirumah, jika 2 batang diturunkan dan sebatang melintang bermakna penghuni tiada tetapi berada tidak jauh dari rumah dan jika ketiga batang diturunkan bermakna penghuni ada dirumah dan tetamu dialukan.
Sesungguhnya kampung tradisional ini merupakan simbol suasana damai bercirikan kepada kejujuran, saling mempercayai diantara penduduk.
Choga
Rumah tradisional yang unik yang hanya terdapat di Jeju. Dinding rumah dibina dari batu dan binaannya kukuh supaya dapat bertahan dari angin yang kencang dan diperbuat dari jerami yang diikat kuat dengan tali dengan pola kotak-kotak. Rumah-rumah tradisional Jeju menggambarkan kehidupan masyarakat Jeju yang rumit yang cuba mengatasi ancaman alam seperti angin dengan menggunakan sumber yang ada.
Pautan Kembara Berkaitan
01. JEJU : Muqadimah
02. JEJU : DAY 01 - Babak Mula
03. JEJU : DAY 02 - Menawan Puncak Seongsan Ilchulbong
04. JEJU : DAY 02 - Pesona Indah Seopjikoji
05. JEJU : DAY 02 - Damai Di Kampung Tradisional
06. JEJU : DAY 03 - Tebing Bersegi @ Jusangjeolli
07. JEJU : DAY 03 - Air Terjun Mainan Pari-Pari
08. JEJU : DAY 03 - Muzium Teh O’sulloc & Camillia Hill
09. JEJU : DAY 04 - Enjoy Eco In Ecoland
10. JEJU : DAY 04 -
11. JEJU : DAY 04
No comments:
Post a Comment