Showing posts with label Gunung Jerai. Show all posts
Showing posts with label Gunung Jerai. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Gunung Jerai: Meninjau Kesinambungan Trek Terjunan (DH)

Tarikh  : 24 Januari 2015
Lokasi :  Kampung Setar, Yan, Kedah Darul Aman, Malaysia    
Jarak   :  5.6 km 
Coordinate : N5° 48.651' E100° 25.024'

Bukan material yang dicari, tidak juga nama tetapi berbekal semangat kental dan minat yang mendalam telah mendorong sekelompok peminat MTB (dikenali sebagai KeDH) mencari sesuatu kelainan trek untuk mencabar diri disamping memupuk keyakinan, keberanian dan mengasah skill. Banyak sudah tempat yang dicuba, banyak jua kejohanan disertai. Ternyata Gunung Jerai mempuyai keistimewaan tersendiri. Gunung Jerai adalah  trek DH tertinggi di Malaysia yang mempunyai kemudahan pengangkutan (akses) hingga ke puncak (tempat permulaan) maka setiap minggu, ada sahaja permintaan dari peminta DH seluruh Malaysia untuk merasai nikmatnya penurunan di sini.

Kini sudah ada 3 Trek ‘terjunan bukit’ di Gunung Jerai yang sering digunakan: -

1. Resort ke Titi Hayun  sejauh 8km
2. Resort ke Sri Perigi   sejauh 5km   
3. Muzium ke Sri Perigi  sejauh 5 km 

Tidak puas dengan yang ada, Resort ke Merbok sejauh 9 km sudah diterokai (KLIK) namun ada beberapa perkara perlu di beri perhatian maka trek ini ditangguhkan dahulu penggunaannya.

Sebermula disini – Mata air

Hari ini aku bersama saudara Md. Nasron aka Lontruth dan saudara Syukor Asja (yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mendalam meengenai laluan sekitar Gunung Jerai) mencari kesinambungan laluan Trek Sri Perigi. Kalau dahulu trek ini berakhir di Sungai Setar dan terpaksa memanjat tebing yang tinggi untuk turun ke kawasan air terjun Sri Perigi (N5° 48.584' E100° 24.455'). Hari ini kami akan terokai laluan pilihan yang bersesuaian dan menurun ke Kampung Setar pula.

Kami bermula dari Taman Rimba (N5° 48.372' E100° 25.923') pada jam 10.20 pagi. Kami menelusuri trek Sri Perigi ini sejauh ± 2.5 km sehingga ke air terjun Sungai Setar (N5° 48.651' E100° 25.024') berehat seketika dan dari sini kami akan mencari laluan yang bersesuaian untuk turun ke kampung Setar. Semak dan hutan kami redah untuk merintis denai disamping memasang penanda (marking). Kami secara daya upaya ingin mengelak dari mengikuti aliran sungai. Kami hampir buntu apabila mendapati laluan ini banyak berakhir dikawasan yang berbatu hampar, curam, semak dan dihalangi dengan balak yang tumbang. Namun berkat kemahiran saudara Abdul Syukur mengesan dan menjejaki laluan, akhirnya berjaya menjumpai kawasan dusun dan seterusnya menyusur keluar dan berakhir di kawasan Tahfiz Al-Fityan di Kampung Setar. Alhamdulillah sesungguhnya pencarian hari ini dipermudahkan olehNya dan kami mengakhiri misi pada jam 1.30 tengahari tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Trek Sri Perigi – Lama

Nampak curam – Namun boleh dilakukan jika ada keyakinan

CP1 – Sungai Setar. Tak Perlu cross sungai dan mendaki tebing untuk ke Sri Perigi

Pathfinder - Membuat tanda

Pengakhiran – Tahfiz Al Fityan

Wednesday, December 18, 2013

Gunung Jerai: Meninjau Trek Pilihan

Tarikh  : 14 Disember 2013 – Sabtu
Lokasi :  Trek Merbok, Gunung Jerai, Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia    
Jarak   :  9.4 km 
Rider    :  9 Orang
Coordinate : N5° 47.231 E100° 25.944

Trek DH gunung Jerai semakin dikenali terutama dari rider luar. Boleh dikatakan saban minggu ada sahaja rider dari luar berkunjung untuk mencari nikmat penurunan dengan membelah akar, meredah halangan. Trek  enduro sejauh± 6km ini serasa tidak puas pula. Menyedari perlunya pilihan untuk trek DH maka hari ini aku bersama sahabat Kedah Downhill (KeDH) meninjau dan  menilai kesesuaian trek Merbok pula. Tinjauan kami dibantu oleh saudara Putera Shariman dan Abdul Syukur (yang mahir dengan laluan di Gunung Jerai dan juga ahli Persatuan Rekreasi Kedah(ReKe) bersamaku dahulu). Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 5 jam (10.30 pagi – 4.15 ptg).

Kami memulakan perjalanan pada pada ketinggian 1121 meter (berdekatan Padang Tok Sheikh) dan mengikuti denai yang tersedia. Permulaan tinjauan , trek tampak selesa sesuai untuk penggunaan basikal All Mountain, laluan yang boleh melaju. Namun selepas melewati puncak kepala angin dan melalui kawasan hutan yang terbakar, laluan semakin curam dan sukar, pada beberapa section penunggang perlu menanggung basikal menuruni cerunan. Seterusnya banyak balak-balak tumbang perlu di potong maka kami mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu ujian penurunan dengan MTB. Ditambah jarak trek sejauh 9.4km(agak panjang) memerlukan komitmen dan kesukaran membawa beberapa peralatan seperti gergaji rantai dan sebagainya. Walaubagaimanapun trek yang lebih pendek yang menuju ke arah Sri Perigi sedang diintai. Insyaalah …

Trek Merbok

Jarak 9.4km ja

PC141418

bermulanya dari sini

IMG_2928

Permulaan yang menarik dengan drop akar

IMG_2933

mengalih halangan

IMG_2949

membersih laluan

IMG_2964

memotong dan mengaleh balak

PC141459

IMG_2998

Melepas lelah di puncak indah

IMG_3010

menggunakan tali untuk turun

IMG_3015

IMG_3018

IMG_3046

IMG_3048

sambil meninjau sambil mencuci

IMG_3057

IMG_3063

9 peninjau

IMG_3067

IMG_3078

memerhati balak reput

IMG_3111

kebakaran pada awal tahun memusnahkan hampir 6 ekar hutan simpanan

PC141599

Sayang! .. Khazanah alam beribu tahun musnah terbakar

IMG_3119

PC141457

PC141484

PC141524

 

PC141593

PC141627

Thursday, June 06, 2013

Gunung Jerai: The Wild, Wild, Wet

Tarikh  :  2 Jun 2013, Ahad      
Rider    : 21 Orang
Jarak   :  ± 7.5 km 
Lokasi  :  Gunung Jerai, Kedah Darulaman, Malaysia.
Coordinate : N5° 47.868 E100° 26.230(Mula)

Seawal pagi hujan turun dengan lebat sekali. Sepanjang perjalanan aku ke Yan masih tidak menunjukkan tanda-tanda hujan akan berhenti.  Sampai di pekan Yan hujan sudah mulai ’sereyat’. Beberapa rakan sudah sedia menanti di gerai makan. Sambil bersarapan dan menanti beberapa rakan  dari Perlis, kami membuat keputusan untuk meneruskan jua acara  pada hari ini walau hujan tidak berhenti. Setelah basikal diangkut dengan lori ke Puncak Gunung Jerai, jam 11.30 pagi, acara bermula dalam suasana berkabus dan dingin. Di pertengahan jalan hujan kembali turun. Antara tawar dan masin, kami dibasahi dengan hujan dan keringat. Terpaksa mengharungi laluan yang semakin sukar dan mencabar. Air yang mengalir deras di laluan bagaikan alur, akar kayu dan batu-batu menjadi semakin licin. Secara jujurnya aku tidak  mahu mengambil risiko, beberapa kali aku tergelincir bahkan aku menggunakan pokok dan tebing bagi memperlahankan kelajuan kerana brek aku semakin tidak berfungsi. Yang paling mendukacita fork aku juga tidak berfungsi . Ia menjadi mampat mungkin kerana kebocoran angin. Kami selamat tiba ke kaki Junung Jerai (Titi Hayun - N5° 47.639 E100° 24.099) pada jam 1.40 ptg.

Apapun seronok juga berkayuh dalam suasana sebegini. Satu pengalaman baru dan lebih tuntun dari tunggang kali ini.

Enduro G Jerai-vert

Lokasi Trek DH Gunung Jerai – 7.5km

Downhiller

Memohon berkat & Selamat – Doa dipimpin oleh Ustaz Raja

Permulaan cabaran

Tangga Kenari

Tersilap laluan akibat teruja – mampoihhh!! kena tanggung patah balik

Tayar pancat – sempat merehatkan diri

Hadoi – paling menyeksakan di seksyen ini. Licin dan curam

Tumbuhan berusia ratusan tahun

Tak mau ambil risiko – Licin dan aliran air

Berteduh di pondok

Sambung semula – seksyen paling menarik

Sampai dan selamat ke Jalanraya

Sebelum & Selepas: Tidak dapat merasai nikmat henjutan