Tarikh : 24 Januari 2015
Lokasi : Kampung Setar, Yan, Kedah Darul Aman, Malaysia
Jarak : 5.6 km
Coordinate : N5° 48.651' E100° 25.024'
Bukan material yang dicari, tidak juga nama tetapi berbekal semangat kental dan minat yang mendalam telah mendorong sekelompok peminat MTB (dikenali sebagai KeDH) mencari sesuatu kelainan trek untuk mencabar diri disamping memupuk keyakinan, keberanian dan mengasah skill. Banyak sudah tempat yang dicuba, banyak jua kejohanan disertai. Ternyata Gunung Jerai mempuyai keistimewaan tersendiri. Gunung Jerai adalah trek DH tertinggi di Malaysia yang mempunyai kemudahan pengangkutan (akses) hingga ke puncak (tempat permulaan) maka setiap minggu, ada sahaja permintaan dari peminta DH seluruh Malaysia untuk merasai nikmatnya penurunan di sini.
Kini sudah ada 3 Trek ‘terjunan bukit’ di Gunung Jerai yang sering digunakan: -
1. Resort ke Titi Hayun sejauh 8km
2. Resort ke Sri Perigi sejauh 5km
3. Muzium ke Sri Perigi sejauh 5 km
Tidak puas dengan yang ada, Resort ke Merbok sejauh 9 km sudah diterokai (KLIK) namun ada beberapa perkara perlu di beri perhatian maka trek ini ditangguhkan dahulu penggunaannya.
Sebermula disini – Mata air
Hari ini aku bersama saudara Md. Nasron aka Lontruth dan saudara Syukor Asja (yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mendalam meengenai laluan sekitar Gunung Jerai) mencari kesinambungan laluan Trek Sri Perigi. Kalau dahulu trek ini berakhir di Sungai Setar dan terpaksa memanjat tebing yang tinggi untuk turun ke kawasan air terjun Sri Perigi (N5° 48.584' E100° 24.455'). Hari ini kami akan terokai laluan pilihan yang bersesuaian dan menurun ke Kampung Setar pula.
Kami bermula dari Taman Rimba (N5° 48.372' E100° 25.923') pada jam 10.20 pagi. Kami menelusuri trek Sri Perigi ini sejauh ± 2.5 km sehingga ke air terjun Sungai Setar (N5° 48.651' E100° 25.024') berehat seketika dan dari sini kami akan mencari laluan yang bersesuaian untuk turun ke kampung Setar. Semak dan hutan kami redah untuk merintis denai disamping memasang penanda (marking). Kami secara daya upaya ingin mengelak dari mengikuti aliran sungai. Kami hampir buntu apabila mendapati laluan ini banyak berakhir dikawasan yang berbatu hampar, curam, semak dan dihalangi dengan balak yang tumbang. Namun berkat kemahiran saudara Abdul Syukur mengesan dan menjejaki laluan, akhirnya berjaya menjumpai kawasan dusun dan seterusnya menyusur keluar dan berakhir di kawasan Tahfiz Al-Fityan di Kampung Setar. Alhamdulillah sesungguhnya pencarian hari ini dipermudahkan olehNya dan kami mengakhiri misi pada jam 1.30 tengahari tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Trek Sri Perigi – Lama
Nampak curam – Namun boleh dilakukan jika ada keyakinan
CP1 – Sungai Setar. Tak Perlu cross sungai dan mendaki tebing untuk ke Sri Perigi
Pathfinder - Membuat tanda
Pengakhiran – Tahfiz Al Fityan
No comments:
Post a Comment