Tarikh : 3 Januari (Sabtu)
Mula : 8:10 pagi
Max Elev: 110 meter
Rider : 4 orang – Pudin, Shahrul, Nazri & Raja Ahmad
Lokasi : Bukit Lengkuas, Kepala Batas, Kedah DA
Coordinate:
Hari ini aku berkayuh dengan gang KB Crankers. Cadangan asal untuk meneroka Bukit Tiang Layar namun terpaksa tukar laluan kerana permintaan seorang rakan untuk ke laluan yang pendek kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan. Menunggu di Masjid Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah dan bertolak ke lokasi pemunggahan. Santapan pulut ikan kering buat melapik perut di gerai berhampiran. Pukul 8.10 memulakan kayuhan dengan menelusui laluan dusun sebelum menghampiri kaki bukit. Salam perkenalan dengan menolak naik basikal di laluan sedikit mencanak. Laluan ini tampak semakin suram. Semak samun mula tumbuh menandakan pemilik kebun ini lama tidak berkunjung ke sini. Sampai dipuncak yang berketinggian 110 meter, melepas lelah dan menikmati panorama alam. Kami menghayati dan mengamati pemandangan alam 2 sempadan daerah (Kubang Pasu/Pokok Sena). Walaupun puncak yang tidak tinggi namun jelas kelihatan Bandaraya Alor Setar, Kepala Batas, Bukit tinggi dan sebahagian Pokok Sena. Di atas puncak, aku menunjukan kepada sahabat laluan yang ada potensi untuk dikayuh/pernah aku redah sambil memberi tips untuk masuk ke lokasi tersebut.
Semanggang yang bocor
Selepas melepas lelah dan menikmati pemandangan, habuan yang dinanti, Downhill. Maka disini semanggangku buat problem lagi apabila tiba-tiba terasa tiada hayunan pada basikalku. Rupanya forkku sudah bocor. Halamak terpaksa juga merentas laluan bagaikan naik RB. Nasib baik laluan seterusnya tidak berbukit, hampir mendatar.
DH
Jam 10.00 pagi tepat , kami menamatkan kayuhan. Insyaallah selepas ini akan bertandang kembali ke trek yang aku tunjuk tadi.
Mendaki – meredah semak
Melalui kawasan tanaman semula getah dan sayur
Kuari
No comments:
Post a Comment