Tarikh : 18 Januari 2015
Lokasi : Kampung Lalang, Ulu Legong, Baling, Kedah
Coordinate: N5° 47.721' E100° 54.109'
Teruja dengan posting sahabatku, Shukri anak Siong yang berkayuh di sungai Baling tempohari, meruntun hatiku untuk menyahut cabaran merasai pengalaman berkayak di Sungai Ketil @ Sungai Baling. Lantas aku menghubungi Cikgu Ahmad Nazit Bin Rashid atau lebih mesra dikenali Jack Baling dari Kayak Baling. Cuti hari ini sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah kali ke 87 digunakan sepenuhnya untuk menikmati aktiviti ini.
Jack Baling
Kayak Baling dimiliki dan diurus oleh saudara Jack. Beliau memulakan operasi kayak ini sejak bulan Disember 2014 lalu. Beliau melabur sejumlah wang demi untuk merealisasikan penubuhan Kayak Baling ini. Berkat minat, pengalaman dan usaha gigih beliau maka sukan rekreasi sungai ini sudah mula di ikuti/ceburi kalangan orang ramai.
Cabaran berkayak sejauh 22 kilometer menyusuri Sungai Ketil ini bermula dari Kampung Lalang ke Kampung Tok Weng, Pekan Baling. Ekpedisi (XPDC) ini adalah yang ke 2 di anjurkan olehnya dan berjaya menarik penyertaan seramai 23 orang. Peserta dikenakan bayaran sebanyak RM75.00 (harga asal RM85.00) yang meliputi kayak dan kelengkapannya, makan pagi & tengahari, river guide, bekalan air mineral, roti dan buah, pengangkutan ke tempat permulaan.
Aku bersama Rohizam bertolak dari Alor Setar pada petang hari sebelumnya dan menginap di Kompleks Rakan Muda Baling (N5° 39.392' E100° 52.543'). Aku meminta Jack untuk mengurus penginapan kami di sini. Bilik berdua ber-aircond dengan harga sebanyak RM42.00 sahaja. Esok paginya kami ke rumah Jack yang juga menjadi stor kayak yang terletak di simpang Telok Teduri (N5° 39.582' E100° 54.153'). Semua peserta akan bekumpul dan mendaftar. Disini kami dijamu dengan kuih muih dan nasi lemak. Selepas selesai mendaftar dan memuat kayak ke atas lori, kami pun dibawa ke Kampung Lalang (N5° 47.721' E100° 54.109') yang terletak ± 18km dari pekan Baling. Ia terletak ± 6km dari Ulu Lengong Hotspring.
Disini kami diberi penerangan tentang teori cara-cara mendayung dan aspek keselamatan dan sedikit praktikal. Selepas bacaan doa, maka kamipun memulakan kayuhan pada jam 9.40 pagi. Mendayung di Sungai Ketil atau lebih dikenali sungai Baling yang berarus. Sungai ini dikategorikan sebagai kelas 1 hingga kelas 2.
Di awal permulaan memudik di sungai yang jernih airnya namun hujan lebat tempohari menyebabkan banyak ‘reba’ terutama pokok buluh. Kayak aku beberapa kali terbalik apabila terlanggar tunggul atau terlanggar reba buluh ini. Dibebarapa tempat kami terpaksa berhenti kerana terhalang dengan pokok yang tumbang dan di beberapa tempat yang arus sedikit deras. Berhenti dibeberapa tempat untuk rehatkan badan dan melapik perut dengan bekalan yang diberi. Apabila kami memasuki kawasan perkampungan suasana mula berubah. Sampah sarap dibuang dipinggir sungai dan secara langsung mencemarkan sungai ini. Namun berhampiran pekan Baling air semakin cetek dan pemandangan indah dengan berlatarkan gunung Baling. Terik panas memerit kulit kerana kawasan sini agak terbuka. Kami sampai ke Kampung Tok Weng (N5° 39.977' E100° 54.258') yang menjadi tempat perhentian/penamat pada jam 3.45 petang. Setelah memuat kayak ke lori kami dibawa ke rumah Jack yang terletak ± 1.5 km sahaja. Kami menurunkan dan membasuh kayak dan menyimpan ke dalam setor sebelum menikmati makan tengahari yang lewat dengan hidangan yang lazat. Walau keletihan namun semua gembira.
Insyaalah beberapa siri penjelajahan sungai sekitar Baling dan beberapa tempat lagi akan diteruskan demi untuk memertabat dan memberi pilihan kepada peminat sukan air. Pada yang berminat untuk menyertai xpdc ini bolehlah hubungi:-
Jack Baling/Kayak Baling – 019-503 4132
Minima : 10 pax
Maksima: 20 pax
River Guide – yang mengawasi & membantu kami
Mereka akan memastikan keselamatan terutama ditempat bahaya
termasuk dalam pukat pulak
Chandek – sejenis alat menangkap ikan. Arus deras - tidak sempat mengelak masuk ke laluan Chandek
Membuang batang buluh yang boleh membahayakan peserta dan menyekat laluan
Terbalik adalah lumrah
sisa sisa pokok yang dihanyutkan
CP di beberapa tempat – ikut ‘dan’
mengelak halangan pokok yang tumbang
Pokok yang besar menghalang laluan – terpaksa angkat kayak
redup, sejuk, indah & permai
Penduduk yang sedang memasang pukat di chandek
Santai
Riang
Rehat
Indah berlatarkan gunung Baling
Cetek tapi cantik disini
Syok gila ! Baru tau boleh kayak di Sungai Baling ni.
ReplyDeleteWow..menarik..Insha Allah..akan ke sini November nanti dengan rakan2 sekerja ;)
ReplyDeleteboleh share sini no contact abg zack baling tak..
ReplyDeleteCikgu Jack Baling 0195034132
Delete